Terbaru- Mee tarik cara paling mudah!

Showing posts with label KARYA NURULSHAM. Show all posts
Showing posts with label KARYA NURULSHAM. Show all posts

Saturday, 3 June 2017

SENI URAT DAN TITIK NURULSHAM SAIDIN- LUKISAN WARNA AIR

Sejak kecil lagi, Nurulsham sangat minat melukis. Waktu kecil, tapak lukisan Nurulsham adalah di atas tanah. Habis penuhlah tanah berpasir di halaman rumah kami jadi tempat melukis. 

Masih Nurulsham ingat, ada seorang kawan abang Nurulsham pernah geleng kepala sambil berkata pada abang, "Tiap-tiap kali aku datang, dia ni kerjanya melukis sahaja atas tanah ni." Haha! Sampai ada orang tegur begitu.

Tapi, walaupun suka, Nurulsham bukanlah gifted dalam bidang ini. Allah anugerahkan Nurulsham bakat menulis sejak kecil. Sewaktu berumur 11 tahun, Nurulsham dah hasilkan novel kanank-kanak namun tidaklah diterbitkan. Maklumlah... orang kampung yang hidup sekadaran... apalah yang orang tua-tua waktu itu faham tentang bakat anak-anak... .

Kerja melukis ini hanyalah hobi sampingan sahaja. Dan minat ini terkubur 6 tahun pula bila Nurulsham mengalami masalah saraf neuron dan sentiasa kejang tangan.

Alhamdulillah, selepas mengikuti rawatan dengan pakar, kekejangan ini makin sembuh dan bolehlah Nurulsham berkarya semula. Kali ini, Nurulsham hanya buat lukisan ringan-ringan sahaja ala fantasi yang Nurulsham namakan Seni Urat dan Titik. Memang belum mampu melukis yang lebih sukar dan menggunakan teknik mewarna yang banyak.  Lagipun, urat-urat yang Nurulsham buat dalam karya ini adalah satu usaha untuk merawat tangan Nurulsham juga.

Oklah... jom tengok karya kecil Nurulsham ini. Sweet tak? Ada yang tak berapa jadi sebab tangan sakit pula masa lukis tu.
Tajuk :  Sayap Fantasi

Tajuk :  Merah

Tajuk :  Urat

Tajuk :  Bunga Cop

Tajuk : Nipis

Tajuk : Corak Batik Retak Seribu

Tajuk :  Ros

Tajuk : Teratai

Tajuk : Rerama

Tajuk : Bunga lalang

Tajuk : Bunga kerinting.
Hehe.. siap ada tajuk pula!  Bukan apa sebenarnya... hanya nak tambah semangat pada diri sendiri untuk berkarya. Lagipun, Nurulsham ni kan novelis... orang bahasa. Semuanya nak dinamakan dan dikonsepkan.

Memang masih banyak kelemahan dalam lukisan kecil ini.

Secara peribadi, Nurulsham suka lukisan tak siap bertajuk Sayap Fantasi. Entahlah... memang sukalah lukisan yang nampak biru berbalam macam tu.

Nurulsham akan melukis lagi. Jumpa lagi!

Untuk info menarik tentang lukisan klik Jenis-jenis Lukisan.

Thursday, 20 April 2017

TEKNIK MELUKIS PEMANDANGAN MENGGUNAKAN WARNA MINYAK.

lukisan asal ANUGERAH diambil dari majalah
COUNTRY USA
Nurulsham suka melukis, tapi kurang talented dan kurang memerhati. Seorang pelukis yang baik harus menjadi pemerhati yang baik, pekerja yang teliti lagi sabar, dan tangan yang tidak menggeletar. Itulah yang tiada pada Nurulsham. Nurulsham sukakan seni dan lukisan tapi Nurulsham suka mengubah-ubah apa yang hendak dibuat, lalu hasil lukisan jarang konsisten.

