Mee tarik tabur kuah pedas, minyak bijan , siput lala dan sayur salad. Sedap dan kental sangat-sangat...yum yum! |
rujuk cara buat mee tarik terbaru di Youtube:
Inilah salah satu dari impian Nurulsham yang Nurulsham ingatkan sampai mati pun tak mampu buat...huhuhu. Tapi dengan izin Allah, hari ni jadi juga mee tarik yang merupakan kepakaran masyarakat cina ini.
Sebenarnya, Nurulsham juga ada darah cina sebelah aruah bapa. Nenek moyang sebelah aruah bapa dahulu adalah bangsa cina Islam dari Selatan China. Mereka datang dan buka kampung di tanah Kedah ini (sekarang Seberang Perai). Moyang Nurulsham, dipanggil nama Tok Penghulu Bakar, atau Tok Kaq adalah penghulu pertama di kampung Tasek Chempedak ini. Kalau datang ke kampung ini, masih boleh jumpa orang-orang tua bermata sepet, putih melepak dan bertubuh kecil yang merupakan dari keturunan nenek moyang Nurulsham juga.
Okay... dah habis cerita tentang salasilah... . Haha! Suka keluar tajuk... kan?
Jom kita lihat resepi Mee Tarik Ala Axian ini. Axian adalah pengacara makanan yang sangat Nurulsham minati. Beliau memandang pembuatan makanan sebagai satu seni, satu perjalanan sejarah dan satu keindahan hidup penuh kebahagiaan.
Kenal tak orang yang Nurulsham maksudkan ni? Nurulsham paling suka bila dia ketawa.. kelakar benar bunyinya! Seronok betul tengok beliau tarik mee ni supaya jadi halus dan panjang dalam satu siri perjalanan beliau melihat mee tarik Bak Kut Teh. Beliau seorang yang amat merendah diri... so humble... dan sangat perihatin dengan orang-orang tua.
Aduila... terkeluar tajuk lagi. Maaf ya. Jomlah kita cepat-cepat lihat bahan-bahannya.☺☺☺☺☺
- 2 cawan tepung
- Semangkuk air (yang ini Nurulsham tak pasti sukatannya. Tapi Nurulsham akan ajar cara mengagak air)
- Sedikit garam untuk rasa. (jangan terlalu masin)
- Minyak 1/4 cawan
Untuk siapkan memelukan.
- Banyak minyak (untuk 'memujuk' tepung)
- Air masak menggelegak (untuk merebus mee)
Cara-caranya.
1. Di atas dulang, tuang sedikit minyak, garam dan air ke atas tepung. |
2. Gaul-gaulkan bahan sehingga sebati. Jaga-jaga dengan air. Tuangkan sedikit demi sedikit sambil gaul tepung, sehinggalah semua tepung telah sebati dengan air. |
3.1. Sesekali penyek-penyekkan doh anda dengan penumbuk anda. Kemudian uli lagi. Ulang langkah ini hingga doh jadi betul-betul kental dan kenyal tetapi lembut. |
3.2. Bentukkan doh memanjang dan pintalkan. Uli semula, kemudian pintal lagi. Buat banyak kali supaya gluten dalam tepung menjadi sangat kuat.
4. Dengan meminyakkan tangan anda sedikit, uli doh memanjang. Gulung membulat doh yang sudah memanjang ini supaya tidak melekat antara satu sama lain. |
4.1 . Susun begini, pastikan ada sedikit minyak di doh. |
4.2. Biarkan doh berlingkar seketika atau rehatkan doh |
4.3. Lihat video. Lingkaran yang telah direhatkan tadi kini diletakkan di tempat tinggi, dan siapkan talam atau besen di tempat yang lebih rendah. Minyakkan tangan anda lagi. Kemudian anda ulang langkah tadi (langkah 4.2) pada doh anda. (Sila lihat video.)
4.4. Anda harus seolah-olah 'memujuk' doh ini dengan cara menggesek/gosok/memintal doh dan buat lingkaran di dalam talam (bawah) pula supaya doh kurang melekat antara satu sama lain. Proses ini akan menguatkan lagi gluten dalam tepung.
6. Mee anda sudah cukup halus dan sedia untuk dicelur/dimasak. Panaskan air sehingga menggelegak . \ Masukkan sedikit minyak dalam air. Masukkan mee mentah anda |
6.1. Rebus mee selama 3 minit atau sehingga mee tarik anda sedikit jernih dan timbul. Kacau menggunakan lidi atau copstik jika ada mee yang melekat. |
Selamat mencuba! Tadi anak-anak Nurulsham makan mee ini, mereka kata, "Sedapnya ibu... lagi sedap dari ramen!" Ramen adalah mee jepun yang mereka beli sepeket RM5.00, rebus dan makan seperti makan Maggi.
Klik link di bawah untuk lebih teknik~
Lihat Resepi Mee tarik di YouTube oleh Nurulsham
ReplyDeletehttps://m.youtube.com/watch?v=QDmGWrCo0QY&t=646s