Sambal nasi lemak Tok Wan Hussain tidak pedas, dan sedap dimakan begitu sahaja. Nurulsham selalu tengok cara aruah ibu dan bapa mertua Nurulsham sediakan sambal itu. Ada tekniknya, rupa-rupanya. Maksud Nurulsham untuk nak bagi jimat dan sedap.
Ok, yang penting adalah bahan-bahannya. Nurulsham selalu tengok aruah bapa mertua bawa balik cabai kering, beras, dan ikan bilis yang tertentu sahaja. Kalau tak dapat seperti yang dirancang dalam kepala beliau, beliau akan cari di merata kedai sampailah jumpa.
Untuk resepi ni, bahan-bahannuya:
|
Cabai kering yang digunakan oleh aruah ialah dari jenis cabai kering yang kerinting. Kata aruah, jangan beli cabai kering yang kulit licin kerana cabai jenis itu lebih 'cenge'. Yang dikatakan 'cenge' itu adalah bahasa orang utara yang bermaksud garang atau pedas.
cabai kering licin |
cabai kering kerinting |
Bahan 2: Bawang.
Bawang Holland |
Bawang India |
Bahan 3: Asam keping
cari asam keping yang tiada biji di tengah. Asam yang masih ada biji adalah asam gelugur muda jadi kurang sedap. |
Bahan 4 : Ikan bilis
Ikan bilis belum kopek |
Ikan bilis putih |
Ikan bilis kopek jenis putih adalah yang terbaik, tapi harganya mahal. Jadi sebab nasi lemak aruah murah, maka ikan bilis yang dibeli adalah yang belum dikopek. Lalu petang-petang ibu mertua akan kopek sambil menonton televisyen. Gigih sungguh orang tua dahulu mencari rezeki untuk anak-anak. Itulah rezeki dari titik peluh. Walaupun sedikit tapi mencukupi.
Ikan bilis ini bukan sahaja digoreng untuk nasi lemak, ia juga direndam dan dimesin untuk dimasukkan sewaktu memasak sambal.
Di bawah ini Nurulsham akan tunjuk kaedah secara ringkas.
Kisar cili yang telah direndam semalaman bersama bawang dan ikan bilis. |
Kisar halus. |
Panaskan minyak. Lebih banyak minyak untuk menumis, sambal anda lebih lemak dan kurang pedas kerana cabai masak elok |
Masukkan bahan yang dikisar |
Masukkan asam keping |
Kacau sesekali dan masak hingga menggelegak. Tambah garam dan gula secukup rasa. Anda akan lihat warna sambal akan jadi lebih merah setelah gula ditambah |
Sambal ini tidak gelap warnanya kerana tidak dimasukkan asam jawa. Rasanya sederhana pedas, lemak dan cukup masam, masin dan manis.
Selamat mencuba. Semoga berjaya bagi yang mahu berniaga.
Sepatah dua kata dari penulis.
Terima kasih kerana melawat blog Nurulsham. Semoga anda mendapat manfaat darinya.
Nurulsham menjemput anda melihat aktiviti terbaru Nurulsham iaitu membuat bedak sejuk di rumah tanpa peralatan canggih. Nurulsham dah cuba dan jadi cantik bedak sejuk tersebut. Sila klik link ini 12 langkah mudah buat bedak sejuk tradisi
Selamat menonton.
Bye... Wassalam.
Update 17 April.
Pergh boleh cuba resepi ni. Saya dulu meniaga nasi lemak juga.
ReplyDeleteMesti cuba resepi ini. Lihat macam mudah sangat untuk menyediakan nasi lemak yang sedap dalam masa yang singkat.
ReplyDeleteBerapa keping nak letak asam keping ye tuan?
ReplyDelete