Suatu masa Nurulsham pernah cuba melukis untuk seorang adik, iaitu novelis Rahimi Saidin. Selepas 2 minggu bertungkus-lumus, akhirnya Nurulsham angkat bendera putih... lukisan ini amat sukar dibuat.
Inilah hasilnya, teruk sangat-sangat. Lukisan Nurulsham ni dah lari ukuran dari lukisan asalnya. Sudahlah begitu, Nurulsham pandai-pandai tambah gambar bangunan dan kuda serta pagar di ruang belakang lukisan tersebut. Itulah, Nurulsham orang kreatif, jadi cepat sangat jadi bosan bila mengulang buat benda yang sama. =O

Lalu lukisan ini Nurulsham tinggalkan selama empat tahun. Waktu itu juga, sendi-sendi dan anggota tangan dan kaki Nurulsham mula mengejang kerana penyakit yang Nurulsham hidap ini. Maka lukisan ini tidak lagi dapat diteruskan.

Hati ini kurang seronok bila mengingatkan lukisan ini adalah janji Nurulsham pada adik. Nurulsham tak sanggup hendak beri pada beliau dalam keadaan tidak kemas sebegini.

Suatu hari Nurulsham bertemu seorang sahabat lama yang sama-sama belajar sewaktu di Indiana. Beliau seorang yang gifted dalam bidang lukisan.

Nurulsham minta tolong beliau untuk siapkan lukisan ini. Sahabat Nurulsham ini sangat-sangatlah low-profile orangnya walaupun sangat bijak dan ada bakat yang besar. Nurulsham pun hairan, bagaimana ada orang yang sangat merendah diri seperti beliau. Hinggakan ke tahap, beliau tak benarkan Nurulsham umumkan nama beliau di sini.

Perkara pertama yang diberitahu beliau, lukisan ini harus dilukis kembali semuanya. Nurulsham menerima. Memang Nurulsham tahu kesilapan Nurulsham. Lalu beliau melukis semula mengikut skala. Lalu lukisan asal Nurulsham terpaksa dibuang seperempat supaya dapat mengikut skala lukisan asal.

Petak-petak itu dilukis beliau menggunakan marker pen sahaja. Nurulsham risau juga pada mulanya, khuatir ia akan kotor bila terkena warna minyak nanti. Tapi sahabat Nurulsham itu meyakinkan yang Nurulsham tak perlu risau.


Lalu beliau mula mewarna bahagian latar belakang iaitu bukit bukau dan pokok-pokok dengan warna gelap terlebih dahulu. Menurut beliau, warna gelap untuk menunjukkan bahawa objek ini jauh.

Percaya tak, latar gelap ini beliau siapkan dalam beberapa jam sahaja. Sedangkan Nurulsham terpaksa ambil masa berhari-hari.

Kemudian beliau berhenti mewarna beberapa hari kerana warna minyak ini perlukan masa untuk kering sedikit sebelum diteruskan lagi menggunakannya.

Beliau menggunakan sejenis pencair iaitu minyak linseed untuk mencairkan warna minyak. Sewaktu Nurulsham mewarna sebelum ini, Nurulsham gunakan minyak zaitun sebagai pencair atau solvent. Rupa-rupanya, menurut beliau... tak sesuai sebenarnya menggunakan minyak zaitun. Nurulsham tidak pasti apa sebabnya, namun apa yang kami lihat, wanna minyak yang Nurulsham guna mudah retak, mungkin krana menggunakan minyak zaitun.  Lukisan minyak yang baik boleh tahan sehingga 500 tahun jika kena caranya.

Baiklah, Nurulsham berhenti dahulu setakat ini. Nanti akan bersambung lagi. Cerita di sebalik lukisan ini boleh dibaca di sini.

Wassalam. Bye semua.

