Tuesday, 4 April 2017

PAU SERI KAYA PANDAN (BAHAGIAN 2) + INTI HALUA MASKAT

Resepi 1- Pau seri kaya pandan

Resepi 2- Pau gula merah inti halua maskat
inovasi baru dari halua maskat yang tak habis. =)
Assalamualaikum dan selamat sejahtera sahabat Nurulsham,

Kita sambung semula dari post sebelum ini  kuih-pau-seri-kaya-bahagian-1.  Semalam Nurulsham dah buat seri kaya pandan dan cari daun pisang.  Hari ini, Nurulsham nak tunjuk cara buat doh pau yang lembut dan sedap. Sebenarnya, bahannya tak banyak, cuma cara menguli yang penting.

Jom kita tengok resepi pau pula!

Resepi 1

Bahan-bahannya:
  1. Tepung gandum 500 gram
  2.  Air suam 300 gram atau lebih sedikit
  3. Gula  1 senduk
  4. Minyak jagung 1 senduk (minyak sawit pun boleh)
  5. Yis Mauripan  1 peket
Peralatan:
  1. Talam untuk menguli
  2. Periuk lengat.
Cara-caranya.


Di atas satu talam besar, tuangkan tepung dan lubangkan bahagian tengah seperti kawah gunung berapi. Masukkan  gula dan yis di bahagian kawah tepung. Tabur sedikit garam di atas tepung. Pastikan jarak antara yis dan garam tidak terlalu hampir kerana garam boleh mengganggu pertumbuhan yis.


Tuangkan air suam (300 g) dan perhatikan adakah yis anda terapung dan membiak. Anda boleh hidu bau wangi yang terhasil dari proses pernafasan yis anda. Sekiranya anda mahu adunan yang lembut, anda boleh menambahkan sedikit lagi air (suku cawan) tapi proses mengulinya akan menjadi agak sukar.


Setelah yis mengembang/membiak, tuangkan minyak.


Tarik sedikit-sedikit tepung dari tepi kawah, mulakan mencampurkan tepung dengan air di tengah kawah. Buat sedikit demi sedikit sehingga  semua air terkena tepung.


Mulakan menguli adunan tepung anda. Lihat adunan Nurulsham. Anda akan nampak ia melekit-lekit. Ini adalah kerana Nurulsham memang suka tambah air lebih sedikit, kerana hasilnya doh anda akan jadi lembut. Namun, proses mengulinya agak sukar dan anda haruslah bersabar.


Hentikan menguli. Basuhkan tangan anda dan biarkan doh selama lima minit untuk memberi peluang pada yis membiak lagi lalu memanjangkan ikatan antara gluten dalam tepung. Waktu ini doh anda akan menjadi lebih kuat.

Keringkan tangan anda dan minyakkan tapak tangan anda. Minyakkan juga lapangan/talam yang bersih (tiada saki baki doh). Di atas lapangan ini, uli dan bentukkan bulat doh anda. Kali ini minyak akan membantu supaya doh anda tidak melekit dan senang membentuk.


Simpan doh anda selama 10 minit. Tudungkan supaya permukaannya tidak mengering terkena angin. Nurulsham gunakan bekas plastik yang dibuat untuk diisi bahulu sebagai tudung kerana bekas ini jernih.


Potong doh tadi mengikut saiz yang anda suka. Untuk Nurulsham, Nurulsham dapat 13 potong semuanya.. mungkin sekitar 50 hingga 60 gram setiap satu.



Pastikan lapangan anda bersih dan minyakkan sedikit (jangan terlalu banyak kerana ia akan menjadi sangat licin dan susah untuk membentuk doh menjadi bulatan)

Bentukkan tangan anda seperti dalam gambar. Pastikan tangan anda siap diminyakkan (jangan terlalu banyak minyak).  Mulakan menggolek doh sehingga menjadi bulat.



Doh yang sudah dibulat-bulatkan ini, sudah sedia dimasukkan inti.



Oleh kerana doh Nurulsham tadi dibuat agak lembut, maka agak mudah ditarik-tarik sewaktu hendak memasukkan inti. Namun, anda harus pastikan tangan diminyakkan secukupnya kerana doh begini agak melekit.



Letakkan doh yang telah diisi inti di atas daun pisang.


Yeah! Pau anda sudah sedia untuk dikukus. Lihat kulitnya yang cantik dan berkilat. Memang best kan? Pau Nurulsham agak leper kerana doh sangat lembut. Jika doh keras sedikit, pau anda akan naik lebih tinggi.



Wah! Pau Seri Kaya Pandan versi Nurulsham dah siap. Seronoknya... . Masa kukus tadi, wanginya aroma pandan dan daun pisang di petang hari.

Anak-anak dan anak jiran seronok bukan main lagi dapat makan pau yang lembut ni. Dohnya juga tidak tawar kerana ditambah gula dan garam.

Hari ni tak sempat ambil gambar si bongsu makan pau, sebab pau ni dah licin dimakan... tak teringat nak ambil gambar.

Anak bongsu Nurulsham tanya, "Pau inti peanut butter dan jem nenas ada tak?"  Hm... amboi pandai sungguh dia bertanya 'sambil' memberi cadangan. Haha! Tak apa, esok pula ibu buat pau inti macam-macam ye... .

Update lagi pada 26 April.

Resepi 2.

Sebab halua maskat Nurulsham seorang sahaja yang suka makan, jadi ada lagilah berbaki walaupun dah bagi kat family.

Nurulsham fikir-fikir, cuba tengok buat pau gula merah inti halua maskat. Boleh juga kan?

Jadi inilah hasilnya....

1. Cara sama seperti di atas, cuma air suam Nurulsham
gantikan dengan air gula merah
2.  Bulat-bulatkan doh pau. Bulat-bulatkan juga halua 
maskat membentuk inti. Untuk resepi halua maskat,
klik resepi halua maskat

3. Masukkan inti halua


4. Susun dalam pelengat dan kukus selama 15 hingga 20 minit. (gambar terlupa snap pula... maaf)

5. Inilah hasilnya...

4. Siap dah pau gula merah inti halua maskat ni. Tak
 sangka sedapnya, bila makan tergigit kacang...
 hm... boleh buat lagi.

Update 19 April, 2017

Ida Wan Rosli nak tnye knape bila sy masukkan inti pas kembang tu inti terkeluar ye. bleh x share tips xnk bg dia kuar inti tu
UnlikeReply11 hr
Nurolshamshi Saidin Kalau inti bergula spt inti sekaya memang senang terkeluar sebab gula mencair dan membuatkan tepung tak mahu melekat. Kalau begini kena kurangkan inti
LikeReply14 mins
UnlikeReply13 mins

No comments:

Post a Comment