NURULSHAM PERNAH BERNIAGA PIZZA BEBERAPA TAHUN. PERNAH JUGA BUAT DELIVERY SERVICE KE RUMAH-RUMAH DAN SEKOLAH. KALI INI NURULSHAM NAK SHARE CARA NAK MENEBAR DOH PIZZA SUPAYA ISI DALAMNYA RINGAN. TANPA PERLU DILETAKKAN UBAT PELEMBUT.
Untuk bahan-bahannya, anda boleh cari mana-mana resepi doh. Kalau Nurulsham sendiri, Nurulsham hanya guna.
Untuk cara menguli sila rujuk Cara Menguli
- Tepung 500 gram
- Sedikit garam
- Minyak 1 senduk
- Air suam 300 gram
- Yis Mauripan 1 bungkus (11 gram)
- Sedikit oregano
Untuk cara menguli sila rujuk Cara Menguli
Doh yang telah siap dibulat-bulatkan diuli semula kemudian ditutup dengan kain untuk menunggu masa ia mengembang. Jangan lupa taburkan sedikit tepung untuk mengelakkan doh melekat pada kain dan lapangan.
Adik Nurulsham yang pernah bekerja di sebuah kedai pizza pernah mengajar Nurulsham menyimpan doh dalam bekas plastik berpenutup.. yang kita biasa panggil tupperware tu... . Pastikan anda letak sedikit minyak di dasar bekas bagi mengelakkan doh melekat.
Untuk memastikan doh sudah cukup kembang, sila tekan doh dengan jari anda. Jika doh naik semula, adunan sudah cukup kembang.
Elakkan adunan terlebih kembang. Adunan yang disimpan lama, akan berbau masam. Nurulsham pernah menyimpan adunan untuk seminggu, tapi disimpan di bahagian peti beku. Bila Nurulsham mahu gunakan semula doh tersebut, Nurulsham akan nyahbekukan selama dua jam di persekitaran udara biasa.
No comments:
Post a Comment