Friday, 3 March 2017

CARA BUAT BAHULU MACAM ORANG DULU-DULU.

Nak cuba buat bahulu macam orang dulu-dulu, tak? Jom saya turunkan resepi mak saya, yang saya guna sampai hari ni. Insya Allah, rasa dia lain dari bahulu yg dibeli.Amaran- bahan2 tak cerewet, cuma telur, tepung dan gula... tapi proses membuatnya cerewet juga, maklumlah nak dapat rasa yang autentik tu.


Mula-mula, tepung digoreng tanpa minyak dengan api perlahan. Jaga-jaga nanti hangit. Rajin-rajin kacau no...
-Kata mak saya, nak tahu tepung dah elok kering , kita nampak debu-debu tepung tu melayang, maksudnya jadi ringan sebab dah cukup kering. Saya pula tambah satu petua lagi. Tepung yang baru digoreng dan masih mentah, baunya macam klorin. Sefaham saya, memang tepung diputihkan (bleached) sebab tu berbau klorin. Goreng sampai hilang bau tu dan timbul bau wangi.
-Ada orang jemur tepung ni untuk keringkan, tapi saya tak pernah buat. Kalau nak cuba boleh juga, tapi pastikan hari betul2 panas dan tak ada burung terbang atau haiwan lain lalu kat atas tepung yang dijemur tu.

-Nota penting- Kalau tepung betul2 kering, bahulu boleh tahan lebih dari sebulan, insya Allah.


Kemudian, sukat gula dan telur sama banyak. Maksudnya, kalau gula secawan, telur pun secawan. Telur ni cuba cari yang baru. Nak tahu, pecahkan sebiji dan tengok kuning telur tak pecah. Nampak cantik seketul. Telur baru ni, boleh juga kita check dengan cara direbus sebiji. Kalau kulit melekat masa kopek, maksudnya itu telur baru. Nota penting! --- Jangan pakai telur gred A. Telur ni besar sangat dan telur putihnya banyak, jadi air banyak dan bahulu jadi melekat pada acuan. Telur itik dan ayam kampung paling elok, tapi mahal kan? Apa yang saya biasa buat, saya cari telur gred c yang baru. Alhamdulillah, hasilnya memang cantik dan harganya pun murah juga bagi orang yang minat berniaga bahulu secara komersial.
Pukul telur dan gula sampai kembang. Petua nak tahu telur dah kembang, angkat pemukul telur dan tengok cara telur tu jatuh. Kalau dia jatuh laju, maksudnya belum kembang. Lagi satu, boleh juga ambil sudu dan gariskan permukaan telur yg kembang tadi. Kalau garisan tadi tak bertaup semula, kekal, maksudnya telur dan cukup kembang.
Boleh saja digunakan mixer, tapi kalau nak lagi sedap bolehlah dicuba pukul telur pakai penimbuk macam tok kita dulu2.... Saya hanya cadangkan tapi sendiri tak sanggup buat.... hehe.
Tiba giliran untuk masukkan tepung, ni kena berhati-hati lebih sikit. Pastikan tepung tadi dah sejuk. Kalau tepung panas, saya pernah kena dah, telur tu jadi macam masak bila kena tepung. Ingat ya...
Ayak satu senduk tepung guna penapis ke dalam adunan telur dan gula yang kembang tadi. Kemudian, kaup (kaup tak sama dengan kacau, sila ambil perhatian) adunan perlahan-lahan supaya bercampur elok. Kemudian, ayak lagi satu senduk tepung dan ulang kaup adunan untuk mencampur. Masa ni tak boleh kasar. Sebab bahulu lama tak pakai baking soda, kita kena jaga udara dalam telur yang kembang itu supaya tak banyak terlepas keluar. Perhatikan permukaan adunan tadi.
Ambil spatula dan sapu atas permukaan adunan. Kalau licin, boleh ayak tepung lagi sehinggalah bila disapukan spatula sekali lagi, kita nampak adunan itu bersarang halus2. Nota ---Kalau sarangnya besar, adunan belum cukup tepung. Kalau tak bersarang langsung dan nampak liat, adunan dah bantat.
Kata mak saya, biasanya kalau telur secawan, tepungnya lebih kurang secawan juga. Tapi, masih kena check rupa adunan tu bersarang atau tidak untuk pastikan bahulu jadi elok.
Masa saya baru belajar dulu, saya campurkan adunan sedikit2 dan tengok rupa sarangnya. Pakai mangkuk kecil dan masukkan adunan telur kembang tadi

