Terbaru- Mee tarik cara paling mudah!

Showing posts with label BERKEBUN. Show all posts
Showing posts with label BERKEBUN. Show all posts

Monday, 22 May 2017

JOM KENAL ULAM-ULAMAN

Hari ni adik Nurulsham, Mimi namanya datang ke rumah bawa ulam-ulaman dan sayur-sayuran dari rumahnya. Apabila beliau mendengar Nurulsham buat Puasa Sayur, beliau pun sama teruja dan dikutipnya pucuk-pucuk muda dari kebun untuk diberikan pada Nurulsham.

Pucuk-pucuk kayu yang dibawanya semuanya menarik-menarik belaka. Asyik betul Nurulsham dengar penerangan beliau tentang khasiat setiap sayur-sayuran tersebut.

1. Beluntas
2. Selasih
3. Belalai gajah
4. Kemangin

1.  Bunga kantan
2. Pegaga   Gajah
3.  Belalai gajah
4.  Ceri Barbador
5. Selasih  
6.  Ulam Raja
7.  Kemangin
8. Pucuk Limau Purut
9.  Cili Padi/ Cabai Melaka
10. Ulam Raja
11.  Kemangin
12.Selasih
13. Bayam Pasir/kampung

Berikut Nurulsham senaraikan ilmu tentang ulam herba yang Nurulsham dapat dari Puan Mimi.


  • Belalai Gajah - mencegah kanser (namun tidak disyorkan pada orang yang sudah terkena kanser). Daun Belalai gajah ini sangat sedap dibuat goreng tumis dengan ikan bilis dan bawang putih. Nurulsham dah buat. Sedap sangat.
  • Selasih-  melancarkan darah. Dimakan begitu sahaja dengan sambal.
  • Kemangin- mewangikan peluh, Boleh juga dibuat ubat lelah dengan cara mengupar dan menyapunya di dada, baik untuk tenaga dalaman lelaki
  • Ceri Barbados- sangat masam. Kaya dengan vitamin C.
  • Ulam Raja- Mencuci darah dan menguatkan tulang
  • Pegaga Gajah - membaiki dalaman wanita, mencantikkan kulit dan amat baik untuk otak. Waktu kecil-kecil dahulu bapak Nurulsham akan rebus daun pegaga dengan akarnya dan bagi kami minum airnya untuk kecerdasan.
Setakat ini sahaja info yang Nurulsham ada. Selamat makan ulam-ulaman dan semoga anda semua awet muda selalu.

Wednesday, 12 April 2017

JOM TENGOK POKOK DAN BUAH-BUAHAN PELIK




Pernah tak anda jumpa buah di atas ni?  Inilah buah terung susu kambing. Kalau dilihat memang bentuknya macam puting susu kambing, kan?

Terung ni ditanam sebagai ubat. Aruah bapak Nurulsham dulu memang tanam pokok ni, untuk ubat hernia katanya. Setahu Nurulsham, Terung ni dipanaskan atas api dan dituam di tempat bengkak. Mungkin ada pembaca yang tahu tentang ini. Bolehlah kongsi pengetahuan dengan Nurulsham, ye.




Ini buah cermai belanda. Nurulsham memang tanam pokok ni. Senang sahaja menanamnya. Tabur bijinya, ia akan tumbuh di mana-mana sahaja.

Nurulsham tak tahu apa khasiat buah ni.  Biasanya, kalau musim, Nurulsham akan ambil buah ni, rebus dengan gula dan buat jem. Jemnya ada rasa pahit-pahit kelat sedikit tapi sedap juga.


Ini betik rambai. Jarang-jarang jumpa pokok betik ni. Betik rambai ni sebenarnya pokok betik jantan. Selalunya kita akan ambil bunga betik jantan dan buat kerabu dan ulam, kan?

Tapi, ada juga pokok betik jantan akhirnya menghasilkan buah. Masa Nurulsham kecil-kecil dulu, ada juga tumbuh satu pokok betik rambai ni di rumah.  Entah dari mana datang benihnya. Mungkin dibawa burung.  Buahnya pahit, memang tak sesedap betik biasa.


