Showing posts with label RESEPI. Show all posts
Showing posts with label RESEPI. Show all posts

Wednesday 19 April 2017

KOPI-O 'KAW-KAW' ALA BESAN TOK ANUM

gambar hiasan


Pernah tak anda pergi rumah orang, terutamanya rumah orang tua-tua... kemudian anda dihidangkan kopi... dan kopinya TERBAEKKK... tak pernah anda rasa macam tu sedapnya walaupun anda pergi ke kopitiam terkemuka.

Agak-agaknya, apalah yang ada dalam kopi tu ya... sampai begitu sedap, secukup rasa dan buat anda ketagih?

Hari ni Nurulsham nak share resepi bancuh kopi cara orang lama kita. Resepi ni dapat dari tok besan emak Nurulsham... iaitu ibu mertua kakak sulung Nurulsham. Beliau (aruah) memang sangat-sangat pandai dalam 'seni kopi-mengopi' ini.

Bahan-bahan:
  1. kopi 1 senduk
  2. gula 1 1/2 hingga 2 senduk (ikut tahap manis yang anda suka)
  3. Air suam/sejuk sedikit sahaja
  4. air panas baru masak  1.5 liter (penuh jag kecil seperti dalam gambar)
  5. kasih sayang tak berbelah bagi seorang pembancuh kopi....hehe
Masukkan 2 senduk gula dalam jag (boleh kurangkan gula
ikut tekak anda)

Masukkan 1 senduk kopi
Gaulkan kopi dan gula sehingga sebati
Masukkan sedikit air sejuk atau air
suam dan kacau kuat-kuat, kemudian
peram campuran ini sambil menutup tudung jag.
Peram 10 hingga 20 minit untuk dapatkan
konsistensi kopi yang sempurna.
Tambah air panas baru masak  dan kacau
 lagi sehingga rata. Tudung dan biarkan
kopi anda seketika.
Wah! Kopi anda sudah siap untuk diminum.

Selamat mencuba. Memang sedap. Kalau dapat kopi kasar lagi baik sedap resepi ini lebih menjadi.

Bye semua!

Sunday 16 April 2017

RESEPI POPIAH KENTANG ALA NURULSHAM

Kelmarin rumah emak saudara suami Nurulsham ada kenduri. Petangnya, emak saudara datang rumah hantar lauk ayam masak merah dua bungkusan plastik. Memang banyak sangat. Kami beri pada jiran dan makan di rumah malam itu. Itupun masih banyak berbaki.

Ayam yang telah diasingkan tulang.
Rasa sayang juga tengok ayam tu, khuatir terbuang. Lalu Nurulsham fikir, elok juga kalau Nurulsham asingkan tulangnya, dan ambil isi ayam, goreng sampai kering untuk dijadikan serunding.


Masak atas api perlahan dan kacau hingga daging ayam terlerai
dan kering.
Alhamdulillah, serunding Nurulsham hampir siap. Nurulsham bercadang hendang keringkan lagi, kemudian kisar hingga halus untuk dibuat inti kuih simpul kasih.

Sementara itu, di dalam peti ais ada kulit popia dan ubi kentang. Sudah lama rasanya Nurulsham tak buat satu resepi istimewa rekaan anak perempuan Nurulsham, iaitu popiah kentang.

Teringat pula hendak makan popiah kentang malam ini. Sedapnya popiah kentang ni dan sangat mengenyangkan.

Jom tengok resepinya.

Bahan-bahannya:

  1. 4 biji kentang direbus dan dilenyek
  2. daun bawang 1 pokok
  3. daun sup 2 dahan.
  4. cabai hidup 1 biji (untuk pedaskan)
  5. Kulit popiah secukupnya.
  6. sedikit tepung gandum sebagai pelekat
  7. serunding atau ikan bilis goreng atau sosej goreng (dikisar halus)

Cara-caranya:

Kentang direbus hingga empuk

Lenyekkan kentang
Masukkan hirisan daun sup, daun bawang dan lobak.
Boleh juga tambah lada jika suka pedas. gaul-gaulkan
hingga sebati.

Cantik tak warna adunan kentang ni?

Bahan-bahan kentang lenyek, tepung pelekat, serunding, kulit popiah
Kaut adunan kentang tadi dan letak di atas kulit popiah. Buat
seperti dalam gambar. Kemudian tambahkan serunding atau apa-apa
lauk yang anda sukai.
Gulung popiah anda dengan berhati-hati.
Tinggalkan sedikit hujung kulit popiah untuk disapu
tepung yanng ditambah sedikit air sebagai pelekat.
Panaskan minyak dan goreng popiah anda sehingga kekuningan
Angkat popiah yang telah kekuningan dan letak dalam penapis yang
dilapik kertas tisu dapur untuk menyerap minyak.  Potong popiah anda
 dan hidangkan dengan sos atau mayonis.
Sedapnya makan popiah panas-panas. Suami dan anak-anak Nurulsham suka sangat makan popiah ni. Yang paling bestnye, makan sebatang pun dah kenyang..hehe!  Ubi yang banyak itu adalah sebagai pengganti nasi untuk makan malam. Kalau ada nasi lebih, boleh juga goreng dan balut dalam  kulit popiah ini. Sedap... cubalah!

