Halua/Halwa Maskat Tradisional Ala Nurulsham. |
Bahan-bahannya:
- Kanji dari 1/4 kg tepung gandum (untuk dapatkan kanji dari tepung sila klik sini.)
- 1 cawan gula pasir
- 1 cawan gula batu
- 1 cawan minyak masak (biasanya orang guna minyak sapi)
- Kacang gajus, biji kuaci atau apa-apa jenis kekacang goreng tanpa kulit kesukaan anda
- buah pelaga 3 biji
- tepung sagu 1 sudu
- satu cawan air
Cara-caranya:
1. Masak gula pasir dengan api sederhana sehingga menggelegak. Sentiasa kacau. |
Pastikan semua gula telah hancur dan berwarna kuning-keperangan. Perlahankan api. |
2. Masukkan secawan air dan gula batu. Kacau lagi sehingga gula batu cair keseluruhannya. Jangan biar hangit kerana ia akan mengubah warna halua anda. |
3. Kanji tadi haruslah ditambah secawan lagi air dan dikacau rata. Kemudian, masukkan kanji ke dalam campuran gula tadi. Terus kacau supaya tidak hangit di dasar periuk. |
Perhatikan bahagian dasar periuk akan mula ada adunan gula kanji jernih yang mula memejal. Terus kacau supaya tidak hangit. |
Tuang dalam bekas dan ratakan. Sejukkan halua maskat anda dalam peti sejuk untuk dapatkan hasil yang sangat sedap. |
Halua maskat Nurulsham ni kurang cantik kerana Nurulsham tak masukkan pewarna. Warna asli ini datang dari warna gula yang diperangkan dan warna minyak masak. Kalau guna minyak sapi hasilnya lebih cantik.
Orang lama juga biasanya memeram kanji ini selama 3 hari. Caranya, setelah air perening betul-betul jernih. buangkan airnya, kacau kanji yang tertinggal dan masukkan air baru lalu diperening semula.
Langkah ini diulang berkali-kali sehingga 3 hari. Bila air perening sudah jernih, mesti buang dan ganti air baru supaya kanji anda tidak menjadi masam. Inilah yang akan membuatkan halua anda nampak lutsinar, boleh tembus nampak hingga ke dalam.
Halua maskat ini elok sangat dibuat sempena lebaran ini. Boleh juga dijual. Dulu masa Nurulsham berniaga pasar Ramadha tahun 2014, harga sekilo halua ialah RM 15. Sekarang Nurulsham tak pasti, kerana harga barang dah mahal.
Selamat mencuba. Nurulsham minta maaf jika resepi ini bukanlah yang terbaik. Ada lagi orang lain yang buat Halua maskat ini dengan memasukkan serbuk batu nasila, kanji tepung jagung dan sebagainya.
Nurulsham juga ambil halua maskat ini untuk dibuat inti pau... sila klik pautan ini..Pau gula merah inti halua maskat
Semoga anda semua dalam kebahagiaan. Amin... .
update 26 april 8.10 pagi.
Nurulsham ucapkan terima kasih atas semua komen dan cadangan. Alhamdulillah.. anda semua terbaiklah!
No comments:
Post a Comment