Saturday, 15 April 2017

A GIFT OF NATURE BY ROSLAN AHMAD

A GIFT FROM NATURE
 A painting which inspired the meaning of life

Whatsapps +6011-39461480 Nurulsham to deal the price

        Never had I imagined, the ups and downs in the journey of my life. My life had turned out to be so different from what I imagined it would be when I was much younger. My dream life, as sweet as it was, remains just a dream, from which I had to wake up from.    
      Childhood is the most wonderful stage of life. It was a time when I still have the love and care from my mother and my father. There was never a need to worry or fear anything, because my parents were always there to protect and guide me.
     As a child, I had loved nature. The rich greeneries had captivated me. The sounds of birds in the forest cheered me. I was free to bask in the wonder of nature. Regretfully, my love for nature was manifested in a misguided manner. As a naive young child lacking the understanding on the preciousness of life, the free birds in the forest became victims of my slingshot. How joyous the moments were, since I didn’t comprehend the impact of my naughty adventures.
      One day, my father took me to one side and explained why I should stop using my slingshot to hit birds. Eventually, I understood. Afterall, I was growing older as a teenager and started to think more about life.
      My love for nature was then expressed in another manner, a more respectful one – through paintings. I started by drawing the birds I observed in the forest. Then, I looked for other resources like reference books that showed how to draw and paint. I wanted to find an artist to be my role model and idol. And the only artist that I thought fit the bill well was … Tuan Jaafar Taib. His detailed paintings depicting nature and life were amazing.
      Oh Allah, I was immensely pleased and gratified with this gift You have bestowed upon me. I was content to live my life as best as I can.
      With the talents I possessed, I strived to achieve my ambition to further my studies in  architecture. But the reality is, not all our desires can be fulfilled. Sometimes, even when the will is strong enough, we still couldn’t achieve our dreams, if the environment and other factors got in the way. I stumbled and halted, so I had to forget my dream. I then learnt to accept God’s will, and moved on with my life, making do with what I was given without much complaints.
This painting is open for sale. Please contact
Nurulsham to deal the price. However the
artist need sometime to perfect the painting

      I went to study biochemistry in Indiana University, a field quite different from my original interest. But the passion I had in arts and painting never dimmed, and I continued to draw in my university years. It was then that I produced this painting of parakeets, back in 1992. I named this painting ‘The Gift From Nature’.
       It didn’t cross my mind at all back then, that in the future, this very drawing will give me a life lesson – which is to live meaningfully!
       Life throws you challenges without any warning. After years of comfortable living financially, I lost my job in 2012. All of a sudden, life became gloomy. I had to look for other ways to support my family. With the artistic talent I have, I tried my luck as a freelance graphic designer. But I was feeling stressed and depressed. Eventhough I was gifted as an artist, my commerce acuity was wanting. I found it hard to demand a reasonable payment for my services, so I was finding hard to make ends meet.
       One day, I met an old friend. X was a businessman who was always busy with work. When we met, he seemed quite disconcerted. A partner abandoned the company and it was up to him to resolve all issues. He had to work really hard, travelling from north to south, and from west to east, to manage his business. At one point, X was so overwhelmed that he decided to let go of his control.
       In the next meeting, X happened to view this painting of parakeets. The painting touched him in ways I couldn’t decipher. Something spoke out to his emotions. I could feel his spirits coming back through the sparkle in his eyes. “The rambai fruits look tasty.” I was duly impressed. That was the first such comment I’ve ever received when people saw this painting. No one had identified the rambai fruits correctly before. He was the first person to recognize the fruit in the painting of the four parakeets.
        “How could you tell that this is rambai?” I wanted to find out.
        “There’s a lot of rambai trees in my hometown, including my late father’s orchard.”
         Who could have guessed, after looking at this painting, X returned to his hometown, leaving his networking business behind. He took his children back to explore his late father’s orchard.
         Not long after, I received the following note: “Thank you, my good friend. I have long forgotten the gift that’s right in front of my eyes. The happiness and joy watching my children play in the little stream in this orchard is something that money cannot buy. I can’t trade this life’s pleasure even with all the assets that I have. I had left them too long, and I will regret that till my last day. What a fool I was – spending too much time gathering materials which would never cared about me."
         “Please keep the parakeets painting for me. I’d like to have it, if you haven’t intended it for anyone else. The painting means a lot to me. I have forgotten that providence from Allah is bountiful. For all His creatures, for mankind or for birds like the parakeets in your painting. I was so constrained by my limited perception about working hard to provide for myself and my family, that I’ve forgotten that family and happiness are gifts from Allah too. And they’re right in from of my eyes!”
       I was stunned. I had never imagined that this painting could create such a big impact to someone. That is the interpretation that X had guided by the will of Allah. I then started thinking long and hard – what about me? What does this painting mean to me? Not unlike X, I began to realize that Allah’s providence is vast and unlimited, for all His creatures.
The colours in the original painting had
faded away. You can see marks of bug 
bites on the right side of this painting. 
It is actually an unfinished work, but 
a family member had waxed the
 painting. In 2016, the artist got the
idea of using oil paint to restore this
 painting. By right, the quality of the
 watercolour drawing will be 
preserved. For this purpose, a
 lot white colour will be used to 
create shading effect similar to 
the style of watercolour painting
       Now that I was struggling to make ends meet, and the path was so strenuos, I sometimes forgot about that. I understand now that I shouldn’t limit myself. I should look for opportunities and create them, by overcoming the challenges that had been blocking me. I have to go out of my comfort zone, to strive hard to reach my true potential. Because I know that Allah is always by my side. And that He will help me and guide if only I would beseech Him.
       This precious painting, will be given to my friend X. I know he will appreciate it and take good care of it as well as I myself would. As for me, life goes on. Even though my steps are still shaky, at least my spirit is revived. I will pray to Allah to seek his guidance, and I hope that you will pray for me, too. I want to keep producing arts for asbest as I can, for as long as I can, by the will of Allah. 

