Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat Nurulsham semua. Hari ini Nurulsham nak kongsikan cara buat sup ayam barli yang sangat enak dan baik untuk kesihatan. Sebenarnya semasa aruah bapa Nurulsham masih ada dahulu, dia menasihatkan Nurulsham supaya buat sup barli. Bagus katanya. Dia dapat tahu dari kawannya seorang berbangsa cina. Namun, aruah bapa tidak pernah menceritakan apakah kebaikan makan sup barli ini.
Sup ayam barli |
Nurulsham pun buatlah carian di internet, lalu terjumpalah artikel yang sangat menarik tentang sup barli ini. Kebetulan pula dua hari lepas Nurulsham memang ada membeli barli berharga RM1.00, bawa pulang dan rebus dapat seperiuk besar. Tujuannya untuk mencuci darah. Lagipun Nurulsham baru sahaja terkena penyakit kencing tak lawas.
Barli seringgit tadi begitu banyak hingga tidak habis pula. Nurulsham ambil dan sejuk bekukan. Syukurlah kanjinya banyak dan airnya pun sudah hampir kering. Jika tidak, bila disejuk bekukan, air akan bertukar menjadi kristal (ais batu) lalu barli akan rosak (jadi benyal).
Jadi ingat ya kawan-kawan, kalau hendak buat makanan frozen, pastikan partikel air tidak banyak dalam makanan tersebut. Partikel air ini akan berubah menjadi kristal, lalu keluar dari makanan tersebut. Bila kita nyahbekukan, makanan tersebut akan rosak kerana ada ruang kosong di dalamnya kerana partikel air tadi telah keluar. Secara seninya (mikroskopik), bolehlah Nurulsham umpamakan ketiadaan air tadi seperti runtuhnya tiang yang memegang makanan tersebut lalu makanan tersebut runtuh (dalam skala besar kita katakan sebagai benyal).
Lebihan barli yang akan disejukbekukan |
Baiklah, jom kita lihat bahan-bahannya.
- Barli direbus hingga keluar kanji
- Ayam
- Halia, bawang besar dan bawang putih dihiris nipis
- Lobak merah dan kentang dibuang kulit dan dipotong sederhana besar
- Tomato, sawi dipotong sederhana
- Sedikit gula batu dan garam untuk rasa
- Secawan santan pekat
- Rempah-rempah, kulit kayu manis, bunga cengkih dan lawang, jintan manis, lada hitam
Bahan-bahan- Barli sejukbeku, ayam, lobak merah, bawang besar dan putih, tomato, ubi kentang, sawi, santan, rempah sup, garam, gula batu |
Rempah-rempah, dan bahan untuk memberi rasa pada sup dipotong sederhana. |
Cara-caranya:
1. Dalam periuk besar, tumis bawang halia dan rempah-rempah sehingga berbau wangi. |
2. Masukkan ayam, ubi kentang, tomato, dan lobak merah. Kacau hingga rata. |
3. Tambah kan air sehingga separas bahan-bahan tadi. Tambahkan gula batu dan garam. Kacau rata. |
4. Perlahankan api, tudung periuk dan biar bahan-bahan tadi mereneh. |
5. Siapkan barli rebus, sayur sawi dan santan. |
6. Setelah bahan direneh agak lembut, masukkan barli, sawi dan santan. Masak lagi sehingga menggelegak. |
7. Sup ayam barli anda siap untuk dinikmati. Nampak tak barli ada di sekitar bahan-bahan sup anda? Sedap sangat sup ini.. . |
Selamat mencuba!
Klik untuk artikel Makanan Sunnah Bubur Talbinah Barli
Klik untuk artikel Sup ayam ala Cik Sunah
No comments:
Post a Comment