Thursday 6 April 2017

9 LANGKAH UNTUK SEDIAKAN DONAT COKELAT YANG CANTIK

Post ini adalah sambungan dari  caralangkah-untuk-sediakan-donat-yang.gebu


1.  Sejukkan donat yang telah digoreng




2.  Sagat cokelat masakan. Campurkan dengan sedikit margerin

3. Sediakan bekas (Nurulsham gunakan kuali) berisi air. Hidupkan api. Masak cokelat secara double boil

4. Potong cokelat putih

5. Masukkan cokelat ke dalam plastik atau piping bag. Masukkan warna mengikut kesukaan anda.

6. Rendam dalam air masak tadi



7.  Potong hujung plastik atau piping bag anda. Perhatikan jika cokelat putih yang diwarnakan tadi sederhana cair

8.  Mulakan menghias donut anda yang telah dicelap dengan cokelat



Nota: perhatikan cokelat putih Nurulsham agak cair, jadi bunga hiasan ini tidak sekata garisnya.


Nampak sedap tak?


9. Gigit donat anda, Perhatikan bagaimana lembutnya tekstur dalam donut anda.  


Bagaimana... sudahkah anda terinspirasi untuk membuat donat cantik dan gebu ini. Inilah donat cokelat cantik ala Nurulsham. Anda juga boleh menghias donat anda dengan peanut butter, taburan kekacang, gula manik urai dan sebagainya mengikut kreativiti anda. 

Selamat mencuba!



Tuesday 28 March 2017

7 LANGKAH SEDIAKAN BAHULU KEMBOJA YANG LEMAK DAN MANIS.

Assalamualaikum wrt wbt dan selamat sejahtera semua sahabat Nurulsham,

Hari ni Nurulsham nak share satu lagi resepi orang lama yang jarang-jarang kita jumpa, iaitu bahulu kemboja. Oleh kerana Nurulsham pernah berniaga bahulu, ada juga sesekali pembeli meminta Nurulsham buatkan bahulu kemboja ni.

Tok Anum, emak Nurulsham suka sangat makan bahulu ni. Sebab teksturnya sangat lembut dan berkerak di luar, manis dan lemak-lemak pula.

Oklah, habis dah bercerita...  Jom kita sediakan bahan-bahannya;


  1. 2 cawan santan
  2. 1 cawan gula
  3. 1 cawan telur
  4. 1 cawan tepung gandum
  5. 1 sudu besar tepung beras
  6. 5 helai daun pandan 
  7. Sedikit garam
  8. Bijan secukupnya

Cara-caranya;-

1.  Ikat daun pandan dan tumbuk sehingga lumat. Daun pandan ini jangan dipotong sebelum ditumbuk kerana ini akan menyebabkan ia berkecai sewaktu diperah. Kemudian rendam daun pandan yang telah lumat tadi dalam santan.  Gaul-gaulkan sehingga santan bertukar menjadi warna hijau. Tapis keluar hampas daun pandan sehingga kita mendapat cecair santan yang berwarna hijau.

perah santan

2.  Masukkan santan hijau, tepung beras dan tepung gandum, gula, telur dan garam ke dalam besen dan kacau perlahan-lahan sehingga adunan sebati.

campur adunan


3.  Tapis adunan anda supaya tidak berketul.


tapis adunan

4.  Panaskan acuan bahulu kemboja dan oles minyak supaya bahulu kemboja tidak lekat di acuan dan supaya bahulu itu garing di bahagian bawah.

acuan dipanaskan

5.  Apabila minyak dan acuan cukup panas, tuangkan adunan tadi sehingga separuh atau tiga suku acuan. Perhatikan bahagian tepi adunan menggelegak terkena minyak dan berbau harum.

tuang adunan dalam acuan yang panas


6.  Taburkan bijan secukupnya. Perhatikan Nurulsham dan terlebih pula masukkan adunan tadi. Anda tolong kurangkan ya, setakat tiga suku acuan sudah memadai.
tabur bijan atas adunan


7.  Bakar adunan dalam oven pada suhu 250 darjah celsius selama 30 hingga 40 minit atau hingga bahulu nampak perang di bahagian atas.

Sejukkan, potong dan hidang.


bakar dalam oven suhu 250 darjah





Selamat mencuba!


Dapatkan novel-novel Nurulsham di pasaran. Bye!

Thursday 23 March 2017

RESEPI AYAM BAKAR UNTUK NASI AYAM


,

Resepi ini adalah sambungan dari  resepi-kuah-kicap-kuah-cili-sup-utk-nasi ayam

Assalamualaikum dan selamat sejahtera sahabat Nurulsham semua,

Maaf banyak-banyak sebab baru sempat upload resepi ayam untuk nasi ayam kita. Hari ni Nurulsham cuba buat ayam bakar oven pula. Resepi yang sama ini, boleh juga buat untuk goreng, cuma tambah sedikit bawang besar yang telah di blender untuk lebih sedap.