-As narrated to novelist Nurulsham Saidin. 

More on this artist paintings klik here.

Thursday, 13 April 2017

IDEA ASAL ANDAI BAVARIA TAKDIRKU, NURULSHAM SAIDIN NOVELIS

Sewaktu Nurulsham belajar di Indiana University, Bloomington USA, Nurulsham belajar Bahasa German selama dua tahun.  Bahasa German mempunyai kosa kata yang kedengaran hampir sama dengan Bahasa Inggeris. Contohnya,  I have = Ich Habe, Mother = Mutter, I love you = Ich lieber dich, Thank you = Danke dsbnya.

Bagus belajar bahasa asing ini, Namun bila Nurulsham pulang ke Malaysia, bahasa ini langsung tidak digunakan. Rasa sayang sangat kerana lama-kelamaan, kemahiran yang baru berputik itu layu perlahan-lahan, sehingga hampir dilupakan.

Sebagai pelajar jurusan Fizik, Nurulsham memang digalakkan tahu Bahasa German kerana ramai saintis fizik yang hebat-hebat datang dari sana. Antara yang paling terkenal ialah Albert Einstein.  Malahan, Makmal Cyclotron terkenal dunia juga berada di Austria. Itu antara sebab pelajar Fizik digalakkkan tahu bahasa ini, kerana jika berpeluang ke sana, kami sudah ada kemahiran berhubung.

Nurulsham juga ada kawan yang baik sehingga hari ini, namanya Tom Weidig, yang merupakan orang Luxembourg. Luxembergian juga berbahasa German, namun ada bezanya sedikit sebanyak. Lagi seorang kawan rapat Nurulsham, iaitu Brian Teipen juga adalah orang bangsa deutch (jerman) namun tinggal di USA. Brian sekarang bekerja di Germany.

Nak dijadikan cerita, Nurulsham bertemu semula kawan lama, Puan Aznida Ahmad yang berkahwin dengan orang Jerman dan tinggal di pendalaman Bavaria, Germany... iaitu di Obermichelbach.  Menurut Puan Nida, beliau tinggal di kampung, di mana ada orang menternak lembu dan bertani di situ.  Seronok sebenarnya mendengar cerita beliau tentang betapa cantiknya perubahan musim di sana.

Kami banyak berbual, sehingga terbit idea untuk menulis tentang Germany. Puan Nida bersetuju memberi maklumat tentang latar tempat, budaya dan penerimaan agama Islam di sana, manakala Nurulsham mencari konflik yang bersesuaian dan menyediakan plot untuk cerita tersebut.

Waktu itu terjadinya peristiwa berdarah Marvi Marmara, kemudiannya kejadian di mana kapal misi bantuan Rachel Corrie dari Malaysia yang tidak dapat masuk ke Palestin.  Waktu itu keadaan amat menyedihkan di mana orang-orang Palestin terpaksa menahan kelaparan kerana pintu Rafah ditutup. Lalu Nurulsham berbincang dengan suami untuk menulis sesuatu tentang ini, supaya dapat membuka mata rakyat Malaysia untuk sama-sama merasa kesusahan orang Palestin.

Setahu Nurulsham, ada ramai warga Eropah terutamanya Belanda, dan warga Turki yang terkorban dalam misi bantuan Marvi Marmara. Malahan, nama kapal dari Malaysia iaitu Rachel Corrie sendiri diambil dari nama wartawan warga Amerika yang terkorban sewaktu sama-sama menentang kekejaman Israel.