Ini pisang kerang. Memang anehlah bagi Nurulsham. Pertama kali tengok, itupun melalui gambar sahaja. Ada orang hantar dalam MAHN...  Siapa tahu ye, apa khasiat pisang ni?



Pernah ta tengok pokok bayam duri ni?  Sebenarnya pokok ni boleh sahaja tumbuh meliar di atas tanah dan belukar.  Memag ada duri di batangnya. Khasiat bayam duri ni adalah untuk mengubat penyakit migrain. Dulu Nurulsham kerap migrain. Ada orang tua minta Nurulsham cari akar bayam duri... potong-potong dan kisar. Perah airnya, campur dengan santan. Kemudian lumur atas kepala selama tiga malam.  Memang berkesan. Migrain Nurulsham hilang dengan izin Allah.


Inilah petai belalang. Pokoknya rendah dan buahnya panjang dan ada biji-biji atau kacang kecil dan nipis, namun rasanya kuat seperti petai. Nurulsham tak tahu apa khasiatnya, tapi kecil-kecil dulu Nurulsham selalu makan dengan sambal belacan.

Best kan lawatan ni kebun maya Nurulsham ni. Nanti Nurulsham cari lagi tumbh-tumbuhan nadir sebegini dan share dengan anda.

Bye.

Tuesday, 11 April 2017

RESEPI JUS MENGKUDU/NONI SEGAR


 Ingat lagi tak pokok mengkudu Nurulsham yang rajin berbuah tu?  Sekarang musim hujan..  banyaklah buahnya yang masak-masak dan besar luruh ke tanah. Kadang-kadang tak sempat kutip dah dipijak orang.


Hari ni sempat juga kutip dua biji buah mengkudu ni, sambil tu sempat potong daun aloe vera yang dah gemuk kat bawah pokok mengkudu ni.  Belum tahu nak buat apa dengan semua ni sebenarnya, tapi kutip juga sebab sayang nanti rosak dan terbuang sahaja rezeki pemberian Allah ni.


Kalau Nurulsham sendiri,  buah mengkudu masak ni Nurulsham akan buat jus. Kalau boleh masa mula-mula ia luruh terus buat. Kalau dah simpan sehari, baunya akan bertambah kuat sampai Nurulsham tak lalu nak minum.


Nurulsham sempat juga kutip 10 helai daunnya yang besar-besar tu. Cadangnya, esok awal pagi Nurulsham nak bertungku. Nurulsham memang biasakan diri bertungku sedikit seminggu sekali atau dua kali.



Jomlah kita tengok bagaimana Nurulsham buat jus mengkudu masak ni ya.


Buah yang telah dipotong (seperti gambar di atas) harus dicampur sedikit air mineral dan diramas-ramas.


Tapis untuk ambil jusnya sahaja. Anda akan lihat jus mengkudu masak ranum ini akan berbuih dengan banyaknya. Buih yang banyak ini menunjukkan betapa tinggi zat alkaloid dipanggil xeronine yang terkandung di dalam buah ini. 


Rasa jus mengkudu masak ranum ini amat masam. Kalau tak silap lidah Nurulsham, rasanya hampir seperti buah strawberi masam. Namun bau buah strawberi wangi, manakala bau buah mengkudu masak ini... mashaa Allah, tak reti Nurulsham nak cerita macam mana.

Sebenarnya, yang membuatkan buah ini dijauhi adalah kerana baunya, bukan kerana rasanya. Rasanya yang masam ini, mudah sahaja dihilangkan dengan cara dicampur sedikit gula. Sedap sebenarnya jus mengkudu ini.

Nurulsham mula mengamalkan minum jus mengkudu masak ini setelah membaca artikel tentang bagaimana jus noni masak digunakan di sebuah pusat perubatan alternatif di Florida untuk membantu pesakit kanser.  Buah yang hampir masak akan diterbangkan dari Pulau Hawaii, dan dipastikan masak (peringkat awal) ketika tiba di Florida. Jusnya akan diperah dan diberi pada pesakit.  Untuk maklumat lanjut anda mungkin boleh cuba buat carian di internet ya.

