Tiba-tiba teringin pula minum air soya. Air kacang soya ni sebenarnya kegemaran suami Nurulsham. Beliau pernah pergi kursus menghasilkan air kacang soya, tau fu fa dan cincau.
Tugas buat air soya hari ni diselesaikan oleh anak perempuan kedua Nurulsham. Dia juga pandai buat air soya ni sebab pernah belajar dengan kawannya sewaktu bercuti di rumah kawannya itu.
Nurulsham beli kacang soya setengah kilo, berharga RM2.50. Kata anak Nurulsham, kena rendam kacang soya dalam air bersih selama 6 jam. Harus selalu tukar air supaya tidak masam. Rendam sehingga nampak seperti akarnya tumbuh sedikit.
Kemudian bolehlah dimesin menggunakan pengisar elektrik biasa di rumah kita. Kisar sehingga halus. Masukkan air ke dalam pengisar separas dengan kacang.
Kemudian perah air kacang soya anda menggunakan kain. Nurulsham gunakan penapis teh dan kopi yang biasa digunakan di kedai kopi dan restoren.
Perah sehingga keluar semua air soya tersebut. Hampas soya dimasukkan semula ke dalam pengisar dan tambah air. Ulang mengisar sekali lagi dan perah lagi.
Selepas memerah kali kedua, hampas soya ini bolehlah dibuang.
Air kacang soya yang terhasil itu sebenarnya masih mentah. Anda harus masak air soya ini sehingga menggelegak beberapa ketika. Kacau perlahan-lahan.
Air soya anda akhirnya telah sedia. Anda bolehlah sediakan air gula melaka, atau air gula putih sebagai pemanis untuk air soya anda.
Gambar ini diambil dari blog cahayashifa.blogspot.com . Nurulsham tak sempat ambil gambar air soya kami yang siap dah habis diminum. |
Air soya juga amat digemari sepanjang Ramadhan. Boleh dijadikan sumber untuk menampah pendapatan. Modalnya kecil dan cara menyediakannya juga tidaklah cerewet.
Selamat mencuba.
Sepatah dua kata dari penulis.
Terima kasih kerana melawat blog Nurulsham. Semoga anda mendapat manfaat darinya.
Nurulsham menjemput anda melihat aktiviti terbaru Nurulsham iaitu membuat bedak sejuk di rumah tanpa peralatan canggih. Nurulsham dah cuba dan jadi cantik bedak sejuk tersebut. Sila klik link ini 12 langkah mudah buat bedak sejuk tradisi
Selamat menonton.
Wassalam.
terima kasih yg tak terhingga untuk Nurulsham dan Azie@ Azie Kitchen.. sebab menyenangkan dan memudahkan masak memasak akak.. (malu plk sbb dah berusia pun masih xpandai masak) Jazakillah Khoir for both of you..
ReplyDeleteSama-sama. Saya pun masih belajar. 😊
DeleteTq sis sbb share ilmu
ReplyDeleteSama-sama. Selamat mencuba.
DeleteTq sis..sbb kongsi ilmu ni..saya telah pun cuba resepi ni..masa saya campurkn air gula merah dgn air soya tiba2 air soya jd berketul2..kenapa ye sis..tp rasanya mmg sedap...
ReplyDeleteTrm ksh sis..saya blh cuba resepi sis ni..
ReplyDeleteT.k.Share
ReplyDelete