Tuesday, 11 April 2017

RESEPI JUS MENGKUDU/NONI SEGAR


 Ingat lagi tak pokok mengkudu Nurulsham yang rajin berbuah tu?  Sekarang musim hujan..  banyaklah buahnya yang masak-masak dan besar luruh ke tanah. Kadang-kadang tak sempat kutip dah dipijak orang.


Hari ni sempat juga kutip dua biji buah mengkudu ni, sambil tu sempat potong daun aloe vera yang dah gemuk kat bawah pokok mengkudu ni.  Belum tahu nak buat apa dengan semua ni sebenarnya, tapi kutip juga sebab sayang nanti rosak dan terbuang sahaja rezeki pemberian Allah ni.


Kalau Nurulsham sendiri,  buah mengkudu masak ni Nurulsham akan buat jus. Kalau boleh masa mula-mula ia luruh terus buat. Kalau dah simpan sehari, baunya akan bertambah kuat sampai Nurulsham tak lalu nak minum.


Nurulsham sempat juga kutip 10 helai daunnya yang besar-besar tu. Cadangnya, esok awal pagi Nurulsham nak bertungku. Nurulsham memang biasakan diri bertungku sedikit seminggu sekali atau dua kali.



Jomlah kita tengok bagaimana Nurulsham buat jus mengkudu masak ni ya.


Buah yang telah dipotong (seperti gambar di atas) harus dicampur sedikit air mineral dan diramas-ramas.


Tapis untuk ambil jusnya sahaja. Anda akan lihat jus mengkudu masak ranum ini akan berbuih dengan banyaknya. Buih yang banyak ini menunjukkan betapa tinggi zat alkaloid dipanggil xeronine yang terkandung di dalam buah ini. 


Rasa jus mengkudu masak ranum ini amat masam. Kalau tak silap lidah Nurulsham, rasanya hampir seperti buah strawberi masam. Namun bau buah strawberi wangi, manakala bau buah mengkudu masak ini... mashaa Allah, tak reti Nurulsham nak cerita macam mana.

Sebenarnya, yang membuatkan buah ini dijauhi adalah kerana baunya, bukan kerana rasanya. Rasanya yang masam ini, mudah sahaja dihilangkan dengan cara dicampur sedikit gula. Sedap sebenarnya jus mengkudu ini.

Nurulsham mula mengamalkan minum jus mengkudu masak ini setelah membaca artikel tentang bagaimana jus noni masak digunakan di sebuah pusat perubatan alternatif di Florida untuk membantu pesakit kanser.  Buah yang hampir masak akan diterbangkan dari Pulau Hawaii, dan dipastikan masak (peringkat awal) ketika tiba di Florida. Jusnya akan diperah dan diberi pada pesakit.  Untuk maklumat lanjut anda mungkin boleh cuba buat carian di internet ya.

Kebetulan waktu itu pokok mengkudu yang Nurulsham tanam telah cukup matang dan mula berbuah. Nurulsham rasa sayang melihat buah yang masak tidak dimanfaatkan, lalu Nurulsham cuba buat jus dan minum.

Mula-mula memang teruk juga hendak minum jus mengkudu masak ni. Nurulsham sampai termuntah-muntah.  Namun, dua hari kemudian Nurulsham sedar satu perkara telah berlaku pada Nurulsham. Gusi Nurulsham yang selalu berdarah dan ada nanah, tiba-tiba baik dan hilang nanahnya. Nanah itu berasal dari akar gigi Nurulsham yang tertinggal dalam gusi ketika gigi geraham Nurulsham reput dan patah. Nurulsham dah ambil ubat dari doktor gigi tetapi tidak berkesan.

Memang Nurulsham terkejut betul, sebab masalah yang mengganggu Nurulsham selama enam bulan, akhirnya boleh diatasi tanpa perancangan pun. Semua ini dengan izin Allah juga.

Baru-baru ini pula, Nurulsham mengalami masalah kulit (ada air bisa) dan air bisa ini kering setelah Nurulsham minum jus mengkudu ini, In shaa Allah.

Anda boleh juga mengambil buah mengkudu yang masih putik, potong dan rebus lalu diminum airnya. Air rebusan ini dibuat ubat untuk menurunkan tekanan darah. Ada seorang jiran Nurulsham memang mengamalkan minum air rebusannya dan makan sayur lemak pucuk mengkudu besar ini.


Menurut jiran Nurulsham, aruah ibu mertuanya mengamalkan makan sayur pucuk mengkudu ini. Beliau tidak beruban pada umur melebihi enam puluh tahun.  Itu menurut ceritanya. Yang lain itu, kita harus yakin dengan keizinan dari Allah dan kelebihan mencuba pelbagai kaedah perubatan.

Sekian dulu dari Nurulsham... Selamat mencuba.

Untuk cuka mengkudu klik sini 


Update 12 April 8.44 pagi.

Dapat komen dari seorang sahabat FB. Bolehlah terus amalkan ye, kawan-kawan.

Suwiah Alias Dulu selalu buat jus. Kulit terasa licin n halus. Badan pun rasa ringan dan cergas. Rambut pun lembut beralun. Mmg betul xder uban...
UnlikeReply126 mins
Nurolshamshi Saidin wah... kak su ni testimoni yang bagus
LikeReplyJust now

No comments:

Post a Comment