Saturday, 8 April 2017

BEPANG KACANG CARA ORANG TUA LAMA



Hari ni Nurulsham nak share cara buat bepang macam tok tok nek kita. Nurulsham belajar ni lebih kurang 25 tahun dahulu, dari seorang kawan yang memang tinggal dengan aruah neneknya. Resepinya sangat murah dan mudah. Tak guna barang-barang mahal pun tapi sedap sangat....

Kawan Nurulsham tu sekarang dah jadi doktor PhD dalam Statistics. Masa Nurulsham belajar dari beliau dulu, waktu tu Nurulsham melawat beliau di University of Wisconsin, Madison. Terima kasih pada Dr. Hasfazilah Ahmad atas resepi yang autentik ni... .

Tak sangka rupa-rupanya, Nurulsham nak dapat resepi orang tua lama masa di USA. Sedangkan masa duduk di kampung, Nurulsham tak pernah pun dengar perkataan 'bepang' ni.

Hehe... jomlah kita tengok bahan-bahan untuk bepang ni.

Bahan-bahan:

Bahan-bahan: (belakang) gula dan minyak
(hadapan) bijan dan kacang


  1. Gula 1 cawan
  2. Kacang  1 cawan (goreng tanpa minyak dan buang kulitnya)
  3. Bijan 1/2  cawan (bijan digoreng tanpa minyak lebih kurang 3 minit)
  4. minyak 2 sudu
Cara-caranya:


Tabur sedikit bijan di atas talam logam atau kayu. Jangan guna talam plastik, Tujuan bijan ditabur adalah untuk memudahkan mengeluarkan bepang dari talam nanti.


Tumbuk kacang yang telah digoreng tadi sehingga pecah 2 atau 4. Jangan terlalu halus. Jangan guna blender.  


Panaskan periuk dengan api perlahan dan tuang gula. Kacau dengan senduk perlahan-lahan. lihat perubahan tekstur dan warna gula.


Tuang minyak. Kacau lagi gula perlahan-lahan.


Masak gula hingga warnanya keperang-perangan.


Masukkan bijan dan kacang.


Kacau kacang dan bijan sehingga rata di dalam gula hangus.


Tuang adunan ke dalam talam berlapik bijan.


Balut senduk dengan plastik. Minyakkan plastik bagi mengelakkan bepang melekat pada plastik. Ratakan dan lebarkan serta nipiskan bepang anda menggunakan senduk tadi.


Sewaktu bepang masih lembut, potongkan ia mengikut saiz yang sama.



Sejukkan bepang anda.  Setelah cukup sejuk dan keras, anda boleh kepak bepang anda dan susun di dalam bekas.

Resepi ini sesuai untuk hari raya. Idea yang murah dan mudah untuk mula berniaga kudapan hari raya untuk menambah pendapatan.  Para suri rumah bolehlah mencuba perniagaan ini.

Untuk resepi ini, Nurulsham menggunakan secawan kacang, lebih kurang RM1.50, Secawan gula... lebih kurang 50 sen, bijan sekitar RM1.00 dan sedikit minyak. Jika anda boleh potong dengan saiz yang sekata dan kecil, memang sesuai untuk menjadi tambahan pada menu biskut raya.

Selamat berniaga dan mencuba!

Marilah kita sedekahkan Al-Fatihan buat nenda Dr. Hasfazilah Ahmad. Semoga roh arwah berada di kalangan orang-orang soleh....

Amin...
Dr. Hasfazilah Ahmat
Dr Hasfazilah banyak membantu Nurulsham
dalam proses menghasilkan novel
Dingin Salju Wisonsin yang mengambil
universiti beliau belajar sebagai
latar tempat
Untuk resepi bepang beras klik sini.

5 comments:

  1. Kuih fevret, x boleh berhenti makan ni.. Mujur Allah bagi sakit gigi :-)

    ReplyDelete
  2. Kuih fevret, x boleh berhenti makan ni.. Mujur Allah bagi sakit gigi :-)

    ReplyDelete
  3. cabut gigi yang sakit tu... pastu boleh dah makan bepang tu...hehe

    ReplyDelete
  4. terima kasih kak sudi share resepi ni.insha Allah nanti nak try.salam ukhwah dari Wp Labuan

    ReplyDelete
  5. masa kecik2 suka sangat dengan kue ini..bila ada masa lapang nanti try buat berserta baulu cara org dulu...terima kasih sharing resepi ini...suka sangat2...finally blog ini telah ditambah pada kegemaran😊

    ReplyDelete