Terbaru- Mee tarik cara paling mudah!

Showing posts with label TEKNOLOGI BERAS. Show all posts
Showing posts with label TEKNOLOGI BERAS. Show all posts

Saturday, 17 June 2017

KUIH LOYANG SANTAN LEMAK MANIS

Assalamualaikum sahabat Nurulsham dan salam Ramadhan semua.
Hari lebaran makin menjelang... banyakkanlah menambah ibadat malam dan supaya kita semua beroleh Lailatulqadar... Amin.

Nurulsham kali ini hanya buat kuih simple-simple sahaja.  Hari ini kita lihat cara buat kuih loyang manis ya. Nurulsham suka sangat kerana kuih ini manis dan lemak. Kalau kuih loyang yang selalu beli di kedai biasanya masin dan sedikit pedas.

Kuih loyang pelbagai warna. Maklumlah dah lama tak
buat  =)
Jom kita lihat bahan-bahannya.

Bahan A

  1. tepung beras 250 g (1/4 paket 1 kg)
  2. gula 3 sudu besar
  3. garam secukup rasa
  4. sedikit kapur makan untuk garingkan
  5. Sebiji telur (untuk rasa dan supaya kuih mudah lekang)
Bahan B
  1. Santan secukupnya (maaf ini tiada sukatan)
  2. minyak untuk menggoreng
Cara-caranya.


1. Campurkan bahan A dan gaul rata.  Masukkan santan (dari bahan B) sedikit demi sedikit dan gaul bancuhan anda. Pastikan bancuhan sederhana pekat.


2. Sementara itu panaskan minyak secukupnya. Kemudian rendamkan acuan kuih loyang dalam minyak panas sehingga loyang cukup panas. Jika tidak cukup panas, adunan akan melekat pada acuan loyang.

Nota -  Acuan ni beli di kedai dengan harga RM7.50


3. Celupkan acuan loyang yang panas tadi ke dalam bancuhan (Jangan celup keseluruhan, hanya 3/4 sahaja). Anda akan lihat bancuhan bersantan ini nampak seperti masak di sekitar acuan.

4.  Kemudian celup pula acuan dengan bancuhan yang melekat tadi ke dalam minyak. Biar seketika hingga kuih loyang anda nampak keras sedikit. Goyang-goyangkan acuan sedikit supaya kuih tertanggal dari acuan.

5.  Balik-balikkan kuih loyang anda supaya warnanya sekata.



6. Angkat kuih loyang anda dan toskan minyaknya, kemudian letakkan terbalik supaya minyak kering. Sejukkan kuih loyang anda sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Selamat mencuba!


Resepi ini Nurulsham rujuk dari pautan ini resepi-kuih-loyang-santan

update 19 Jun

Nasita Ab Majid Sya buat hari ini x menjadi...
Like
Reply
1
10 hrs
Remove
Nurolshamshi Saidin kalau adunan tak lekat kat acuan maksudnya bancuhan terlalu pekat
Reply1 min
Edit
Nurolshamshi Saidin Jangan basuh acuan nanti kuih lekat tak mahu keluar

Saturday, 15 April 2017

SAMBAL NASI LEMAK CARA ORANG BERNIAGA

Ingat lagi tak Nasi Lemak Tok Wan Hussain? Aruah Tok Wan Hussain adalah bapa mertua Nurulsham. Beliau berniaga nasi lemak, mengambil alih dari aruah ibu mertua yang sakit pada waktu itu.

Sambal nasi lemak Tok Wan Hussain tidak pedas, dan sedap dimakan begitu sahaja. Nurulsham selalu tengok cara aruah ibu dan bapa mertua Nurulsham sediakan sambal itu. Ada tekniknya, rupa-rupanya. Maksud Nurulsham untuk nak bagi jimat dan sedap.

Ok, yang penting adalah bahan-bahannya. Nurulsham selalu tengok aruah bapa mertua bawa balik cabai kering, beras, dan ikan bilis yang tertentu sahaja. Kalau tak dapat seperti yang dirancang dalam kepala beliau, beliau akan cari di merata kedai sampailah jumpa.

