Nurulsham teringat nak buat cendol sagu, apa lagi sekarang musim panas dan hampir bulan puasa pula. Cendol sagu Nurulsham ini sebenarnya cendol biasa ditambah dengan sagu yang dimasak pekat seperti kuih sagu, namun dicedok(bukan dipotong) dan ditambah ke dalam cendol biasa tadi.
Inilah kali kedua Nurulsham buat cendol asas. Yang kali pertama buat, cendolnya kurang cantik. Kali ni Alhamdulillah... tekstur cendolnya lebih licin, kental dan sedap dimakan.
Untuk resepi cendol asas bolehlah klik resepi cendol.
Untuk resepi cendol sagu ini, ianya sama sahaja cuma Nurulsham tambahkan sagu pula menggantikan pulut dan kacang merah. Cendol sagu ini sangat baik untuk kesihatan kerana ia menyejukkan badan.
Tok Anum dahulu rajinlah buat cendol sagu ini pada bulan puasa. Kalau ada yang kena demam dan batuk pun, Tok Anum akan buatkan juga untuk kurangkan panas dalam badan.
Oleh kerana Nurulsham guna banyak daun pandan (12 helai yang besar-besar), cendol hari ini hijau cantik tanpa pewarna tambahan. |
Kacau adunan cendol anda hingga likat dan agak berkilat. (lihat video)
Menggunakan penapis, tenyeh cendol ke dalam air berais (resepi penuh klik link resepi cendol.) |
Bahan-bahan untuk sagu pula:
- 1 cawan sagu (direndam dan ditoskan)
- 2 1/2 cawan air
Bahan-bahan kuah:
- Air gula merah
- Santan sederhana pekat (campur sedikit garam dan kukus)
- Cendol (tidak wajib)
- Ais secukupnya
Cara-caranya untuk masakkan sagu:
- Sagu dibersihkan dan dimasak dengan air menggunakan api sederhana.
- Sentiasa kacau supaya sagu tidak berkerak dan nampak jernih cantik.
- Masak sehingga tidak tertinggal butir putih sagu (semua jadi jernih)
- Tuang dalam loyang atau acuan dan sejukkan untuk keraskan sedikit.
- Siapkan air gula merah. Masukkan air gula merah dalam mangkuk, kemudian cedok sagu yang telah dikeraskan tadi menggunakan sudu
- Masukkan santan dan cendol (jika ada) dan masukkan ketul ais
- Sedia untuk dinikmati di hari yang panas.
Cendol dicampur dengan sanrtan dan sedikit garam. Sagu pula diambil secawan dan dimasak dengan 2 1/2 cawan air pada api sederhana, kemudian disejukkan dalam bekas sebelum dicedok. |
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment