Showing posts with label TEKNOLOGI GULA. Show all posts
Showing posts with label TEKNOLOGI GULA. Show all posts

Tuesday 2 May 2017

RESEPI CIPTAAN NURULSHAM ~ APPLE CINNAMON ROLL/BUN GULUNG KULIT KAYU MANIS DENGAN EPAL





Anda tentu tahu pai epal, hidangan manis dan harum yang dibuat dari kulit pai berintikan epal dan serbuk kulit kayu manis.

Kemudian, anda juga  pernah mendengar atau rasa sediri Cinnamon bun atau cinnamon roll atau roti gulung berinti kulit kayu manis, yang tak kurang aroma harumnya, apa lagi waktu baru siap dibakar.

Inilah hidangan-hidangan yang terkenal di negara Eropah. Hidangan sebegini direka untuk mengatasi cuaca sejuk (dengan mengambil banyak kulit kayu manis dalam masakan) dan mengatasi lebihan hasil kutipan epal di musim luruh yang terlalu banyak, sehingga dibuat epal cider, pai epal, cuka epal, jem epal dan sebagainya.

Teknologi makanan melibatkan buah-buahan seperti epal dan beri sebenarnya terjadi kerana manusia harus terus hidup di dalam cuaca dingin melampau yang tiada makanan. Lalu terciptalah jem, jeruk dan sebagainya. Untuk teknik mengawet jem sila klik Jem Nenas Ala Bavaria .

Hari ini Nurulsham hendak mengajar roti baru ciptaan Nurulsham iaitu Bun Gulung Kulit Kayu Manis Dengan Epal.  Anda jangan risau, resepi ini tidak mahal. Epal masih boleh dibeli dengan harga 60 sen sebiji... lebih murah dari buah pisang montel yang berharga seringgit sebiji. (Bukan sengaja hendak membanding... hanya mengajak anda mengubah pandangan sahaja)

Sewaktu Nurulsham belajar di Indiana, pokok epal ini boleh didapati sepanjang jalan dan lorong. Buahnya terbiar dan tidak berjaga. Kalau orang tua lama yang rajin, mereka akan kutip, buat jem, sider atau dijadikan pektin dan dibotolkan!

Keadaan yang sama boleh dilihat di Malaysia. Pokok betik begitu mudah hidup dimana-mana pun. Betik juga adalah buah yang boleh dibuat jem... dan buahnya yang muda boleh dibuat pektin atau bahan pemekat untuk jem dan acar (chuttney).

Baiklah, jomlah kita lihat resepi kita. Habis sudah dengan ilmu teknologi makanan ya..hehe!

Bahan-bahannya.


  1. Doh bun manis 300 gram (rujuk   Resepi Bun Asas)
  2. 3 biji epal, dikupas dan disagat (jangan kisar dalam blender kerana ia akan jadi berair)
  3. 2 sudu butter
  4. 1/2 sudu kulit kayu manis dikisar halus
  5. 1 senduk gula (kurangkan jika anda tidak suka manis)
  6. gula dan kulit kayu manis dikisar untuk tabur.




Cara-caranya:

1. Gaulkan epal, gula, serbuk kulit kayu manis dan butter.
Perah sedikit air lebihan dari epal.

2. Masak dengan api perlahan. Kacau kerap sehingga
 epal menjadi perang dan berkilat. Harus pastikan air
lebihan mengering.
2.1.  Inti epal yang sudah siap kering. Nurulsham kacau
guna lidi. Sangat mudah!
3.  Sapu tepung pada doh anda dan canaikan.

4. Sapu inti epal sehingga rata.
5. Taburkan sedikit serbuk gula dan cinnamon/kayu manis
menggunakan penapis atau pengayak
6.1.  Lihat video untuk cara menggulung doh dan memotong.

6.2.   Gulung rapat doh canai anda dan potong mengikut saiz
yang sama. Jangan terlalu pendak potongan kerana ia akan
jadi kurang cantik


7. Minyakkan loyang dan susun doh bun 
gulung berinti anda.

8.1.  Lihat video untuk proses melicau. Jangan risau, jika anda tiada berus, boleh sahaja gunakan jari. 


8.1- Jangan lupa licau atau sapukan campuran
putih telur, sediktit air dan susu di atas kulit
doh roti anda sebelum biarkan ia mengembang.
Kemudian tabur sedikit bijan.

