Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat Nurulsham semua. Hari ini Nurulsham nak kongsikan satu lagi resepi turun temurun yang telah diubah sedikit sebanyak sekarang ini. Inilah resepi kuih bangkit tradisi yang lain sedikit dari yang anda pernah lihat dalam resepi biasa.
Sebenarnya, emak Nurulsham... iaitu Tok Anum pun tak pernah buat cara ini. Seingat Nurulsham, sewaktu Nurulsham kecil, Tok Anum pernah buat kuih bangkit, tapi menurut Tok Anum... ada cara lain lagi yang lebih baik dan biasa dibuat orang dahulu kala. Itu pun Tok Anum sendiri dengar dari percakapan orang-orang tua yang lain dan tak pernah belajar buat.
Kata Tok Anum, beliau pernah dengar orang-orang dahulu akan masak gula dengan air, dan air sira tadi akan disejukkan, kemudian barulah dimasukkan ke dalam tepung.
Lagi satu, kata Tok Anum, orang lama tak pakai pun baking powder untuk naikkan dan kembangkan doh. Sebaliknya, mereka akan simpan doh selama berjam-jam sehingga doh kembang sendiri! Pelik tak? Hm... yang ini Nurulsham akan ceritakan rahsianya secara saintifik di bawah ni... ya!
Nurulsham pun ada buat kajian sedikit, setelah mencuba pelbagai resepi yang ada di internet. Selama ini, memang tak pernah jadilah kuih bangkit tu. Kebanyakannya rosak, naik kulat dan berakhir di tempat buangan.
Namun, Nurulsham terjumpa satu link ke blog yang ada menceritakan tentang air gula disira dengan santan ini. Anda boleh rujuk di bawah nanti ya!
Oh ya! Jomlah kita tengok bahan-bahannya. Seperti biasa Nurulsham tiada sukatan yang tetap. Anda harus guna deria mata, sentuhan dll untuk menilai doh anda, ya!
- 1/2 cawan tepung gandum
- 2 cawan tepung ubi
- 1 cawan gula pasir
- sedikit garam
- 1 1/4 cawan santan krim pekat (lebih kurang)
- 2 helai daun pandan
- sebiji telur saiz kecil (telur tak mahu banyak, nanti kuih anda basah dan keras)
Cara-caranya.
1. Tepung ubi dan tepung gandum disangai. 1.1. Potong sehelai daun pandan dan masukkan sewaktu proses sangai untuk mewangikan tepung |
2. Gula dan santan serta sehelai daun pandai dicampurkan. 2.1. Masak perlahan-lahan di atas api sehingga jadi air sira yang pekat . Nota: (maaf lupa ambil gambar proses menghasilkan sira ini ya!) |
4. Masukkan tepung ubi + tepung gandum dalam bekas bulat supaya senang menguli. |
5. Masukkan sebiji telur yang telah ditimbuk sedikit. Gaul-gaulkan supaya telur rata dalam tepung. |
6. Masukkan pula air sira sedikit demi sedikit dan gaul lagi. Tambah lagi air sira jika anda lihat doh sukar melekat sesamanya. |
7. Uli doh anda perlahan-lahan. Jangan terlalu kuat seperti menguli roti. Nanti doh akan liat kerana ada tepung gandum. Ingat, tepung gandum ada gluten dan mudah jadi kental |
Doh yang sudah sebati. |
8. Canaikan doh anda dan terap dengan acuan kuih bangkit |
9. Angkat menggunakan pisai doh. Untuk mudah mengangkat Nurulsham cadangkan lapik talam tengan plastik cling untuk mengelakkan doh yang dicanai melekat kuat ke talam atau lapangan. |
Anda boleh lihat kuih anda telah 'bangkit' sedikit berbanding dengan sewaktu belum dibakar. |
Lihat lapisan-lapisan seperti retak di tepi kuih bangkit anda. Kuih bangkit yang sedap akan gebu di dalam dan retak sedikit di luar. Ia juga cair bila masuk ke dalam mulut |
Selamat mencuba!
Terima kasih pada blogger Along kerana berkongsi kaedah warisan ini. Sila klik rujuk resepi
Assalamualaikum Nurul..
ReplyDeleteWah, menarik resepi, cara pembuatan n hasilnya. Nak cubalah nnti. Tqsm kongsi❤️
Waalaikumsalam... terima kasih... Nurulsham pun masih belajar =)
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalamualaikum nurul.. Bole btnya.. Santan tu nk santan pekat shj ke atau santan yg bcampur dgn air?
ReplyDeleteWaalaikumsalam Ain... saya guna santan pekat sj
Deleteassalamualaikum. Saya suka blog kak nurulsham ni. Saya pun suka sesuatu yg diproses tanpa tambahan additives.
ReplyDeleteJadi friend fb saya juraidah.ishak
Waalaikumsalam jue...in shaa Allah. 😊
ReplyDeleteSaya akan cuba nanti. Terima kasih atas resepi kuih bangkit santan ( kuih bakaq) . Pernah cuba dulu resepi dari google, tapi tak menjadi
ReplyDeleteSelamat mencuba Huzairi.
DeleteAssalamualaikum..nak Tanya doh disimpan selama 4-5 jam yg dh diacu ke?
ReplyDeleteNak cuba..tq info..mohon halal ye
ReplyDeleteAlhamdulillah Allah temukan saya dengan blog ni. Sangat lain dari yang lain.
ReplyDeleteBila tengok resipi dan kaedah, memang saya yakin itu resipi turun temurun.. resipi orang lama.
Sudah pasti blog ini saya tandakan Bookmarks!
Ratusan juta terima kasih atas perkongsian.