Friday, 21 April 2017

RESEPI ROTI BUN PANDAN INTI KACANG MERAH YANG GEBU ALA NURULSHAM

kredit pada cef Zaiton Ahmad

Roti Nurulsham.

Nampak gebu tak roti bun Nurulsham ni?  Comel kan?  Nurulsham sebenarnya ada buka gerai jual macam-macam jenis roti lebih kurang 2 tahun lalu. Yang boleh berhenti tu, sebab tulang belakang tak boleh tahan bila uli doh roti tiga kilo sehari. Waktu itu Nurulsham jual sebiji roti seringgit sahaja. Hanya roti yang ada sosej sahaja yang mahal sikit iaitu RM1.20.

Okay, mari Nurulsham share ilmu matematik sikit di sini. Ini Nurulsham tujukan pada kawan-kawan yang mahu berniaga roti, ya... .

  1. Bagi sekilo tepung roti berharga RM3.50, Setelah diadun dan dijadikan doh, anda akan dapat doh seberat 1600 gram. (Harus tambah butter, garam gula, yis, telur, air ais, susu, inti dll)
  2. Bila dipotong kecil-kecil untuk buat roti kecil seberat 40 gram sebiji, anda akan dapat  lebih kurang 40 biji.
Jadi... pandai-pandailah anda nak budget berapa harga sebiji roti yang anda nak jual... ya.

Okay... jomlah kita lihat bahan-bahannya.

Bahan-bahan
Belakang-air ais, susu, tepung roti
Tengah-garam, butter, yis, daun pandan, telur
Bawah-gula, inti kacang merah
  1. Air ais  250 ml
  2. susu  2 sudu
  3. Tepung roti 500 gram (1/2 bungkus)
  4. garam sedikit (6 gram)
  5. Butter 60 gram (1/4 bar)
  6. Yis sebungkus (11 gram)
  7. Daun pandan 5 helai
  8. telur sebiji
  9. gula 75 gram (3/4 cawan)
  10. Inti kacang merah secukupnya
Cara-caranya.

Simpul daun pandan dan tumbuk hingga lumat.
Masukkan dalam air berais dan tapis untuk dapatkan air
pandan berais

Butter, yis,  susu, gula garam dimasukkan dalam tepung
lalu digaul sehingga rata
Gaul rata, boleh guna tangan atau pisau plastik
Setelah rata, buat lubang di tengah-tengah tepung tadi
dan masukkan telur dan air ais
Mulakan menguli. Anda harus sabar
kerana doh roti ini memang melekit.

Potong doh hijau (pandan) anda seberat 100 gram setiap
satu jika mahu dapatkan roti yang besar untuk jualan
harga RM2.50 ke atas.
Jika nak jual harga sekitar seringgit, anda timbang
 seberat 40-50 gram
Bulat-bulatkan dan rehatkan doh dalam bekas
bertutup selama 20 minit untuk memberi
ruang pada doh untuk mengembang
Sementara itu, bulat-bulatkan inti kacang lebih
kurang 30 hingga 40 gram setiap satu.
Kalau anda pemurah, boleh jer lebihkan inti =)

Masukkan inti dalam doh dan tutup seperti anda
buat kuih pau.

Leperkan doh berinti anda menggunakan penggolek.
Jangan lupa minyakkan lapangan anda.
Nurulsham guna botol sebab penggolek hilang..
huhuhu  =(
Hiris  memanjang beberapa garisan utnuk mendedahkan
inti. Lebih mudah jika anda gunakan pisau golek
pemotong pizza yang tajam. 
Pisau pizza  (Pisau pizza pun hilang)..huhuhu
Gulungkan doh leper anda secara longgar untuk
memberi ruang ia mengembang. Jangan lupa
bengkokkan kedua-dua hujung roti anda ini
membentuk bulan sabit
~Atur roti anda atas dulang pembakar yang diminyakkan.
Perhatikan hirisan kurang cantik kerana menggunakan
pisau biasa. Jika guna pisau golek, hasil lebih cantik.

~Ambil sedikit susu tepung dan tambah sedikit air dan
bancuh likat. boleh juga tambah putih telur. Sapu di
atas roti anda. Kemudian boleh tabur bijan untuk
cantikkan roti anda.

~Nurulsham tabur kacang tumbuk hari ini dan hasilnya
cantik juga

~Bakar menggunakan setting api oven atas bawah pada
suhu 250 darjah celcius selama 30 minit 

Roti anda sedia dimakan panas-panas. Subhanallah!
Seronok kan dapat buat roti sendiri? Boleh buat
berbagai bentuk dan rasa.




Anak-anak jiran Nurulsham suka sangat kalau Nurulsham buat roti pandan inti kacang merah ni. Belum siap masak lagi, mereka dah datang rumah dan tanya. Sebab baunya menarik sangat... sampai ke rumah jiran-jiran sebelah.

Kalau hari Nurulsham meroti, jiran-jiran seronok sangat. Pakat-pakat nak bagi duit.. nak beli, padahal Nurulsham nak kongsi-kongsi je makan dengan jiran. Meriah betul hari meroti di kejiranan ni.

Jomlah cuba buat ya. Terjamin kebersihan sebab kita yang buat sendiri. Selamat mencuba. Salam sayang dari Nurulsham.

update 23 hb Mei 2017



Nurulsham buat sekali lagi hari ini Roti Bun Inti Kacang Merah ni. Alhamdulillah... cantik kejadiannya, gebu dan sedap.

4 comments:

  1. ijin share resepi yang ada kat wall ini ya kak. terima kasih

    ReplyDelete
  2. Assalam kak sham...sy mmg suka makan roti inti kacang merah, tapi lebih sukakan yg wane hitam tu...sedapnya....try serach kat pakcik gugel, jumpa resipi ni..nak try buat..harap2 laa menjadi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam Nur Baiduri... silakan cuba... tapi kena sabar banyak tau... cuba sampai jadi. boleh juga tengok cara kak sham uli roti di link ini ya.. http://nurulshamsaidin.blogspot.my/2017/04/pengenalan-roti-bun-manis-asas-dan.html

      Delete