Saturday, 17 June 2017

KUIH LOYANG SANTAN LEMAK MANIS

Assalamualaikum sahabat Nurulsham dan salam Ramadhan semua.
Hari lebaran makin menjelang... banyakkanlah menambah ibadat malam dan supaya kita semua beroleh Lailatulqadar... Amin.

Nurulsham kali ini hanya buat kuih simple-simple sahaja.  Hari ini kita lihat cara buat kuih loyang manis ya. Nurulsham suka sangat kerana kuih ini manis dan lemak. Kalau kuih loyang yang selalu beli di kedai biasanya masin dan sedikit pedas.

Kuih loyang pelbagai warna. Maklumlah dah lama tak
buat  =)
Jom kita lihat bahan-bahannya.

Bahan A

  1. tepung beras 250 g (1/4 paket 1 kg)
  2. gula 3 sudu besar
  3. garam secukup rasa
  4. sedikit kapur makan untuk garingkan
  5. Sebiji telur (untuk rasa dan supaya kuih mudah lekang)
Bahan B
  1. Santan secukupnya (maaf ini tiada sukatan)
  2. minyak untuk menggoreng
Cara-caranya.


1. Campurkan bahan A dan gaul rata.  Masukkan santan (dari bahan B) sedikit demi sedikit dan gaul bancuhan anda. Pastikan bancuhan sederhana pekat.


2. Sementara itu panaskan minyak secukupnya. Kemudian rendamkan acuan kuih loyang dalam minyak panas sehingga loyang cukup panas. Jika tidak cukup panas, adunan akan melekat pada acuan loyang.

Nota -  Acuan ni beli di kedai dengan harga RM7.50


3. Celupkan acuan loyang yang panas tadi ke dalam bancuhan (Jangan celup keseluruhan, hanya 3/4 sahaja). Anda akan lihat bancuhan bersantan ini nampak seperti masak di sekitar acuan.

4.  Kemudian celup pula acuan dengan bancuhan yang melekat tadi ke dalam minyak. Biar seketika hingga kuih loyang anda nampak keras sedikit. Goyang-goyangkan acuan sedikit supaya kuih tertanggal dari acuan.

5.  Balik-balikkan kuih loyang anda supaya warnanya sekata.



6. Angkat kuih loyang anda dan toskan minyaknya, kemudian letakkan terbalik supaya minyak kering. Sejukkan kuih loyang anda sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Selamat mencuba!


Resepi ini Nurulsham rujuk dari pautan ini resepi-kuih-loyang-santan

update 19 Jun

Nasita Ab Majid Sya buat hari ini x menjadi...
Like
Reply
1
10 hrs
Remove
Nurolshamshi Saidin kalau adunan tak lekat kat acuan maksudnya bancuhan terlalu pekat
Reply1 min
Edit
Nurolshamshi Saidin Jangan basuh acuan nanti kuih lekat tak mahu keluar

No comments:

Post a Comment