Nurulsham berharap anda semua dalam keadaan ceria.☺
Dalam hidup kita, memang banyak dugaan yang datang. Tak kira dalam situasi diri kita sebagai siapa pun... sebagai anak, sebagai iseri atau suami, sebagai pekerja, sebagai majikan, sebagai kawan... semuanya ada dugaan hidup masing-masing.
Tanpa dugaan, kita sukar menghargai kebahagiaan. Bila ada dugaan, barulah hidup ada masam, manis, pahit, kelat dan sebagainya
Namun, setiap yang pahit itu... ada manisnya. Pernah tak minum air herba yang pahit-pahit tu... selepas habis minum, dan habis menderita menelan pahit... akan tertinggal juga rasa manis di hujung-hujungnya. Betul tak?
Seperti biasa Nurulsham dah terlebih bercerita... hehe. ☺
Sebenarnya Nurulsham nak berkongsi... Nurulsham sebagai pesakit PID (Prolapse Intervertebral Disk) dan saraf ni (Anxiety Disorder) ... sebenarnya setiap hari menanggung sakit. Doktor ada beri ubat terkawal, untuk menghilangkan sakit ni... tapi tidak digalakkan selalu ambil... kerana khuatir suatu hari akan terus hilang rasa. Doktor juga beritahu, kalau boleh mereka nak elakkan dari buat pembedahan kerana ia melibatkan saraf tunjang.
Kalau nak dilayan sakit ni, memang Nurulsham tak mampu lagi tersenyum. Penyakit Nurulsham ni dah 21 tahun lamanya.
Ada kalanya, Nurulsham tak mampu melangkah, tapi ada hari ok... Maksudnya, kesihatan ni tak menentu. Ada masanya, jari-jemari ni kejang, tak mampu memegang barang-barang. Namun ada pula hari yang keadaan tangan Nurulsham ok juga. Jadi Nurulsham bersyukur.
Sebenarnya, ada sesuatu yang Nurulsham belajar. Bila kita sakit, janganlah kita 'withdraw' diri kita dari orang luar. Maksud Nurulsham, janganlah kita pilih untuk menyendiri. Memanglah dalam keadaan Nurulsham ini, tak dapat kerap keluar rumah. Tapi media sosial masih ada. Jadi Nurulsham tidaklah sunyi.
Lagi satu, apa bila kita sakit, carilah jalan untuk bersedekah. Tak semestinya dengan wang... . Ilmu juga boleh disedekahkan. Nurulsham mengambil pengalaman Nurulsham untuk dikongsi dengan kawan-kawan atas niat sedekah. Nurulsham tiada harta yang boleh diberikan. Jadi Nurulsham ingin berkongsi hati Nurulsham yang bahagia ini☺ dengan kawan-kawan, supaya kawan-kawan pun boleh turut sama ceria dan bahagia.☺
Nurulsham juga belajar bahagia dengan melihat tumbuh-tumbuhan. Kehijauan itu sungguh menenangkan. Walaupun Nurulsham tiada banyak tanah untuk berkebun, Nurulsham akan cari ruang di seberang jalan sana untuk menanam sedikit pokok yang boleh memberi hasil, menanam di dalam pasu-pasu, dan mana-mana yang sempat. Nurulsham niatkan sedekah, sekurang-kurangnya, jika tiada buah pun, jiran-jiran dapat menyedut oksigen yang segar dari pokok yang kita tanam, kan... .
Di sini Nurulsham belanja gambar pokok-pokok yang Nurulsham tanam. Jom tengok hijau hari ni. Selalu anda tengok kuih saja kan dari blog ni? ☺☺☺
Inilah pokok pandan Nurulsham yang dah dogol kerana Nurulsham selalu ambil daunnya untuk buat kuih. |
Pokok bunga ros ni sangat baik. Dah 6 tahun Nurulsham tanam. Tak pernah putus berbunga. Nurulsham pulak tak sempat pun jaga dia. |
Dah jadi hutan...hehe |
Buah mengkudu ni memang besar. Bijinya kalau buang atas tanah pun senang saja tumbuh. |
Setakat ini dulu dari kebun mini Nurulsham. Seronok tak boleh tengok gambar hijau hari ni? Semoga anda semua happy macam Nurulsham. ☺
Ok..bye semua. Wassalam.
No comments:
Post a Comment