Untuk goreng, minyak mudah rosak. Oleh kerana minyak susah nak dapat di tempat Nurulsham tinggal ni... hari ni Nurulsham cuba cara bakar pula.😀😀

Ok... jom kita lihat resepinya.

Bahan-bahan.

  1. Ayam 1 ekor dibelah dua dan direbus (tidak perlu sampai lembut).
  2. Sos cili 2 senduk
  3. Kicap 2 senduk
  4. Sedikit kunyit
  5. Garam secukup rasa.
  6. Boleh tambah apa-apa rempah lagi mengikut kesukaan anda.

Cara-cara.

1. Ayam diperap dengan serbuk kunyit, sos, kicap dan garam

2.  Susun ayam di atas dulang pembakar (oven)


3. Balut dulang dengan aluminium foil untuk mengelakkan ayam menjadi kering sewaktu dibakar.


4. Bakar pada suhu 250 darjah celcius selama 30 minit, api atas bawah.


5.  Setelah cukup 30 minit, keluarkan dulang dari oven dan gunting bahagian tengah aluminium foil untuk melihat keadaan ayam bakar kita.


6. Ayam telah sedia dihidang bersama nasi dan sos-sos serta sup. Hiaskan dengan bawang goreng, timun dan tomato.



Selamat mencuba. Nurulsham doakan semoga anda semua berjaya menghasilkan masakan yang sedap ini untuk keluarga.

Untuk resepi nasi ayam yang seroi dan sedap, sila klik. nasi-ayam-cara-orang-berniaga.

RESEPI KUAH KICAP, KUAH CILI, SUP UTK NASI AYAM

Sambungan dari nasi-ayam-cara-orang-berniaga.

Assalamualaikum, baru sempat update resepi yang lain-lain untuk nasi ayam ni. Kalau tak ada semua kuah ni, tak sedaplah nasi ayam kita ni, kan?

Ini adalah cara yang Nurulsham selalu gunakan. Mungkin tak sama dengan yang biasa anda gunakan. Boleh cuba kalau berminat, ya.

Mula-mula resepi untuk sos cili.😊



Bahan-bahan.

  1. Bawang besar 1 biji
  2. Bawang putih 5 ulas 
  3. Cabai hidup merah 8 biji, dibuang bijinya untuk kurangkan pedas. Boleh juga guna cabai kering yang di potong direndam dalam 10 biji.
  4. Air perahan asam jawa
  5. Sedikit air rebusan ayam.
  6. Garam dan gula.

Cara-caranya.
  1. Kisar bawang besar, bawang putih, dan cabai. Panaskan kuali dan masukkan 2 senduk minyak. Setelah minyak cukup panas, masukkan campuran yang telah anda kisar tadi.
  2. Masak hingga naik minyak. Kemudian masukkan air perahan asam jawa dan air rebusan ayam (sedikit sahaja).
  3. Masukkan garam secukup rasa dan dua senduk gula.
  4. Kacau lagi sehingga naik minyak.

Seterusnya untuk resepi kuah kicap.😊

Masukkan sos bekas perapan ayam. Jaga-jaga, sila
perlahankan api, khuatir hangit.
Bahan-bahan.
  1. Sos bekas perapan ayam
  2. Kicap 1 cawan
  3. Air rebusan ayam 1 cawan
  4. Garam secukup rasa.

Cara-caranya.
Masukkan kicap dan air rebusan ayam.

  1. Gunakan kuali bekas kuah cabai tadi. Masukkan sedikit minyak.
  2. Dengan cepat, masukkan sos bekas perapan ayam. Sos ini mempunyai banyak rasa dan sangat sedap.
  3. Nota: untuk sos perap ayam cara Nurulsham, sila rujuk cara sediakan lauk nasi ayam.
  4. Kacau sedikit dan masukkan kicap.
  5. Masukkan air rebusan ayam dan garam secukup rasa.
  6. Masak hingga mendidih.

Seterusnya lagi untuk sup😊
Bahan-bahan.
  1. Halia 1 ibu jari
  2. Bawang putih 3 ulas
  3. Bawang besar sebiji
  4. Rempah sup sebungkus
  5. Garam secukup rasa 
  6. Daun sup dan daun bawang untuk ditabur

Cara-cara.

  1. Halia, bawang besar dan bawang putih dihiris nipis.
  2. Tumis bahan tadi dalam minyak.
  3. Masukkan air rebusan ayam dan rempah sup.
  4. Masak hingga menggelegak.

Untuk resepi lauk nasi ayam, sila klik resepi-ayam-bakar-untuk-nasi-ayam.

Sepatah dua kata dari penulis.

Terima kasih kerana melawat blog Nurulsham. Semoga anda mendapat manfaat darinya.

Nurulsham menjemput anda melihat aktiviti terbaru Nurulsham iaitu membuat bedak sejuk di rumah tanpa peralatan canggih. Nurulsham dah cuba dan jadi cantik bedak sejuk tersebut. Sila klik link ini 12 langkah mudah buat bedak sejuk tradisi

Selamat menonton.

Wassalam.