Thursday, 20 April 2017

TEKNIK MELUKIS PEMANDANGAN MENGGUNAKAN WARNA MINYAK.

lukisan asal ANUGERAH diambil dari majalah
COUNTRY USA
Nurulsham suka melukis, tapi kurang talented dan kurang memerhati. Seorang pelukis yang baik harus menjadi pemerhati yang baik, pekerja yang teliti lagi sabar, dan tangan yang tidak menggeletar. Itulah yang tiada pada Nurulsham. Nurulsham sukakan seni dan lukisan tapi Nurulsham suka mengubah-ubah apa yang hendak dibuat, lalu hasil lukisan jarang konsisten.

Suatu masa Nurulsham pernah cuba melukis untuk seorang adik, iaitu novelis Rahimi Saidin. Selepas 2 minggu bertungkus-lumus, akhirnya Nurulsham angkat bendera putih... lukisan ini amat sukar dibuat.
Inilah hasilnya, teruk sangat-sangat. Lukisan Nurulsham ni dah lari ukuran dari lukisan asalnya. Sudahlah begitu, Nurulsham pandai-pandai tambah gambar bangunan dan kuda serta pagar di ruang belakang lukisan tersebut. Itulah, Nurulsham orang kreatif, jadi cepat sangat jadi bosan bila mengulang buat benda yang sama. =O

Lalu lukisan ini Nurulsham tinggalkan selama empat tahun. Waktu itu juga, sendi-sendi dan anggota tangan dan kaki Nurulsham mula mengejang kerana penyakit yang Nurulsham hidap ini. Maka lukisan ini tidak lagi dapat diteruskan.

Hati ini kurang seronok bila mengingatkan lukisan ini adalah janji Nurulsham pada adik. Nurulsham tak sanggup hendak beri pada beliau dalam keadaan tidak kemas sebegini.

Suatu hari Nurulsham bertemu seorang sahabat lama yang sama-sama belajar sewaktu di Indiana. Beliau seorang yang gifted dalam bidang lukisan.

Nurulsham minta tolong beliau untuk siapkan lukisan ini. Sahabat Nurulsham ini sangat-sangatlah low-profile orangnya walaupun sangat bijak dan ada bakat yang besar. Nurulsham pun hairan, bagaimana ada orang yang sangat merendah diri seperti beliau. Hinggakan ke tahap, beliau tak benarkan Nurulsham umumkan nama beliau di sini.

Perkara pertama yang diberitahu beliau, lukisan ini harus dilukis kembali semuanya. Nurulsham menerima. Memang Nurulsham tahu kesilapan Nurulsham. Lalu beliau melukis semula mengikut skala. Lalu lukisan asal Nurulsham terpaksa dibuang seperempat supaya dapat mengikut skala lukisan asal.

Petak-petak itu dilukis beliau menggunakan marker pen sahaja. Nurulsham risau juga pada mulanya, khuatir ia akan kotor bila terkena warna minyak nanti. Tapi sahabat Nurulsham itu meyakinkan yang Nurulsham tak perlu risau.


Lalu beliau mula mewarna bahagian latar belakang iaitu bukit bukau dan pokok-pokok dengan warna gelap terlebih dahulu. Menurut beliau, warna gelap untuk menunjukkan bahawa objek ini jauh.

Percaya tak, latar gelap ini beliau siapkan dalam beberapa jam sahaja. Sedangkan Nurulsham terpaksa ambil masa berhari-hari.

Kemudian beliau berhenti mewarna beberapa hari kerana warna minyak ini perlukan masa untuk kering sedikit sebelum diteruskan lagi menggunakannya.

Beliau menggunakan sejenis pencair iaitu minyak linseed untuk mencairkan warna minyak. Sewaktu Nurulsham mewarna sebelum ini, Nurulsham gunakan minyak zaitun sebagai pencair atau solvent. Rupa-rupanya, menurut beliau... tak sesuai sebenarnya menggunakan minyak zaitun. Nurulsham tidak pasti apa sebabnya, namun apa yang kami lihat, wanna minyak yang Nurulsham guna mudah retak, mungkin krana menggunakan minyak zaitun.  Lukisan minyak yang baik boleh tahan sehingga 500 tahun jika kena caranya.

Baiklah, Nurulsham berhenti dahulu setakat ini. Nanti akan bersambung lagi. Cerita di sebalik lukisan ini boleh dibaca di sini.

Wassalam. Bye semua.

No comments:

Post a Comment