8.2.   Simpan doh (di tempat bertutup untuk elakkan
kulit doh kering) setengah jam atau hingga doh
mengembang dua kali ganda.

8.3 Bakar dalam oven menggunakan api atas
 bawah pada suhu 250 darjah selama 40 minit
 atau sehingga warnanya keperangan dan berbau harum.

9. Taburkan campuran gula dan serbuk cinnamon sebaik
sahaja bun anda dikeluarkan dari oven.
Keistimewaan bun kali ini adalah kerana ia mempunyai inti epal yang sederhana manis dan sedap. Memang tidak puas makan. Anak-anak Nurulsham semuanya sukakan bun gulung ini. Anda pun boleh mencubanya.

Best sangat-sangat! Nampak tak inti epal tu?

Selamat mencuba. Jangan patah semangat. Nurulsham doakan anda semua, di Malaysia, Indonesia, Brunei, UAE, Singapura, Amerika Syarikat, Germany... dan semua peminat blog ini... dalam keadaan sihat dan dimudahkan semua urusan.

Bye semua!

Tuesday 25 April 2017

7 LANGKAH UNTUK BUAT HALUA/HALWAH MASKAT CARA TRADISIONAL

Halua/Halwa Maskat Tradisional Ala Nurulsham. 



Bahan-bahannya:
  1. Kanji dari 1/4 kg tepung gandum (untuk dapatkan kanji dari tepung sila klik  sini.)
  2. 1 cawan gula pasir
  3. 1 cawan gula batu
  4. 1 cawan minyak masak (biasanya orang guna minyak sapi)
  5. Kacang gajus, biji kuaci atau apa-apa jenis kekacang goreng tanpa kulit kesukaan anda
  6. buah pelaga 3 biji
  7. tepung sagu 1 sudu
  8. satu cawan air



Cara-caranya:
1. Masak gula pasir dengan api sederhana
sehingga menggelegak. Sentiasa kacau.
Pastikan semua gula telah hancur dan berwarna
 kuning-keperangan. Perlahankan api.

2. Masukkan secawan air dan gula batu. Kacau lagi
sehingga gula batu cair keseluruhannya. Jangan
biar hangit kerana ia akan mengubah warna
halua anda.

3. Kanji tadi haruslah ditambah
 secawan lagi air dan dikacau rata.
Kemudian, masukkan kanji ke dalam
campuran gula tadi. Terus kacau
supaya tidak hangit di dasar periuk.
Perhatikan bahagian dasar periuk akan mula ada
adunan gula kanji jernih yang mula memejal. Terus
 kacau supaya tidak hangit.
4. Masukkan tepung sagu yang dibancuh dengan sedikit air.
Teruskan proses mengacau tanpa henti. Ketika ini
proses mengacau akan menjadi agak sukar kerana
adunan sudah mula memejal kesemuanya.

5. Masukkan buah pelaga yang ditumbuk sedikit

6. Masukkan minyak sedikit demi sedikit dan
kacau lagi. Proses ini samalah seperti
mengacau dodol. Bagi tepung 1 kilo, biasanya
proses mengacau mengambil masa 4 jam!

7.  Kacau halua ini sehingga betul-betul kering dan
 berkilat. Waktu ini anda akan rasa begitu
sukar mengacau, namun tidaklah sesukar
 mengacau dodol.  Masukkan kacang badam
atau lain-lain jenis kacang yang anda
suka. Tutup api.

Tuang dalam bekas dan ratakan. Sejukkan halua
maskat anda dalam peti sejuk untuk dapatkan
hasil yang sangat sedap.
Akhirnya siap juga proses mengacau halua maskat yang sangat lama ini. Lepas masukkan dalam bekas, Nurulsham tertidur tak sedar diri selama 2 jam. Hahaha! Teruk betul! Letihnya Allah sahaja yang tahu!

Halua maskat Nurulsham ni kurang cantik kerana Nurulsham tak masukkan pewarna. Warna asli ini datang dari warna gula yang diperangkan dan warna minyak masak. Kalau guna minyak sapi hasilnya lebih cantik.

