Thursday, 11 May 2017

RESEPI TAUFU FAH HOMEMADE TANPA SERBUK GYPSUM

Taufufah jeli  yang sedap dimakan panas atau sejuk

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua sahabat Nurulsham. Hari ni Nurulsham nak share satu resepi yang dah lama Nurulsham teringin nak buat sendiri tapi tersangkut kerana tak dapat cari salah satu bahan asas yang diperlukan.

Resepi tersebut adalah taufu fah. Sebenarnya, Nurulsham buat resepi alternatif untuk kali ini. Taufufah yang asal memerlukan serbuk gypsum dan tepung jagung. Namun, untuk resepi kali ini Nurulsham akan menggantikan serbuk gypsum dengan agar-agar. Resepi ini lebih sihat sebenarnya namun dari segi rasa, ia tidaklah sesedap taufu fah yang mengikut resepi asal.

Untuk resepi taufu fah menggunakan serbuk gypsum, sila klik taufufah.

Jom lihat bahan-bahannya ya!

Agar-agar direndam untuk dilembutkan

soya direndam 4 jam

  1.  2 cawan soya direndam 4 jam, sering tukar air dan buang kulit soya
  2. 20 gram agar-agar kering direndam dalam air untuk dilembutkan
  3. 1.5 liter air untuk dimesin bersama soya.
Bahan untuk air gula.
  1. 2 cawan air
  2. sedikit gula batu
  3. 3 ketul gula kabung/melaka
 Cara-caranya:

1.  Masak gula melaka bersama sedikit gula batu untuk
dijadikan sirap manis bagi taufu fah anda.

1.1. Sementara itu, mesin soya bersama air sehingga hancur

1.1. Soya yang telah hancur
2. Sediakan penapis kain di atas periuk yang hendak digunakan
untuk memasak soya


2.1. Perahkan air soya anda terus masuk ke dalam periuk

3.  Masukkan agar-agar ke dalam air soya. Masak kedua-
duanya sehingga menggelegak

4. Selepas air soya dan agar-agar menggelegak dan agar-agar
kelihatan hancur, tapis ke dalam bekas lain untuk
membuang kotoran

4.1.  Simpan untuk disejukkan. Untuk pembuatan taufu fah
 menggunakan agar-agar, anda perlukan suhu
 sejuk untuk mengeraskannya, sedangkan untuk pembuatan
 taufu fah menggunakan serbuk  gypsum, anda perlu
 suhu panas.

5.   Setelah cecair soya membentuk pepejal, anda bolehlah  mengaut taufu fah anda menggunakan sudu dan hidangkan bersama air gula dan ais.


Taufu fah anda siap dinikmati samada panas atau sejuk.
Selamat mencuba!

2 comments:

  1. Terimakasih Artikel RESEPI TAUFU FAH HOMEMADE TANPA SERBUK GYPSUM nya bagus dan membantu sekali, semoga sukses selalu yaa .. Aamiin
    Salam Resep Kue

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas doa anda. Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda.

      Delete