Assalamualaikum dan salam sejahtera semua sahabat Nurulsham. Hari ini Nurulsham sempat 'teropong' satu lagi resepi tradisional yang Tok Anum buat sepanjang bulan Ramadhan untuk tempahan majlis berbuka puasa dan untuk jualan di pasar Ramadhan.
Nurulsham belanja gambar Tok Anum sedang buat kuih warisan ni. ❤☺☺☺. |
Kata Tok Anum, kuih ini orang Parit panggil Badak Berendam atau Puteri Mandi. Tetapi, setahu Nurulsham badak berendam ada inti di dalamnya. Puteri Mandi pula di luarnya bersalut kelapa parut dimasak dengan gula merah.
Jadi, menghormati peninggalan warisan orang-orang di sana, Nurulsham akan ambil namanya sebagaimana yang Tok Anum sebutkan. Harapan Nurulsham, tiadalah pertikaian di sini..ya.
Perlulah Nurulsham ingatkan, resepi orang tua-tua ini, jarang-jarang ada ukurannya. Cara mereka menilai adunan dah elok atau belum adalah melalui deria rasa seperti memicit, menyentuh, merasa dan sebagainya. Nurulsham harap anda bersabar, ya!
Baiklah, jom tengok bahan-bahannya. ☺☺☺☺
santan pekat secukupnya |
gula secukupnya |
- Tepung pulut 1 kg
- Tepung gandum 1 cawan sebagai pelekat
- Daun pandan 5 helai ditumbuk dan diambil airnya.
- Air secukupnya (Tok Anum tunjukkan koleh yang biasa dia gunakan untuk bancuh kopi)
- Gula secukupnya
- Santan secukupnya
- Sedikit garam
Cara-caranya:
Cara yang Tok Anum gunakan memang autentik. Selama ini Nurulsham lihat doh kecil-kecil puteri mandi ini biasanya di rebus dalam air mendidih hingga timbul baru diangkat (macam kuih buah melaka), tetapi.... cara Tok Anum sangat berlainan dan sangat menyedapkan. (Ini rahsia sebenarnya!!!)
Orang-orang tua di sana yang ajar begini, menurut beliau. Jom kita tengok ya.
1.2 . Atas - ambil air sedikit-sedikit untuk lembutkan doh gambar sebelah bawah - koleh kopi Tok Anum |
1.3. Tambahkan air sedikit demi sedikit degan cara rendam tangan dalam air dan kemudian uli lagi doh anda. Tepung pulut ini sangat mudah rapuh (tidak melekat sesamanya) bila kurang air. |
1.4. Pesan Tok Anum, jangan terlebih air pula kerana doh akan jadi liat dan kembang selepas dimasak nanti |
2 . Bulat-bulatkan doh seperti dalam gambar. Lihat doh anda tidak rapuh atau retak. Kalau ada retak, doh tak cukup air |
nota- lihat gula di dasar loyang |
Setelah siap, bolehlah dicedok ke dalam mangkuk dan dinikmati panas atau sejuk.
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment