Assalamualaikum wrt wbt dan salam Ramadhan buat semua pembaca blog Nurulsham.
Nurulsham mengalu-alukan anda mengikuti blog ini tidak kira di mana anda berada. Terharunya kerana ada juga kunjungan dari pelbagai negara seperti dari Jepun, Nigeria, Arab Saudi, Indonesia, Brunei dan sebagainya. Ini menunjukkan betapa ramainya orang kita di negara luar dan amat memerlukan resepi-resepi makanan tradisi sebagai rujukan.
Antara tujuan asal Nurulsham wujudkan blog ini adalah untuk menghimpun seni lama dari nusantara dan luar. Antaranya resepi-resepi tradisi, teknik mengawet cara lama tanpa bahan kmia, teknik perubatan tradisional yang banyak melibatkan perubahan tekanan, haba dan pelbagai lagi.
Sesuai sebagai seorang saintis juga, biasanya Nurulsham akan cuba buat semula perkara-perkara yang Nurulsham pelajari atau dengar dari orang-orang tua. Sesetengah resepi yang Nurulsham pernah buat di sini, adalah sebagai satu eksperimen. Ada kalanya Nurulsham dah ulang buat berkali-kali kerana tak menjadi. Jadi dalam konteks ini, Nurulsham bukanlah seorang pakar tetapi seorang yang mencuba.
Antara tujuan blog ini adalah untuk mengajak anda cuba mencabar diri mencuba pelbagai resepi dan tidak semata-mata mahu membeli barang siap semata-mata. Ini semua adalah adventure... sangat menarik dan mengujakan. Kerja-kerja sebegini ini ada kebahagiaannya yang tersendiri. Tak rugi kalau anda mencuba.
Keropok lobak merah ini Nurulsham dapat inspirasi dari orang Indonesia sebenarnya. Nurulsham ada melihat di You tube, satu situasi di mana terlalu banyak bahan buah-buahan dan sayur-sayuran yang bermusim dan pelbagai teknik mengawet telah dicuba di sana. Antara cara mengawet adalah dengan menjadikannnya keropok yang dikeringkan. Subhanallah... mereka amat kreatif dan sangat kuat bekerja.
Pun begitu, resepinya tidaklah dinyatakan dengan jelas. Jadi resepi Nurulsham hari ini adalah satu percubaan yang agak berjaya dengan izin-Nya juga supaya kita dapat berkongsi ilmu yang baik dan menyihatkan ini.
Jomlah kita lihat bahan-bahannya.
- 1 cawan lobak merah yang telah disagat
- 2 hingga 3 cawan tepung ubi
- sedikit garam untuk rasa
Cara-caranya.
1. Basuh selawat lobak merah yang telah dibuang kulitnya |
2. Sagat lobak merah anda sehalusnya |
Lihat tekstur lobak yang disagat ini |
3. Masukkan tepung ubi (secawan terlebih dahulu) dan garam. Gaulkan bahan-bahan. |
4. Tambah tepung ubi lagi dan gaul sehingga sebati. Kemudian cuba kepal-kepalkan doh anda dan lihat adakah bentuknya kekal. Jika tidak tambahkan lagi tepung ubi. |
Doh yang telah dibalut |
6. Susun di dalam pengukus dan kukus selama 40 minit |
Nota- lihat kulit doh sudah pejal dan tidak melekit |
Sifat tepung ini juga amat istimewa di mana ia akan mengeras dan menjernih bila dijemur kering, tapi mengembang dengan cantik setelah digoreng. Jadi tepung ubi amat sesuai digunakan dalam pembuatan keropok.
Untuk lebih info tentang tepung ubi, sila klik karakter tepung ubi kayu dan characteristic of tapioka starch
Sekian dahulu dari Nurulsham. Selamat mencuba!