Bayam goreng tepung yang sangat rangup dan sedap. |
Hari ini Nurulsham balik kampung dan sama-sama mengutip ulam-ulaman di sekitar rumah mak Nurulsham iaitu Tok Anum. Dapatlah Nurulsham ulam putat, daun janggus, daun bayam dan cili padi. Tok Anum hendak beri Nurulsham daun bebuas dan mulberi tapi Nurulsham rasa hasil kutipan hari ini sudah lebih dari mencukupi. Dah seraga penuh pun... .
Daun janggus, putat, bayam dan cili api (cili api tak nampak dlm gambar) |
Lalu bermulalah proses nak buat bayam celup tepung ni. Daun bayam dibasuh selawat terlebih dahulu.
Nurulsham gunakan tepung beras sahaja. Boleh juga campurkan tepung jagung kalau mahu bayam anda lembut sedikit. Tepung beras membuatkan bayam anda rangup dan agak keras tapi tahan lama.
Tambahkan serbuk cili, garam, kunyit dan secalit kapur makan.
Kemudian bancuh adunan ini dengan sedikit air sehingga dapat bancuhan sederhana pekat. Sementara itu panaskan minyak dalam kuali.
Celupkan daun bayam dalam bancuhan tepung, kemudian goreng dalam minyak sehingga kekuningan.
Toskan minyak. Sejukkan bayam goreng celup anda kemudian bolehlah disimpan dalam bekas kedap udara.
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment