Roti canai telur |
Roti canai yang Nurulsham buat ni cara emak Nurulsham, Tok Anum. Masa Nurulsham kecil-kecil dahulu, pagi-pagi Nurulsham tengok Tok Anum tarik roti canai sampai nipis menggunakan talam. Nurulsham dengan adik-adik akan tunggu dan menonton dengan mata bulat dan teruja... takut roti tu terkoyak masa Tok Anum sedang tarik nak bagi nipis. Hahaha! Itulah budak-budak... terujanya yang lebih.
Okaylah, untuk roti kali ni Nurulsham guna apa yang ada di rumah sahaja. Untuk bahan-bahan boleh juga anda google. Ada banyak resepi roti canai ni.
- Tepung 2 cawan
- Air 1 cawan (tambah sedikit demi sedikit jika doh keras)
- Susu tepung 2 sudu (boleh guna susu pekat manis)
- sedikit minyak untuk adunan
- Sedikit garam dan gula
- Banyak minyak untuk rendam doh
Bahan inti
- Telur, garam dan cili api untuk isi roti canai telur
Cara-caranya:
1. Uli bahan-bahan. Anda akan lihat adunan melekit di tangan. Uli sehingga adunan melekat sesamanya |
2. Bulat-bulatkan doh sebesar 1 genggaman setiap satu dan rendam doh dalam minyak untuk semalaman. |
3. Penyet-penyetkan doh supaya nipis dan tarik doh sehingga ke bucu pinggan. Hati-hati jangan sampai terkoyak Tak perlu tebar, kita bukan penebar profesional, kan? |
4. Letakkan telur garam dan cili api di tengah-tengah |
5. Lipatkan rati canai anda |
5.1 Lipat berbentuk empat segi |
6. Masak di atas kuali leper (Nurulsham guna pizza pan sahaja) |
Tadaaaaaa! Roti canai siap dihidang |
Update malam 8.55 10 mei
Nostalgia sungguh resepi ni, ada kawan-kawan yang teringatkan ibu masing-masing.
No comments:
Post a Comment