Nak buat apa ya dengan gluten yang comel ni???? |
kanji mendak yang telah dibuang air perening. |
Assalamualaikum semua dan salam sejahtera.
Tidakkah anda tertanya-tanya apa jadi pada gluten yang Nurulsham keluarkan masa buat halua maskat? Adakah ia telah dibaling ke batang pokok... untuk dijadikan makanan semut?
Hahaha... Nurulsham belum terasa nak baling di pokok, sebab Nurulsham terfikirkan... kalaulah anda buat halua maskat secara komersil, lalu banyaklah terhasil gluten ini... hm... tak kanlah semuanya nak dilempar ke pokok... kan...? Jenuhlah semut-semut di pokok tu nak habiskan. ☺☺☺☺☺❤❤❤❤
Nurulsham sedang membuat kajian ala gila-gila (bahasa modennya kreatif) untuk melihat sifat gluten ini secara alami. Tentu setiap yang Allah cipta ini ada tujuannya, kan?
Mula-mula Nurulsham regangkan, dan memang terbukti urat-uratnya (protin polimer) sangat kuat dan sukar putus. Nurulsham terus teringat mee tarik yang dibuat oleh orang cina. Mee tarik memang memerlukan gluten tang tinggi.
Gluten tambah tepung. |
Lihat adunan ini boleh ditarik memanjang. |
Adunan dicampur air dan diuli selama setengah jam. Believe me... inilah kali pertama Nurulsham menguli sesuatu yang sangat liat.. maklumlah hampir 50% gluten, di tambah lagi tepung lain yang memang sudah ada sedikit gluten.
Tepung roti yang dijual di bakeri mengandungi 13% gluten, sebab itu roti berurat cantik. Tepung biasa seperti tepung cap Keluarga mempunyai gluten yang sangat rendah dan tidak sesuai dibuat roti atau mee tarik, tapi ia boleh dibuat mee basah yang dipotong jalur menggunakan mesin.
Tak sangka boleh ditarik memanjang. Masa ni Nurulsham terasa macam jadi tukang buat mee tarik pula...hehe |
Tak putus... |
wow... so cool... hehe. Tapi ada pulak yang putus kat tepi talam tu. Alamak , kantoi... |
Setelah siap beberapa urat panjang-panjang seperti dalam gambar, Nurulsham pun rebuslah mee tarik ciptaan Nurulsham ini... dan teruja nak rasa sedap ke tidak hasilnya... hehe...
Malangnya...huhuhu... lepas rebus dan cuba makan, mee itu sangatlah liat dan jadi tebal. Tak lalu nak telan. Nampaknya Nurulsham tak berjayalah nak buat mee yang sedap..... .
Gambar hiasan sahaja. Ini bukan mee tarik. Ini adalah mee Sichuan. Ia dipotong menggunakan pisau untuk dapatkan urat-urat mee ini. Resepinya boleh klik http://www.chinasichuanfood.com/homemade-noodles/ |
Mee tadi yang telah dijemur. |
Kembang bila digoreng |
Kembang besar juga nampaknya. |
Produk hari ini kurang berasa kerana Nurulsham tak masukkan garam. Nurulsham dah gunting halus-halus dan bercadang nak sira keropok ini dengan kuah sira cabai manis esok pagi.
Ini mungkin sebagai inspirasi pada peniaga halua maskat menguruskan bahan buangan dalam bentuk getah/gluten, sebagai satu lagi alternatif untuk jualan. Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment