Assalamualaikum wrt dan salam sejahtera serta salam Ramadhan semua.
Anda semua biasa dengar dan pernah rasa agar-agar kering, kan? Anda tentu pernah tengok agar-agar kering berwarna-warni yang cantik dan berkristal. Ada juga yang berbau wangi. Kanak-kanak sangat sukakannya.
Hari ini Nurulsham nak cadangkan alternatif pada agar-agar ini. Kalau boleh apa kata kita cuba buat agar-agar kering tanpa menggunakan pewarna, kerana kita tahu pewarna sebenarnya sangat merbahaya.
|
Agar-agar kering dengan pewarna yang kuat. Ingat, pewarna amat merbahaya
apa lagi bila kita berikan jajan ini pada anak-anak kecil. |
Sebagai gantinya, kita buat pula gar-agar kering pelbagai perisa, dengan menggunakan perisa asli.
Sewaktu Nurulsham mengembara dengan kawan-kawan di New Mexico, kami pernah beli dan makan
candy berherba dari pokok kaktus. Rasanya sama dengan agar-agar kering kita dan ada pula unsur perubatan di dalamnya. Jadi, konsep kita di sini adalah untuk membuat agar-agar kering ala
herbal candy yang menyihatkan. Di barat,
herbal candy adalah perkara biasa sebagaimana kita memakan makjun. Antara contoh
herbal candy adalah Lozenges dan dihisap untuk merawat batuk dan panas badan.
Nota- Nurulsham akan tunjukkan cara buat agar-agar kering perisa lemon asli... dan anda boleh gunakan cara ini untuk perisa lain.. ya!
|
Kelapa, agar-agar, gula, gula batu, lemon, pudina |
Untuk bahan-bahan agar-agar:
- Agar-agar 20 g dibasuh dan ditoskan
- Gula halus 300 g
- Gula batu 150 g
- Air 800 ml (separuh botol mineral 1.5 liter)
- Sebiji lemon, daun pudina, air kelapa, gula merah, teh dan asam jawa (anda boleh cuba bahan lain juga)
Cara-caranya. (Untuk agar-agar lemon terlebih dahulu)
|
1. Sagat halus kulit luar sebiji lemon dan masukkan
dalam acuan. Ini adalah untuk mencantikkan (hiasan)
agar-agar dan untuk aroma yang wangi
Nota - lemon sangat baik untuk merawat demam selsema |
|
2. Perah lemon anda dan asingkan bijinya kerana bijinya pahit |
|
3. Sementara itu, masukkan agar-agar, gula batu dan gula halus
dalam periuk bersih |
|
4. Masukkan air dan masak pada api sederhana hingga gula
dan agar-agar hancur |
|
5. Tapis agar-agar dan asingkan dalam 3 bekas |
|
6. Tuang semula agar-agar dari bekas pertama. Ini adalah
untuk perisa lemon
Nota - Anda masih ada 2 bekas lagi agar-agar untuk anda
cuba perisa lain |
|
7. Kemudian, masukkan air lemon yang telah diperah tadi |
|
8. Kacau sehingga mendidih kali ke dua |
|
9. Tuang agar-agar ke dalam bekas berisi parutan
kulit lemon
9.1. Biar agar-agar beku sebelum dipotong |
|
9.2. Untuk memotong dengan cantik, anda boleh gunakan
pisau plastik pemotong agar-agar |
|
10. Susun atas dulang dan keringkan 4 hingga 5 hari untuk
dapatkan agar-agar berkristal yang cantik |
Anda boleh juga mencuba cara di atas untuk bahan-bahan herba menyihatkan yang lain. Tapi ingat, kulit, daun dan sebagainya jangan dimasukkan terlalu banyak kerana bahan-bahan ini akan mengundang kulat yang akan menyebabkan agar-agar anda cepat rosak dan kurang terawet.
Antara bahan yang boleh anda cuba.
1.
Daun pudina (herba yang sangat baik untuk menghambat angin dalam badan)
|
Nota - Potong kecil supaya daun pudina menyerap
lebih gula dan agar-agar anda terawet dengan
lebih baik |
|
Cantik tak? Rasanya agak berangin dan sejuk di mulut. |
2.
Air kelapa dan isinya (sedikit)- Sangat baik untuk mengalkalikan cecair dalam badan juga untuk menyejukkan badan.
|
Perisa kelapa yang sedap. Hm.... |
|
Belahan kelapa yang cantik. Di sebelah adalah air kelapa |
|
Nota - Untuk membelah kelapa, anda harus menetak di
tengah-tengan antara 2 mata (lihat gambar). Tempurung
di situ lebih lembut dari di bahagian lain |
3.
Asam jawa - sangat baik untuk menyejukkan badan dan mencuci usus.
|
Ambil perahan asam jawa yang pekat |
4.
Gula merah - untuk menyejukkan badan dan alternatif pada gula putih
5.
Teh- unsur kelat di dalam teh baik untuk merawat cirit-birit
|
dari kiri- pekatan teh, gula merah dan asam jawa (dibawah) |
|
Dari hadapan ke belakang - agar-agar gula merah, asam jawa dan teh.
Cantik tak warnanya? |
Anda boleh mencuba bahan-bahan lain mengikut kreativiti anda, namun pastikan anda mendapat perahan pekat dan kurangkan menggunakan unsur pepejal seperti daun, bunga dll yang boleh menarik kulat dan mengganggu proses mengering dan mengawet.
|
Inilah hasilnya.... agar-agar herba yang sudah cukup kering. Cantik tak? |
Selamat mencuba!
Anda boleh merujuk resepi agar-agar kering di sini juga. Sila klik
agar-agar-kering.dapur umi
Update 27 Jun
|
Terbaru Nurulsham cuba perisa asli lain pula iaitu nenas,
timun dan halia dan juga perisa yang pernah dicuba
sebelum ini iaitu pudina |