Ayam yang telah diasingkan tulang. |
Masak atas api perlahan dan kacau hingga daging ayam terlerai dan kering. |
Sementara itu, di dalam peti ais ada kulit popia dan ubi kentang. Sudah lama rasanya Nurulsham tak buat satu resepi istimewa rekaan anak perempuan Nurulsham, iaitu popiah kentang.
Teringat pula hendak makan popiah kentang malam ini. Sedapnya popiah kentang ni dan sangat mengenyangkan.
Jom tengok resepinya.
Bahan-bahannya:
- 4 biji kentang direbus dan dilenyek
- daun bawang 1 pokok
- daun sup 2 dahan.
- cabai hidup 1 biji (untuk pedaskan)
- Kulit popiah secukupnya.
- sedikit tepung gandum sebagai pelekat
- serunding atau ikan bilis goreng atau sosej goreng (dikisar halus)
Cara-caranya:
Kentang direbus hingga empuk |
Lenyekkan kentang |
Masukkan hirisan daun sup, daun bawang dan lobak. Boleh juga tambah lada jika suka pedas. gaul-gaulkan hingga sebati. |
Cantik tak warna adunan kentang ni? |
Bahan-bahan kentang lenyek, tepung pelekat, serunding, kulit popiah |
Kaut adunan kentang tadi dan letak di atas kulit popiah. Buat seperti dalam gambar. Kemudian tambahkan serunding atau apa-apa lauk yang anda sukai. |
Gulung popiah anda dengan berhati-hati. |
Tinggalkan sedikit hujung kulit popiah untuk disapu tepung yanng ditambah sedikit air sebagai pelekat. |
Panaskan minyak dan goreng popiah anda sehingga kekuningan |
Angkat popiah yang telah kekuningan dan letak dalam penapis yang dilapik kertas tisu dapur untuk menyerap minyak. Potong popiah anda dan hidangkan dengan sos atau mayonis. |
No comments:
Post a Comment