Kebetulan waktu itu pokok mengkudu yang Nurulsham tanam telah cukup matang dan mula berbuah. Nurulsham rasa sayang melihat buah yang masak tidak dimanfaatkan, lalu Nurulsham cuba buat jus dan minum.

Mula-mula memang teruk juga hendak minum jus mengkudu masak ni. Nurulsham sampai termuntah-muntah.  Namun, dua hari kemudian Nurulsham sedar satu perkara telah berlaku pada Nurulsham. Gusi Nurulsham yang selalu berdarah dan ada nanah, tiba-tiba baik dan hilang nanahnya. Nanah itu berasal dari akar gigi Nurulsham yang tertinggal dalam gusi ketika gigi geraham Nurulsham reput dan patah. Nurulsham dah ambil ubat dari doktor gigi tetapi tidak berkesan.

Memang Nurulsham terkejut betul, sebab masalah yang mengganggu Nurulsham selama enam bulan, akhirnya boleh diatasi tanpa perancangan pun. Semua ini dengan izin Allah juga.

Baru-baru ini pula, Nurulsham mengalami masalah kulit (ada air bisa) dan air bisa ini kering setelah Nurulsham minum jus mengkudu ini, In shaa Allah.

Anda boleh juga mengambil buah mengkudu yang masih putik, potong dan rebus lalu diminum airnya. Air rebusan ini dibuat ubat untuk menurunkan tekanan darah. Ada seorang jiran Nurulsham memang mengamalkan minum air rebusannya dan makan sayur lemak pucuk mengkudu besar ini.


Menurut jiran Nurulsham, aruah ibu mertuanya mengamalkan makan sayur pucuk mengkudu ini. Beliau tidak beruban pada umur melebihi enam puluh tahun.  Itu menurut ceritanya. Yang lain itu, kita harus yakin dengan keizinan dari Allah dan kelebihan mencuba pelbagai kaedah perubatan.

Sekian dulu dari Nurulsham... Selamat mencuba.

Untuk cuka mengkudu klik sini 


Update 12 April 8.44 pagi.

Dapat komen dari seorang sahabat FB. Bolehlah terus amalkan ye, kawan-kawan.

Suwiah Alias Dulu selalu buat jus. Kulit terasa licin n halus. Badan pun rasa ringan dan cergas. Rambut pun lembut beralun. Mmg betul xder uban...
UnlikeReply126 mins
Nurolshamshi Saidin wah... kak su ni testimoni yang bagus
LikeReplyJust now

Wednesday, 5 April 2017

TAMAN MINI NURULSHAM

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat Nurulsham semua.

Nurulsham berharap anda semua dalam keadaan ceria.☺

Dalam hidup kita, memang banyak dugaan yang datang. Tak kira dalam situasi diri kita sebagai siapa pun... sebagai anak, sebagai iseri atau suami, sebagai pekerja, sebagai majikan, sebagai kawan... semuanya ada dugaan hidup masing-masing.

Tanpa dugaan, kita sukar menghargai kebahagiaan. Bila ada dugaan, barulah hidup ada masam, manis, pahit, kelat dan sebagainya

Namun, setiap yang pahit itu... ada manisnya. Pernah tak minum air herba yang pahit-pahit tu... selepas habis minum, dan habis menderita menelan pahit... akan tertinggal juga rasa manis di hujung-hujungnya. Betul tak?

Seperti biasa Nurulsham dah terlebih bercerita... hehe. ☺ 

Sebenarnya Nurulsham nak berkongsi... Nurulsham sebagai pesakit PID (Prolapse Intervertebral Disk)  dan saraf ni (Anxiety Disorder) ... sebenarnya setiap hari menanggung sakit. Doktor ada beri ubat terkawal, untuk menghilangkan sakit ni... tapi tidak digalakkan selalu ambil... kerana khuatir suatu hari akan terus hilang rasa. Doktor juga beritahu, kalau boleh mereka nak elakkan dari buat pembedahan kerana ia melibatkan saraf tunjang.

