Kenapa ada 'Ala Nurulsham' pula ya? Sebenarnya resepi roti golok viral yang anda lihat sebelum ini diambil dari resepi adunan donat, kemudian dipintal seperti mendandan rambut. Dan oleh kerana dandan ini mudah terbuka bila digoreng, maka roti golok ini dibakar supaya bentuknya tetap elok.
Jadi, oleh kerana hari ini Nurulsham berhasrat untuk membuat roti burger sebab suami suka makan... dan kebetulan pula ada doh lebih, Nurulsham pun mendandanlah doh ini supaya jadi seperti roti golok. Tak sempat dah sebenarnya nak buat doh baru roti golok yang sebenar.
Apa bezanya roti yang Nurulsham buat ni?
Roti yang Nurulsham buat ini menggunakan tepung protin tinggi, jadi rotinya akan naik lebih lagi. Waktu memasak dan mengulinya juga lebih lama.
Untuk cara buat dan uli doh, sila klik bun asas.
Seterusnya, untuk membentuk dandan, sila rujuk cara-caranya di bawah ini.
3. Menggunakan pisau doh, potong doh sebanyak 50 gram setiap satu |
3.1. Sila pastikan ada 3 potong doh untuk membuat setiap sebiji roti golok anda |
3.2. Sila timbang jika mahu bentuknya
sama besar.
4. Bulat-bulatkan doh anda. Setiap 3 ketul ini adalah
untuk satu roti golok.
5. Ambil 3 doh dan uli memanjang untuk membentuk dandan |
5.1. Picit hujung ketiga-tiga doh panjang tadi supaya melekat sesamanya. |
5.2. Mulakan mendandan seperti mendandan tocang rambut |
5.3. Picit hujung dan kejapkan supaya tidak terbuka |
6. Siapkan pelicau, iaitu susu tepung ditambah sedikit air suam. Kacau sehingga kelikatannya kurang sedikit dari kelikatan susu pekat manis. |
6.1. Sapu pelicau atas kulit bun anda, kemudian simpan selama 1/2 jam untuk menunggu doh naik lagi. |
7. Bakar doh dandan anda dengan api atas bawah pada suhu 250 darjah selama 30 minit. Nota- abaikan roti kacang di sebelah kiri |
8. Setelah roti siap dibakar, sapukan butter atau margerin berkualiti (kerana anda hendak makannya mentah, elakkan margerin murah ya) di atas kulit roti anda. |
9. Taburkan gula halus. Nurulsham gunakan pengayak/penapis kerana gula Nurulsham ditambah sedikit serbuk cinnamon/kulit kayu manis untuk menyedapkan lagi roti golok ini. |
Roti golok ala Nurulsham sudah sedia dimakan. Baunya wangi sangat kerana ada serbuk kulit kayu manis. |
Sedapnya makan sampai tak sempat angkat kepala! |
Memang sedap sangat roti ni. Sekejap sahaja dah licin 3 biji roti ni. Menyesal pula tak buat banyak-banyak tadi. Hehe!
Baiklah, untuk resepi roti golok viral (resepi ala donat), sila rujuk resepi di bawah ya!
Resepi ini Nurulsham ambil dari group FB, Masak Apa Hari ni.. .
RESEPI ROTI GOLOK VIRAL
Bahan-bahan:
● 1 Cawan air suam
● 1 Peket yis
● 4 Sudu gula
● 2 Sudu susu pekat
● 2 sudu planta
● 3 1/2 cawan tepung
● 1 biji telur
.
Cara-cara:
1. Campurkan yis dan air, biarkan yis rehat dan berbuih.
2. Telur dipukul sedikit.
3. Campurkan susu pekat, gula, planta dan telur ke dalam bekas berisi tepung dan kacau hingga sebati.
4. Curah bancuhan yis sedikit-sedikit ke dalam tepung tadi (Ikut pada keperluan tepung, ada masa tak perlu guna kesemua air bancuhan yis tadi. Asalkan uli menjadi doh yang lembut dan tidak melekat ditangan dah ok)
5. Rehatkan dalam sejam atau sehingga doh kembang 2 kali ganda.
6. Kemudian tumbuk-tumbuk doh yang sudah kembang tadi dan uli hingga cantik licin.
7. Boleh lah dibentuk dan diletakkan dalam bekas.
8. Rehatkan doh sekali lagi. Biar naik 2 kali ganda.
9. Sapu campuran susu tepung dan air suam (likat) ke atas kulit doh anda
10. Bakar menggunakan api atas dan bawah lebih kurang 30 minit atau sehingga masak dengan suhu 250˚c.
11. Keluarkan dan sejukkan atas redai, kemudian sapu permukaan roti dengan marjerin atau butter cup dan tabur dengan gula halus, siap.
.
Selamat Mencuba!
No comments:
Post a Comment