Ingat tak lagi resepi air susu kacang soya yang Nurulsham share tiga minggu yang lalu? Waktu itu, anak Nurulsham yang tunjukkan cara. Nurulsham rasa teruja sangat lalu kongsikan ilmu soya-mensoya di sini.
Bila Nurulsham post di blog ini, ramai yang sama teruja bila mengetahui bahawa tidak susah pun hendak membuat air soya yang sedap dan likat. Kemudian, ada seorang wanita menghubungi Nurulsham di facebook dan memberitahu, ada lapisan kulit di permulaan air soya yang sedang dimasak, yang sangat sedap. Kata beliau, waktu beliau kecil... ibunya akan membuat berbelas-belas kilo air soya sehari dan beliau akan ambil lapisan di atas itu lalu 'ngap' masuk ke dalam mulut☺☺☺
Wah! Apa pula lapisan yang dikatakan itu ya? Nurulsham pun mula mencari dan bertanya. Dari adik bongsu, Nurulsham dapat tahu... itulah yang dinamakan fu cuk.
Lalu malam itu juga Nurulsham rendam lagi kacang soya, dan buat air susu soya... sambil tu, mencuba-cuba mengangkat fu cuk menggunakan chopstick... Maklumlah, orang belum ada ilmu, tapi hendak mencuba juga. ☺☺☺
|
Fu cuk disidai seketika. |
Kemudiannya, barulah Nurulsham tahu, lebih mudah mengangkat fu cuk menggunakan lidi sate kerana lidi sate lebih kasar dan fucuk mudah melekat. Lagi satu, kalau nak buat fu cuk secara komersil, memang elok sangat diletak air soya dalam bekas yang rendah supaya mudah mengangkat fucuk tersebut. Klik
resepi fu cuk untuk belajar lagi ya!
Proses belajar memang menyeronokkan. Nurulsham sebagai bekas saintis dan ahli Fizik, memang suka belajar memproses makanan sebegini. Lagi menyeronokkan, apabila kita proses sendiri, kita boleh berselawat sewaktu membasuh. Kita tahu tahap kebersihan setakat mana yang kita boleh tolerate untuk diri kita sendiri.
Maaf ya, Nurulsham sebenarnya tidak suka membaca artikel orang-orang kita tentang betapa kotornya makanan proses di kilang. Kalau kita dah tidak boleh terima, cubalah buat sendiri atau jangan makan. Kita hanya bercakap tapi tidak mengusahakan apa-apa pun. Malu Nurulsham menyedari hakikat setakat... hmmm... itu sahaja kemampuan orang kita. Hanya pandai bercakap sahaja. Sekali lagi Nurulsham mohon maaf jika ada yang terasa.
Okaylah... back to our discussion...
Semalam Nurulsham dapat tahu dari peminat blog Nurulsham Di Sini... boleh buat tofu telur menggunakan air lebihan susu soya ni. Ada banyak kaedah... tapi di sini Nurulsham akan kongsi kaedah paling jimat menggunakan air soya lebihan sahaja.
Kalau anda telah cuba buat air susu soya ini, anda akan perasan... semakin anda jerang air soya dan ambil pula fu cuk... air soya ini akan semakin menyejat dan berkurang, lalu tinggallah air susu soya yang sangat pekat. Air susu soya pekat ini, boleh dibuat tauhu telur.
Sedapkan tauhu telur ni. Lembut dan lemak sangat. Kalau anda buat sendiri, boleh sahaja tambah rempah dan cili kesukaan anda dan buat tauhu telur perisa melayu. Kredit untuk
afieyhepi untuk resepi tauhu telur yang sedap ini.
Bahan-bahannya:
- 2 cawan air lebihan susu soya yang likat
- 4 biji telur
- Ikan bilis dimesin halus (boleh juga guna kiub ikan bilis atau kiub ayam)
- Cili atau rempah dan garam mengikut kesukaan anda (tidak wajib)
- 1-2 sudu besar tepung jagung (jika anda suka tauhu telur yang kental)
|
Air lebihan soya |
Cara-caranya:
|
1. Telur dibuang tali pusat. (sepatutnya 4 biji.)
Telur dipukul sedikit hingga rata.
Tidak perlu pukul hingga kembang. |
|
2. Masukkan garam, cili dan rempah kesukaan anda.
kacau sedikit, kemudian masukkan air soya dan
tepung jagung. Aduk lagi sehingga rata. |
|
3. Tapis bancuhan anda untuk mengelakkan
adanya tepung yang masih berbintil. |
|
4. Masukkan bancuhan tauhu ke dalam plastik
kecil atau plastik ais krim. Ikat ketat
menggunakan getah. |
|
5. Tinggalkan sedikit ruang udara dalam
plastik sebelum mengikat. |
|
6. Masukkan dalam pengukus dan kukus dengan api sederhana.
Mula-mula anda harus panaskan air sehingga menggelegak,
kemudian kecilkan api, barulah dimasukkan
tauhu dan dikukus. Kukus selama 30 minit. |
|
7. Keluarkan dari pengukus setelah tauhu anda mengeras.
Sejukkan, kemudian potong plastik untuk
keluarkan tauhu. |
|
8. Wah! Tauhu telur ni dan siap. Potong mengikut saiz
yang anda kehendaki. |
|
9. Tauhu telur anda telah sedia untuk
digoreng atau dibuat sayur air. Nurulsham
tambah fu cuk yang dibuat pagi tadi.
Sedap sangat sayur ni. Anak-anak dan suami
pun suka. |
|
Cari idea baru... apa pula nak buat lepas ni ye? |
Esok Nurulsham nak buat lagi tauhu telur ni... kalau ada air soya lebih, in shaa Allah.
Hm... kalau tak ada air soya, boleh tak kita beli air soya kat kedai dan buat tauhu telur ni.... hm... fikir fikir... hehe, inilah orang malas dah mula cari idea nak mudahkan kerja, hihihi!
Oh ya! Sedikit matematik....
- Nurulsham beli soya RM1.80 iaitu sebanyak 1/2 kg. Bahagi dua, separuh buat air soya... dapat seperiuk kelmarin dan habis dah minum di rumah dan dengan jiran-jiran.
- Separuh lagi masak pagi ini, dapat lagi seperiuk.
- Separuh periuk air soya Nurulsham sekeluarga dah minum pagi tadi.
- Separuh periuk, Nurulsham panaskan perlahan-lahan, lalu dapat 2 mangkuk fu cuk.
- Semangkuk fucuk buat sayur goreng kering pedas.
- Semangkuk fu cuk lagi simpan untuk buat sayur air (dalam gambar)
- Air lebihan buat fucuk yang sangat likat, Nurulsham buat tauhu telur.
Jadi, sebenarnya guna kacang soya seringgit sahaja, dan dapat 1 hingga 6 di atas. Untung kan... sebenarnya kalau mencuba?
Jadi, selamat mencuba dan enjoy the adventure! This is the science of living!
Bye semua!