Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat Nuruulsham semua. Pernah tak anda makan kerabu mangga?
Nurulsham suka sangat kerabu mangga ini. Ada beberapa jenis kerabu mangga yang Nurulsham pernah rasa contohnya mangga masam ditumbuk dengan ikan kering dan cili padi, kerabu mangga Thai (ala somtam), sambal mangga dan yang ini: kerabu mangga dengan kelapa parut disangai.
|
Kerabu mangga ini sedap dimakan dengan ulam-ulaman seperti pegaga, kemangin, beluntas dll |
Nurulsham belajar buat kerabu mangga jenis ini dari Cik Ayu, iaitu biras Nurulsham. Cara ini biasa dibuat oleh orang-orang di kampung beliau di Titi Serong, sebuah kawasan penempatan bersawah yang sangat luas dan tentunya banyak pokok mangga, kan...?
Baiklah, jom kita lihat bahan-bahannya.
- Buah mangga putik
- Cili padi
- Kelapa disangai (goreng tanpa minyak)
- Ikan bilis goreng
- Garam dan gula secukup rasa.
- Ulam-ulaman
Cara-caranya:
|
1. Sangai kelapa selama 5 minit sehingga sedikit perang |
|
1.1. Kelapa yang telah siap disangai |
|
Bahan-bahannya- kelapa sangai, ikan bilis goreng, bunga kantan, cili padi, mangga |
|
Bahan-bahan ulaman |
|
2. Sagat mangga halus-halus |
|
2.1. Mangga siap disagat. Cantik kan? |
|
2.2. Bunga kantan dimayang halus. |
|
3. Tumbuk kelapa, cili padi dan ikan bilis goreng |
|
3.1. Tumbuk hingga sederhana lumat |
|
4. Campurkan bahan yang ditumbuk bersama hirisan bunga kantan dan mangga. Gaul sehingga sebati. Jangan lupa tambah garam dan gula. |
|
5. Kerabu yang lemak-lemak, masam, manis dan pedas ini siap dihidang bersama ulam-ulam. |
|
5.1. Sedap sangat dimakan dengan nasi, atau diratah dengan ulam terutamanya ulam pegaga gajah. |
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment