Thursday 23 March 2017

RESEPI KUAH KICAP, KUAH CILI, SUP UTK NASI AYAM

Sambungan dari nasi-ayam-cara-orang-berniaga.

Assalamualaikum, baru sempat update resepi yang lain-lain untuk nasi ayam ni. Kalau tak ada semua kuah ni, tak sedaplah nasi ayam kita ni, kan?

Ini adalah cara yang Nurulsham selalu gunakan. Mungkin tak sama dengan yang biasa anda gunakan. Boleh cuba kalau berminat, ya.

Mula-mula resepi untuk sos cili.😊



Bahan-bahan.

  1. Bawang besar 1 biji
  2. Bawang putih 5 ulas 
  3. Cabai hidup merah 8 biji, dibuang bijinya untuk kurangkan pedas. Boleh juga guna cabai kering yang di potong direndam dalam 10 biji.
  4. Air perahan asam jawa
  5. Sedikit air rebusan ayam.
  6. Garam dan gula.

Cara-caranya.
  1. Kisar bawang besar, bawang putih, dan cabai. Panaskan kuali dan masukkan 2 senduk minyak. Setelah minyak cukup panas, masukkan campuran yang telah anda kisar tadi.
  2. Masak hingga naik minyak. Kemudian masukkan air perahan asam jawa dan air rebusan ayam (sedikit sahaja).
  3. Masukkan garam secukup rasa dan dua senduk gula.
  4. Kacau lagi sehingga naik minyak.

Seterusnya untuk resepi kuah kicap.😊

Masukkan sos bekas perapan ayam. Jaga-jaga, sila
perlahankan api, khuatir hangit.
Bahan-bahan.
  1. Sos bekas perapan ayam
  2. Kicap 1 cawan
  3. Air rebusan ayam 1 cawan
  4. Garam secukup rasa.

Cara-caranya.
Masukkan kicap dan air rebusan ayam.

  1. Gunakan kuali bekas kuah cabai tadi. Masukkan sedikit minyak.
  2. Dengan cepat, masukkan sos bekas perapan ayam. Sos ini mempunyai banyak rasa dan sangat sedap.
  3. Nota: untuk sos perap ayam cara Nurulsham, sila rujuk cara sediakan lauk nasi ayam.
  4. Kacau sedikit dan masukkan kicap.
  5. Masukkan air rebusan ayam dan garam secukup rasa.
  6. Masak hingga mendidih.

Seterusnya lagi untuk sup😊
Bahan-bahan.
  1. Halia 1 ibu jari
  2. Bawang putih 3 ulas
  3. Bawang besar sebiji
  4. Rempah sup sebungkus
  5. Garam secukup rasa 
  6. Daun sup dan daun bawang untuk ditabur

Cara-cara.

  1. Halia, bawang besar dan bawang putih dihiris nipis.
  2. Tumis bahan tadi dalam minyak.
  3. Masukkan air rebusan ayam dan rempah sup.
  4. Masak hingga menggelegak.

Untuk resepi lauk nasi ayam, sila klik resepi-ayam-bakar-untuk-nasi-ayam.

Sepatah dua kata dari penulis.

Terima kasih kerana melawat blog Nurulsham. Semoga anda mendapat manfaat darinya.

Nurulsham menjemput anda melihat aktiviti terbaru Nurulsham iaitu membuat bedak sejuk di rumah tanpa peralatan canggih. Nurulsham dah cuba dan jadi cantik bedak sejuk tersebut. Sila klik link ini 12 langkah mudah buat bedak sejuk tradisi

Selamat menonton.

Wassalam.

5 comments: