Thursday, 4 May 2017

MINGGU HIJAU NURULSHAM... Jom tengok perkara baru

Semenjak menjadi salah seorang ahli group terbuka MASAK APA HARI NI.. Nurulsham banyak dapat ilmu baru. Sebagai seorang Saintis, penulis dan ahli Matematik, yang sukakan alam pula, post yang dihantar oleh ahli MAHN.. banyak sangat yang baru... dan mengujakan!

Hari ini Nurulsham sebagai seorang blogger ingin kongsikan perkara baru ini dengan anda. Jom tengok!



Pertama kali Nurulsham tengok lesung batu ala batu giling ini adalah di Asian Food Channel. Ini digunakan di Indonesia.  Mulanya Nurulsham hairan juga, bagaimanalah caranya hendak menumbuk sambal di lesung yang terlalu cetek ini. Tak masuk cabai ke mata ka??? 

Rupa-rupanya, cara menggunakannnya bukanlah dengan cara menumbuk, sebaliknya menenyeh dan seperti batu giling!

Cerdik sungguh... pada pandangan Nurulsham...orang yang mencipta 'lesung giling' ini...hehe, sempat pula Nurulsham cipta nama baru. Kalau batu giling rata permukaannya, lesung giling ini pula  seperti kawah. Jadi bagi orang yang tak pandai menggiling, tidak timbul masalah bahan yang digiling meleleh atau jatuh ke tepi.

Batu giling.
Okay... habis dah cerita tentang 'lesung giling'.  Nurulsham nak bawa anda melihat cendawan tahun.  banyak sangat kan cendawan yang dikutip dalam gambar di bawah ni.  Seronok betul melihatnya. Terus teringat zaman kanak-kanak Nurulsham.  

Masa Nurulsham kecil-kecil dahulu, ada satu pokok durian besar di sebelah rumah. Hampir dengan pokok durian itu, terdapatlah busut anai-anai yang besar juga. Maka, tak kiralah... bila tiba musim hujan dan sejuk... terjenguklah cendawan yang besar-besar dan comel ni.

Kami pun tak tunggu lagi... sibuklah mengutip cendawan ni. Tok Anum, emak Nurulsham akan buat goreng kunyit yang sungguh sedap.  Tak dapat nak bayangkan,  betapa sedap dan liat-liat sedikit cendawan itu.


Terima kasih banyak-banyak warga MAHN.. yang hantar gambar cendawan ni. Hm... nostalgia sungguh!

Yang di bawah ni, memang Nurulsham tak pernah tahu pun.  Pertama kali Nurulsham dengar, buah kelapa sawit boleh dibakar, dan dimakan dengan gula. Kata sahabat MAHN.. yang hantar post ni, sedap makan begini. Wangi sangat baunya. Aduh... kecur liur Nurulsham... teringin lah pulak..hehe.


Kalau ikut Tok Lijah, aruah ibu mertua Nurulsham, buah sawit memang boleh dimakan. Malahan semasa Nurulsham baru kahwin dulu, suami pernah ambil mayang kelapa sawit, kemudian ibu mertua tumbuk campur cili, belacan, garam, gula dan kerisik... tambah pula umbut pisang, buah nenas, mempelam, jambu dan macam-macam lagi... lalu dijadikan pincuk yang sangat sedap.  Nurulsham tak sempat ambil ilmu buat pincuk ni. Menyesal pula rasanya.

Okaylah... cukup dahulu setakat ni. Nanti Nurulsham tulis lagi tau... Bye semua!

No comments:

Post a Comment