Sejak kecil lagi, Nurulsham sangat minat melukis. Waktu kecil, tapak lukisan Nurulsham adalah di atas tanah. Habis penuhlah tanah berpasir di halaman rumah kami jadi tempat melukis.
Masih Nurulsham ingat, ada seorang kawan abang Nurulsham pernah geleng kepala sambil berkata pada abang, "Tiap-tiap kali aku datang, dia ni kerjanya melukis sahaja atas tanah ni." Haha! Sampai ada orang tegur begitu.
Tapi, walaupun suka, Nurulsham bukanlah gifted dalam bidang ini. Allah anugerahkan Nurulsham bakat menulis sejak kecil. Sewaktu berumur 11 tahun, Nurulsham dah hasilkan novel kanank-kanak namun tidaklah diterbitkan. Maklumlah... orang kampung yang hidup sekadaran... apalah yang orang tua-tua waktu itu faham tentang bakat anak-anak... .
Kerja melukis ini hanyalah hobi sampingan sahaja. Dan minat ini terkubur 6 tahun pula bila Nurulsham mengalami masalah
saraf neuron dan sentiasa kejang tangan.
Alhamdulillah, selepas mengikuti rawatan dengan pakar, kekejangan ini makin sembuh dan bolehlah Nurulsham berkarya semula. Kali ini, Nurulsham hanya buat lukisan ringan-ringan sahaja ala fantasi yang Nurulsham namakan Seni Urat dan Titik. Memang belum mampu melukis yang lebih sukar dan menggunakan teknik mewarna yang banyak. Lagipun, urat-urat yang Nurulsham buat dalam karya ini adalah satu usaha untuk merawat tangan Nurulsham juga.
Oklah... jom tengok karya kecil Nurulsham ini. Sweet tak? Ada yang tak berapa jadi sebab tangan sakit pula masa lukis tu.
|
Tajuk : Sayap Fantasi |
|
Tajuk : Merah |
|
Tajuk : Urat |
|
Tajuk : Bunga Cop |
|
Tajuk : Nipis |
|
Tajuk : Corak Batik Retak Seribu |
|
Tajuk : Ros |
|
Tajuk : Teratai |
|
Tajuk : Rerama |
|
Tajuk : Bunga lalang |
|
Tajuk : Bunga kerinting. |
Hehe.. siap ada tajuk pula! Bukan apa sebenarnya... hanya nak tambah semangat pada diri sendiri untuk berkarya. Lagipun, Nurulsham ni kan novelis... orang bahasa. Semuanya nak dinamakan dan dikonsepkan.
Memang masih banyak kelemahan dalam lukisan kecil ini.
Secara peribadi, Nurulsham suka lukisan tak siap bertajuk Sayap Fantasi. Entahlah... memang sukalah lukisan yang nampak biru berbalam macam tu.
Nurulsham akan melukis lagi. Jumpa lagi!
Untuk info menarik tentang lukisan klik
Jenis-jenis Lukisan.
Assalamualaikum.. wah..baru jumpa blog ni..selamat berkenalan puan. Akak ada beli novel Andai Bavaria Takdirku. Hobi puan ini banyak persamaan dengan akak. Terima kasih atas perkongsian ilmu :)
ReplyDelete