Roti burger Nurulsham ditambah dengan kerepek bayam, telur mata kerbau, sambal, tomato dan taugeh. Semuanya homemade! |
Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat Nurulsham semua di mana sahaja anda berada.
Nurulsham suka sangat makan roti. Pernah sekali waktu mengandung, Nurulsham nak makan roti sahaja dan tak mahu makan nasi. Tapi, roti yang dibeli biasanya ada bahan penambah yang Nurulsham memang allergy. Jadi, mahu tidak mahu terpaksalah belajar buat roti sendiri.
Roti burger inilah yang paling Nurulsham suka buat. Memang best sebab bila siap kita boleh tambah apa-apa sahaja sesedap rasa... kan?
Oh ya! Untuk resepi asas bun manis, sila klik bun manis asas
Untuk membentuk roti burger adalah perkara paling mudah. Anda hanya perlu bulat-bulatkan menggunakan teknik yang Nurulsham tunjukkan di link di atas, ya.
1. Bulat-bulatkan doh dan simpan seketika. |
2. Masukkan dalam acuan atau terus atas talam logam |
3. Sapu pelicau (susu tepung+air masak) yang dibancuh pekat. |
4. Taburkan bijan |
5. Biarkan doh naik selama 30 minit, kemudian bakar dalam oven api atas bawah selama 30 minit pada suhu 250 darjah celcius |
6. Pastikan kulit roti berwarna agak cokelat. Jika kurang cokelat warnanya atau sekadar keperangan dikhuatiri kulit roti tidak cukup keras |
7. Belah bahagian tengah roti untuk dimasukkan isi burger |
Wah! Burger anda siap untuk dinikmati. |
As Salam, nak tanya la...
ReplyDeleteSetiap roti tu, Doh dia brapa gram ye?
Pastu bekas tu saiz/ukuran apa?
Waalaikumsalam... Nurulsham buat 100 gram. Ukuran acuan 4.5 inci. Acuan ni satu harga RM2.20 beli kat kedai plastik
DeleteTrima kasih bnyk2 atas infonye...
DeleteCuma acuan jenis ring tu susah betul nak cari. Rata2 tanya kat kedai2 jual plastik/pinggan mangkuk/bakery mmg x de.
Nnt nak cuba cari yg jenis loyang/bekas mcm sis plak...
Tq ye.
Sama-sama =)
Delete