Orang lama juga biasanya memeram kanji ini selama 3 hari. Caranya, setelah air perening betul-betul jernih. buangkan airnya, kacau kanji yang tertinggal dan masukkan air baru lalu diperening semula.
Langkah ini diulang berkali-kali sehingga 3 hari. Bila air perening sudah jernih, mesti buang dan ganti air baru supaya kanji anda tidak menjadi masam. Inilah yang akan membuatkan halua anda nampak lutsinar, boleh tembus nampak hingga ke dalam.

Halua maskat ini elok sangat dibuat sempena lebaran ini. Boleh juga dijual. Dulu masa Nurulsham berniaga pasar Ramadha tahun 2014, harga sekilo halua ialah RM 15. Sekarang Nurulsham tak pasti, kerana harga barang dah mahal.

Selamat mencuba. Nurulsham minta maaf jika resepi ini bukanlah yang terbaik. Ada lagi orang lain yang buat Halua maskat ini dengan memasukkan serbuk batu nasila, kanji tepung jagung dan sebagainya.

Nurulsham juga ambil halua maskat ini untuk dibuat inti pau... sila klik pautan ini..Pau gula merah inti halua maskat

Semoga anda semua dalam kebahagiaan. Amin... .

update 26 april 8.10 pagi.

Nurulsham ucapkan terima kasih atas semua komen dan cadangan. Alhamdulillah.. anda semua terbaiklah!

Rukiah Ibrahim Allahuakbar..respect la sis..sbb mkn kuih ni kecik2 dulu je ..mak rajin buat dodol & kuih ni sy tolong kacau je..tp skrg sbb mak dh x larat..ank2 pun x pandai buat...
UnlikeReply120 mins
Nurolshamshi Saidin Cubala buat untuk raya ni... saya pun tak sangka jadi semalam... tapi kacaunya sampai sakit pinggang

Che Asmah Klu nk warna cantik...kacau dlm kuali tembaga dan guna sudip tembaga utk mengacau...😘😘😘
UnlikeReply216 mins
Nurolshamshi Saidin itulah... ada juga orang petua... Che Asmah... tapi kuali tembaga takda,, huhuhu
LikeReply14 mins
Azalea SzAh Betul.. Dlm periuk tembaga lg cantik
UnlikeReply114 mins
Che Asmah Syabas dan tahniah kpd Nurolshamshi Saidin...sbb berjaya buat kuih tradisi ini...klu saya mmg tk sanggup nk kacau lama2...heheee...
UnlikeReply112 mins
Nurolshamshi Saidin Azalea SzAh Mana boleh dapat periuk tembaga ye... saya pernah tengok chef wan masak pakai periuk tembaga kat tv
LikeReply11 mins
Nurolshamshi Saidin Che Asmah hehe..terima kasih...
LikeReply10 mins
Azalea SzAh Maybe di pasar payang Terengganu ada juai.
UnlikeReply18 mins
Nurolshamshi Saidin Azalea SzAh aduh.. jauhnya... saya orang pulau pinang...
LikeReply7 mins
Che Asmah Di kelantan dan tganu byk jual brg2 tembaga...😃
UnlikeReply15 mins

Nor Lela Ya Allah mknan yg ku rindu.susah nak jumpa zaman ni. Dulu juadah wajib setiap raya dibuat arwah nenek dan emak.
LikeReply114 mins
AtifahFuad NurulAfifi Jasmine Kan sis.sy pun suka...sy last mkn 5 tahun lps mentua beli di turki..halwa maskat turki mcm2 diorg variantkan.tp manisnya smpi blh potong kaki...sedap jgn ckplah mmg sedap.skrg mcm x de org jual sbb renyah nak buatnya..
LikeReply11 mins
AtifahFuad NurulAfifi Jasmine Sis blh terangkan cara nk basuh tepung ni mcm mana?air byk mana?
UnlikeReply13 hrs
Nurolshamshi Saidin Air banyak mana pun tak apa. Yang penting sagu atau kanji dapat masuk dalam air. Ada orang tak buat macam ni, sebaliknya mereka jirus perlahan-lahan dengan air baru dan kumpulkan air tu sampai jadi banyak bekas. Nurulsham tak mahu buat macam tu sebab sukar nak angkat bekas air banyak-banyak. Sebab tu Nurulsham guna cara aruah ibu mertua, iaitu buat penapis dari kain bersih ni.
LikeReplyJust now