Kalau nak dilayan sakit ni, memang Nurulsham tak mampu lagi tersenyum. Penyakit Nurulsham ni dah 21 tahun lamanya.

Ada kalanya, Nurulsham tak mampu melangkah, tapi ada hari ok...  Maksudnya, kesihatan ni tak menentu. Ada masanya, jari-jemari ni kejang, tak mampu memegang barang-barang. Namun ada pula hari yang keadaan tangan Nurulsham ok juga. Jadi Nurulsham bersyukur.

Sebenarnya, ada sesuatu yang Nurulsham belajar. Bila kita sakit, janganlah kita 'withdraw' diri kita dari orang luar. Maksud Nurulsham, janganlah kita pilih untuk menyendiri.  Memanglah dalam keadaan Nurulsham ini, tak dapat kerap keluar rumah. Tapi media sosial masih ada. Jadi Nurulsham tidaklah sunyi.

Lagi satu, apa bila kita sakit, carilah jalan untuk bersedekah. Tak semestinya dengan wang... . Ilmu juga boleh disedekahkan. Nurulsham mengambil pengalaman Nurulsham untuk dikongsi dengan kawan-kawan atas niat sedekah. Nurulsham tiada harta yang boleh diberikan. Jadi Nurulsham ingin berkongsi hati Nurulsham yang bahagia ini☺ dengan kawan-kawan, supaya kawan-kawan pun boleh turut sama ceria dan bahagia.☺

Nurulsham juga belajar bahagia dengan melihat tumbuh-tumbuhan. Kehijauan itu sungguh menenangkan. Walaupun Nurulsham tiada banyak tanah untuk berkebun, Nurulsham akan cari ruang di seberang jalan sana untuk menanam sedikit pokok yang boleh memberi hasil, menanam di dalam pasu-pasu, dan mana-mana yang sempat. Nurulsham niatkan sedekah, sekurang-kurangnya, jika tiada buah pun, jiran-jiran dapat menyedut oksigen yang segar dari pokok yang kita tanam, kan... .

Di sini Nurulsham belanja gambar pokok-pokok yang Nurulsham tanam. Jom tengok hijau hari ni. Selalu anda  tengok kuih saja  kan dari blog ni? ☺☺☺

Inilah pokok pandan Nurulsham yang dah
dogol kerana Nurulsham selalu 
ambil daunnya untuk buat kuih. 

Pokok bunga ros ni sangat baik. Dah 6 tahun
 Nurulsham tanam. Tak pernah putus berbunga.
Nurulsham pulak tak sempat pun jaga dia.

Dah jadi hutan...hehe
Pokok mengkudu ni rajin betul berbuah.
Selalu ada orang cina dan india datang 
minta buahnya. Orang melayu pula datang
 minta daunnya untuk bertungku. Nurulsham
 sendiri ambil buahnya yang masak, dan 
perah jusnya. Kalau ada ulser mulut,
 atau kudis, in shaa Allah cepat baik.

Buah mengkudu ni memang besar. Bijinya
 kalau buang atas tanah pun senang 
saja tumbuh.
Yang ni ubi bengkak. Suami Nurulsham
ambil pokoknya kecil sahaja. Bila ditanam 
lama-lama ia berubi. Ada kalanya 
daunnya tumbuh banyak dan berbunga
 kuning.. cantik sangat. Lepas tu ia 
memupus tinggal ubi macam ni.  
Ramai dah orang minta ubinya. 
Ada juga pesakit barah yang pakai dan
Alhamdulillah sembuh dengan izin-Nya.

Setakat ini dulu dari kebun mini Nurulsham. Seronok tak boleh tengok gambar hijau hari ni? Semoga anda semua happy macam Nurulsham.  ☺

Ok..bye semua. Wassalam.