Wednesday, 19 April 2017

BEPANG NASI SEJUK YANG TAK SANGKA SANGAT SEDAP!

Ingat tak Nurulsham pernah kongsi resepi bepang kacang? Alhamdulillah, ramai pembaca dah cuba buat di rumah dan menjadi. Seronok sangat Nurulsham bila resepi ini dikongsi dan ramai orang mendapat manfaatnya. Semoga anda semua dapat pahala dan rezeki yang melimpah-limpah kerana berkongsi ilmu yang baik ini. Kita pun dah tak mahu kan, beli bepang dari kedai yang tengik selalunya tu... kan?

Hari ni Nurulsham nak kongsi pula resepi dari nasi sejuk semalam. Sayang betul kalau nasi sejuk dibuang, kan? Sekarang banyak sangat makanan terbuang.

Idea nak buat bepang nasi sejuk ni sebenarnya datang dari jiran Nurulsham, yang kami panggil Cik Maznah. Cik Maznah ni, hari-hari akan datang rumah Nurulsham kerana anak bongsunya akan meragam jika sehari dia terlupa bawa anaknya tengok Nurulsham. Itulah sebabnya kami sangat rapat. Pernah sekali anak sulung Nurulsham nak sambung belajar, Cik Maznah ni datang bawa wang untuk bantu tanpa Nurulsham minta. Memang superb betul Cik Maznah dan suaminya... sahabat dan jiran yang ohsem!

Kata Cik Maznah, "Nasi sejuk semalam tu tak payah buang. Jemur sampai kering... kemudian goreng. Nanti dia akan kembang macam bertih beras."

O... baru hari ni Nurulsham tahu. Hmmm... ilmu baru... . Bagus bagus!

Haha..ini rahsia tau.  Tak payah beli bertih beras dari kedai barangan kek.

Hari ni dah pecah lah rahsia Nurulsham dan Cik Maznah... Hahaha! Tak apa... kami dah halalkan. Semoga bermanfaat untuk semua.  ☺

Okaylah, anda sila rujuk resepi bepang kacang juga ya.

Nasi semalam diletakkan dalam loyang dan dijemur di
panas mentari.

Setelah nasi sejuk menjadi kering, lerai-leraikan sedikit,
jika ada butir yang melekat.
(Nurulsham gunakan anak lesung).
Panaskan minyak. Masukkan nasi sejuk kering tadi, Goreng
sehingga ia kembang dan membertih.

Bertih nasi sejuk ini @ bertih beras diangkat dari
minyak dan ditoskan seketika.
di dalam kuali atau periuk bersih,
masukkan gula (dan seikit garam)
dan panaskan api. Masak hingga gula mencair.
Masukkan sedikit minyak dan kacau lagi sehingga
gula cair menjadi perang.
Masukkan bertih nasi sejuk anda tadi. Kacau sehingga rata
dengan gula cair.
Setelah rata, masukkan bepang anda yang masih lembut
ke dalam acuan.
Boleh juga dibulat-bulatkan dan dibuat bebola beras.
Gambar ini diambil dari blog akumama.blogspot.com
Terima kasih blogger akumama.
Sejukkan. (Gambar kredit pada akumama blogger.
Yang ini kredit buat Nurulsham kerana berjaya membuat
bepang bertih yang comel berbentuk LOVE ini. Hehe!

Selamat mencuba ya. Nurulsham rasa resepi ini amat jimat dan boleh dibuat berniaga.

Bye semua!

update 22 April 1:56 pg

Sal Jie Kak,nk tnye kne jemur smpai betul2 kering ke?
UnlikeReply114 hrs
Nurolshamshi Saidin ya sal, kena betul2 kering
LikeReplyJust nowEdited
Sal Jie Dh buat...Alhamdulillah...
LikeReply3 hrs
Nurolshamshi Saidin wah... hebatnya Sal Jie..tahniah... terharunya kak Nurulsham. Semoga bermanfaatlah ilmu ni.
LikeReplyJust now
Sal Jie Tksih kak...sedap sgt.. Suami suka..kejap je licin...hihihi..tksih bg rsepi...
UnlikeReply120 mins
Nurolshamshi Saidin Sal Jie best kan kalau masak suami dan anak-anak suka. Kirim salam kat family, ya
LikeReply16 mins
Sal Jie Betul kak.. Nt nk try bepang kacang tu plak... Ok kak...tksih skli lg sbb xkedekut ilmu masak..
UnlikeReply19 mins
Nurolshamshi Saidin Sal Jie sama-sama... takpe, ilmu Allah semua ni, kita pinjam ja....
LikeReplyJust now

update 20 April, 7:29 mlm


Puziah Zakaria Terima kasih kerana sudi berkongsi resepi. .nk tau guna gula perang boleh x? Sukatan mcm mna plk? ?
UnlikeReply11 hr
Nurolshamshi Saidin Gula perang Nurulsham tak reti... maaf
LikeReply11 hr
Nurolshamshi Saidin Puziah Zakaria sukatan Nurulsham agak2 je. Tapi untuk bepang kacang ada sukatan betul2. klik http://nurulshamsaidin.blogspot.my/.../bepang-kacang-cara...

NURULSHAMSAIDIN.BLOGSPOT.COM
LikeReplyRemove Preview1 hr
Puziah Zakaria Terima kasih kerana sudi mnjwb pertanyaan saya. Saya amat menghargai nya. Terima kasih.
UnlikeReply11 hr


Sharifah Sani Sedap bertih nasi ni,gaul gula+kelapa parut..
UnlikeReply151 mins
Nurolshamshi Saidin Sharifah Sani... betul... saya nak buat macam emping padi tu.. makan dengan kelapa dan gula, tapi kelapa parut tak sempat beli... last2 jadi bepang

4 comments:

  1. Musim hujan ni dapat jemur kejap2 je nasi sejuknya . Hihi.. 😄

    ReplyDelete
  2. Ooo baru Tau mcm mana nak buat bertih nasi... Tq

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum salam sejahtera warga group��
    �� Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye����

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit asma kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺����

    3)Pengamal perubatan herba ni dah banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan asma. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.


    5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

    Sy share melalui pengalaman sy sendiri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sendiri pun guna produk die (jus herba) dah 5tahun setia walaupun sembuh terus juga minum sebagai supplement.

    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .����

    ▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
    Skg sudah sembuh dari kanser.
    ..........................................................................
    ▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
    ………………………………………………………………………....
    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
    ..........................................................................
    ▪Puan Musriharni pesakit asma kronik sejak kecil yang terpaksa menggunakan healer setiap hari. Beliau juga pesakit gastrik kronik(GERDyang menyebabkan berangin satu badan sehingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety akibat nya menggigil dan seram sejuk.
    Sekarang kesihatan Alhamdulilah semakin baik, gastrik dan anxiety dah takde dan asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru2 dah elok semula.
    ..........................................................................
    ▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
    ..........................................................................
    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ReplyDelete