Jadi, Nurulsham cuba menulis satu kisah di mana, kezaliman terhadap sesiapapun... akan tetap ditentang oleh orang-orang yang benar, tak kira apa bangsa dan agamanya.  Ada aktivis dari agama Kristian dan Yahudi yang mengutuk kekejaman Israel ini secara terbuka dan berani. Salah seorang darinya, seorang berbangsa Yahudi namun Nurulsham telah lupa nama asalnya, telah Nurulsham abadikan dalam novel Nurulsham, yang Nurulsham namakan Professor Rick Van Kooten, yang juga merupakan journalist terkenal yang membantu suami Aisya (Olaf Schneider)  melepaskan diri dari kekejaman MOSSAD.




Cerita ini hanyalah rekaan sebenarnya. Namun tujuan Nurulsham sebagai novelis dan penulis adalah untuk membuka mata pembaca kepada keamanan sejagat, keterbukaan pada semua bangsa dan agama namun masih kukuh dengan pegangan sendiri. Manusia dari mana-mana agama pun mahukan keamanan. Peperangan antara agama hanyalah satu alasan. Sebenarnya manusia berperang untuk perluasan empayar dan kuasa.



Banyak kenangan yang masih tersimpan selama Nurulsham menulis novel ini. Antaranya, waktu ini anak bongsu Nurulsham masih kecil lagi, jadi Nurulsham menulis novel sebanyak 180 mukasurat A4 sambil meriba anak bongsu. Muka terakhir manuskrip tersebut habis ditulis jam tiga pagi menggunakan sebelah tangan sahaja kerana sebelah tangan lagi menggendong bayi Nurulsham yang sedang nyenyak tidur.

Kalau anda baca novel tersebut, anda dapat rasakan betapa kasih sayang Aisya pada anak-anaknya. Sebenarnya itu adalah refleks perasaan Nurulsham sendiri pada ketika itu yang terlalu kasih pada anak-anak. Juga anda dapat merasa betapa kesusahan Aisya menaikkan taraf ekonomi tanpa kehadiran seorang suami. Itu juga sedang berlaku pada Nurulsham pada ketika itu kerana suami Nurulsham amat tidak sihat pada waktu itu.

Puan Nida banyak membantu Nurulsham memahami geografi Bavaria, begitu juga musim-musimnya yang cantik. Beliau membantu sehingga ke tahap menceritakan tentang aroma setiap musim di sana. Nurulsham dapat bayangkan betapa indahnya keadaan di sana, lalu Nurulsham abadikan dalam novel ini.

Jika ada peluang, cubalah baca novel ini. Bukanlah Nurulsham hendak mempromosi diri sendiri. Nurulsham berkesedaran, bahawa menulis ini adalah ilham, dan ilham itu sepenuhnya dari Allah Taala. Nurulsham hanyalah perantara sahaja, yang mana tenaganya pun adalah pinjaman dari Allah Taala.



Banyak sangat inspirasi yang baik-baik dalam novel ini. Ilham yang indah dan bagus untuk digunakan dalam hidup. Tak rugi baca. Malahan Nurulsham dapat tahu, novel ni dah ada orang buat supaya boleh download percuma pun. Maklumlah, teknologi kan... Nurulsham pun dah tak terkejar. Nurulsham sedekahkanlah sahaja pada siapa yang download percuma tu. Anda boleh juga pergi ke perpustakaan untuk pinjam novel ini, bersama-sama dengan novel Nurulsham yang lain. Nurulsham sendiri tiada stok novel ini, jadi tak dapat nak bantu anda, ya. Mungkin anda boleh terus ke laman web publisher novel ini, iaitu GALERI ILMU SDN BHD, untuk membelinya secara online.

Nurulsham juga pernah hantar proposal drama yang diilhamkan dari novel ini, namun akhirnya pihak penerbit tersebut mengambil cerita ini, menukar tajuk dan konflik sedikit, lalu menayangkannnya sebanyak 13 episod di televisyen.  Itulah hakikatnya yang terjadi di negara yang kita cintai. Menciplak sudah tidak menjadi kesalahan apa lagilah ketakutan. Ianya boleh dibuat secara terang-terangan.

Sekian dulu dari Nurulsham. Semoga ada sedikit manfaat dari pembacaan anda hari ini.