Untuk resepi ni, bahan-bahannuya:
  1. 4 biji bawang besar
  2. Cili kering Seringgit (boleh adjust)
  3. 4 keping asam keping
  4. Segenggam ikan bilis
  5. 2 senduk minyak tumis

Bahan 1: cabai kering

Cabai kering yang digunakan oleh aruah ialah dari jenis cabai kering yang kerinting. Kata aruah, jangan beli cabai kering yang kulit licin kerana cabai jenis itu lebih 'cenge'. Yang dikatakan 'cenge' itu adalah bahasa orang utara yang bermaksud garang atau pedas.

cabai kering licin

cabai kering kerinting
Cabai ini ibu mertua akan gunting 2 atau 3 bahagian, kemudian rendam beberapa jam. Tujuan direndam adalah untuk melembutkan cabai dan membuang biji untuk mengurangkan kepedasan. Biasanya ibu mertua akan rendam jam 10 malam, dan esok jam 4 pagi bapa mertua akan kisar dengan bawang.

Bahan 2: Bawang.
Bawang Holland

Bawang India
Bawang yang digunakan oleh aruah adalah bawang besar dari India. Satu masa, sewaktu nilai ringgit tiba-tiba jatuh dan harga bawang India naik mendadak, aruah pernah cuba gunakan bawang Holland yang lebih murah pada waktu itu, namun sambal beliau 'cenge' katanya.

Bahan 3:  Asam keping

cari asam keping yang tiada biji di tengah. Asam
yang masih ada biji adalah asam gelugur muda jadi kurang sedap.
Aruah tidak akan menggunakan asam jawa, walaupun rasa sambal akan jadi lebih sedap. Penggunaan asam keping adalah kerana asam keping lebih jimat dan rasanya sama juga sedap seperti asam jawa.

Bahan 4 : Ikan bilis

Ikan bilis belum kopek

Ikan bilis putih

Ikan bilis kopek jenis putih adalah yang terbaik, tapi harganya mahal. Jadi sebab nasi lemak aruah murah, maka ikan bilis yang dibeli adalah yang belum dikopek. Lalu petang-petang ibu mertua akan kopek sambil menonton televisyen. Gigih sungguh orang tua dahulu mencari rezeki untuk anak-anak. Itulah rezeki dari titik peluh. Walaupun sedikit tapi mencukupi.

Ikan bilis ini bukan sahaja digoreng untuk nasi lemak, ia juga direndam dan dimesin untuk dimasukkan sewaktu memasak sambal.

Di bawah ini Nurulsham akan tunjuk kaedah secara ringkas.

Kisar cili yang telah direndam semalaman bersama bawang dan ikan bilis.

Kisar halus.


Panaskan minyak. Lebih banyak minyak untuk menumis, sambal
anda lebih lemak dan kurang pedas kerana cabai masak elok

Masukkan bahan yang dikisar

Masukkan asam keping

Kacau sesekali dan masak hingga menggelegak.
Tambah garam dan gula secukup rasa. Anda akan
lihat warna sambal akan jadi lebih merah setelah
gula ditambah

Sambal ini tidak gelap warnanya kerana tidak dimasukkan asam jawa. Rasanya sederhana pedas, lemak dan cukup masam, masin dan manis.

Selamat mencuba. Semoga berjaya bagi yang mahu berniaga.

Sepatah dua kata dari penulis.

Terima kasih kerana melawat blog Nurulsham. Semoga anda mendapat manfaat darinya.

Nurulsham menjemput anda melihat aktiviti terbaru Nurulsham iaitu membuat bedak sejuk di rumah tanpa peralatan canggih. Nurulsham dah cuba dan jadi cantik bedak sejuk tersebut. Sila klik link ini 12 langkah mudah buat bedak sejuk tradisi

Selamat menonton.


Bye... Wassalam.

Update 17 April.


Munarita Katiman X guna bwak putih.. n halia ker..... maaf nk thu.. bb tgok mcm x ltak?
UnlikeReply120 hrs
Nurolshamshi Saidin Dalam sambal tak letak.
LikeReply20 hrs
Nurolshamshi Saidin Memang aruah bapak mertua tak letak. Tapi dalam nasi ada letak halia. klik link utk tengok resepi
LikeReply20 hrs
Munarita Katiman Oòoo... ti nk cuba lah sis... mhon share ia....
UnlikeReply120 hrs
LikeReply116 hrs
Munarita Katiman Terima kasih sis....
UnlikeReply18 hrs
Munarita Katiman Saya dah cuba.... mmg terbaik ...... halalkn resepunyer yer sis... teruja plk....
UnlikeReply117 mins
Nurolshamshi Saidin Munarita Katiman Wah... tahniah! Seronoknya Nurulsham bila ilmu ni dimanfaatkan.... terima kasih.
LikeReplyJust now