sesenduk dua saja. Tepung dalam dua sudu, masih kena ayak. Lepas tu masuk dalam acuan dan bakar. Anda boleh juga cuba sedikit dulu. Kalau dah yakin baru boleh buat banyak sekali.
Dah siap, panaskan acuan dalam oven dan lengserkan minyak pada acuan tersebut. Nota- acuan lama ni kerap melekat, jadi biasanya orang lama tak bagi kena air. Kalau dah kena air, mungkin sebab nak basuh, sila jemur acuan di panas terik, sampai betul2 kering, kemudian baru digunakan macam biasa. Minyak yang nak lengserkan di acuan pula, bolehlah dipanaskan terlebih dahulu menggunakan kuali bersih, kemudian goreng sebiji telur dalam minyak tadi. Telur itu kemudiannya diasingkan, dan minyak ini bolehlah dibuat melengser acuan.
Acuan yang dah cukup panas berhaba, bolehlah dimasukkan adunan... dan bakar hingga kekuningan.
Selamat mencuba. Bahulu jenis ni sangat ringan dan garing kulit luarnya. Memang sedap dan asli, serta tak berminyak. Makan pun tak jemu sebab dia ringan. Selalunya bahulu makan sebiji pun dah kenyang, tapi yang ini boleh makan lebih... dengan izin Allah juga, jangan lupa tu...
Sesuai dibuat secara komersial kerana bahan2nya murah dan mudah didapati. Insya Allah, sama2lah kita berkongsi ilmu yang baik ini.

Sepatah dua kata dari penulis.

Terima kasih kerana melawat blog Nurulsham. Semoga anda mendapat manfaat darinya.

Nurulsham menjemput anda melihat aktiviti terbaru Nurulsham iaitu membuat bedak sejuk di rumah tanpa peralatan canggih. Nurulsham dah cuba dan jadi cantik bedak sejuk tersebut. Sila klik link ini 12 langkah mudah buat bedak sejuk tradisi

Selamat menonton. 

Wassalam.


40 comments:

  1. wahh bestnya nak cubalah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, selamat mencuba dan good luck!

      Delete
    2. Boleh tak nak berguru secara depan2 ?

      Delete
    3. Maaf baru baca. Saya di Penang mungkin jauh dari puan.

      Delete
    4. Puan diPenang di kswn mana..saya di Bukit Mertajam ..klu Puan ada buat kursus atau boleh mengajar ..saya berminat utk hadir tk

      Delete
    5. Sama resepi mak saya yg kami buat dulu2. Sehari utk buat bahulu shj. Timbuk dlm pasu. Seminggu tgn dok lenguh. Tapi bahulu tahan sebulan setengah. Tp x pakai vanila. Pakai asam limau shj. Pastikan buang mata telur tu utk elak hanyir

      Delete
  2. hr ni beili telur gred c. sb nk cuba resepi akak.maaf suhu bakarbrpe ye

    ReplyDelete
  3. Cik Puan Diyana... suhu bakar dalah 250 darjah

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. assalamuakaikum..nk tanye adunan bersarang maksudnya apa?

    ReplyDelete
  6. Maksud adunan bersarang ialah banyak ruang udara

    ReplyDelete
  7. Maksud adunan bersarang ialah banyak ruang udara

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Bolehkah gula dikurangkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau gula kurang sangat bahulu lembik selepas masak

      Delete
  10. salamsis,
    sy dah bua.. ranggup diluar sedap tp agak keras didlm..adakah terlebih tepung gandum.. atau cara sangai x betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, kalau keras biasanya terlebih tepung

      Delete
    2. Asslm boleh ta bagi resepi pakai gram supaya senang na buat klau pakai cawan kurang tepat rasa

      Delete
  11. Assalamu'alaikum wmt...
    Terima ksh atas perkongsian...
    Gula baru d jemur...
    Harap2 hasilnya menyerlah... 😊

    ReplyDelete
  12. Saya minta izin nak cuba ye resepi ni terima kasih

    ReplyDelete
  13. salam..ada no wassap x..nk bertanya sedikit

    ReplyDelete
  14. maaf nak tny tepung guna jenama ape ye?

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum ... Tq sis,,alhamdulillah sy dh cb mmg mnjd bahulunya... Seronok sgt...

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum... bagusnya, kongsi resepi dgn tips skali... semoga allah rahmati...
    nK tyA,boleh tak kalau guna resepi ni utk bauhulu gulung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, maaf tak boleh sebab bahulu Ni agak rapuh

      Delete
  17. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum. Terima kasih puan Nurulsham. Nak tanya, boleh ke kalau saya guna resepi ni untuk buat bahulu gulung?

    ReplyDelete
  19. Waalaikumsalam

    Resepi Ni rapuh. Tak boleh buat bahulu gulung

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum..sis sye nk tnya,sye buat bahulu guna resepi yg sma..tp bila 4 5ari bahulu akan jd kering dan sedikit keras..mmg cmtu ke atau sye ada terlebih tepung atau gula ye?

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum puan... gula tu perlu dikisar atau tidak ye?

    ReplyDelete