Friday, 7 April 2017

SATU KISAH SEDIH DI PAGI SABTU

       Rasa macam nak menangis hari ni. Baru tersedar ada orang mesej Nurulsham.  Allahu Akbar, kalau kita kata kita susah... ada orang yang lagi susah dari kita, kan       
      Mesej ni dapat dari hari sabtu tapi Nurulsham tak perasan. Harini dah masuk sabtu semula... kesian pada hamba Allah yang hantar ni.          
      Mohon sama-sama doakan Puan ini diberi kemudahan meneruskan kelangsungan hidupnya.Siapa-siapa boleh bantu sila pm.. Nurulsham akan beri nama fbnya pada anda.  Sedih juga bila ceritanya dia nak belajar tapi belum ada cikgunya.         
      Nurulsham sendiri hanya mampu offer padanya untuk buka blog Nurulsham  https://nurulshamsaidin.blogspot.my/ untuk dapatkan resepi-resepi yang Nurulsham pernah gunakan masa berniaga makan dulu.  Nurulsham juga offer dia datang rumah untuk belajar kalau dia duduk di sekitar Pulau Pinang dan Seberang Perai ni.

Di bawah ini adalah mesej beliau. Harap ada yang dapat doakan dan bantu beliau.


(Copied message)
Assalamualaikum Puan Nurulsham......
Saya ada nampak post akak pasal nasi lemak yg org berniaga tu.
Kalau akak sudi, saya nak belajar buat nasi lemak & sambal tumis tu dari akak.
Dalam sukatan yang tepat untuk berapa banyak yang kita nak masak tu.
Sebab saya tak pandai nak campak2 kak. Sebab tu saya nak sukatan bahan2 yang tepat.
Saya sebenarnya nak meniaga kak. Nak sara diri sendiri & anak2.
Saya ni ibu tunggal yg tak bekerja.
Nak cari keje umur dah banyak. Takde org nak. Lagi pun kalau keje pun nak kena bayar pengasuh lagi. Macam tak brbaloi la kak.
Tu yg terpiikir nak brniaga. Tapi saya ni takde kelebihan mmasak.
Tu yg terpaksa buat muka tak malu tanya2 oanrg. Kalau tak tanya kak susah nak dapat ilmu.
Kalau saya beli resepi dari akak pun takpe kak.
Yang penting saya dapat buat sesuatu untuk meneruskan kelangsungan hidup dengan anak2 saya.
Ada jugak saya pernah tanya orang untuk ajar saya. Tapi tak ramai yang nak kongsi ilmu dengan saya.
Sebab tu la saya terpaksa terus bertanya hingga saya akan berjumpa dengan yang sudi.
Saya harap akak sudi untuk ajar saya. Tapi kalau tak pun saya tak marah kak. Saya yakin akak pasti ada sebab tersendiri. Cuma saya nak minta akak just bagitau saya sama ada boleh atau pun tidak. Tu aje.
Apa2 nanti akak bagitau k? Tqsm kak.
Assalamualaikum....



Jawapan Nurulsham:

Maaf Atiesha... Kak Nurulsham baru je perasan ada mesej dari Atiesha... tadi baru nampak, message request
Mesej Atiesha ni tak ada di tempat mesej yang biasa...
Rasanya, cuba Atiesha masuk blog Nurulsham Di Sini. Ada banyak resepi yang berpotensi untuk berniaga
Atiesha... Kak Nurulsham rasa, Atiesha jangan buat nasi lemak, sebab itu kena ada kemahiran yang tinggi. Lepas tu kena buka gerai... kesian Atiesha nak tinggalkan anak kat orang pula bila berniaga

Cuba atiesha jual peanut butter... Resepinya ada kat dalam blog Nurulsham.
Nurulsham rasa lagi untung. Sebab peanut butter yang kita buat sendiri lagi sedap dari yang kat kedai.
Modalnya kacang sekilo RM8...tambah gula, garam, minyak je. Boleh buat dalam 7 bekas. Kalau sebekas jual RM4... dah dapat RM28
Atiesha pun tak perlu masak teruk2 macam nasi lemak

Pastu iklan dalam whatsapps , fb... kawan2 mesti suka beli sebab halal dan bersih....
Klik tau buat-peanut-butter-sendiri

Kak Nurulsham tinggal di seberang Perai... kalau Atiesha tinggal kat utara, mai rumah, Kak Nurulsham boleh ajar..
.

No comments:

Post a Comment