Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat Nurulsham semua. Hari ini Nurulsham nak kongsi satu lagi resepi yang Nurulsham sangat-sangat suka dan tak pernah tahu cara membuatnya. Nurulsham tak tahu apa namanya resepi ini, jadi Nurulsham letak sahaja namanya Bendi Goreng Tepung.
Resepi hari ini memang menggamit nostalgia. Sewaktu Nurulsham belajar di Indiana dahulu, memang makanan sebegini ada dijual di restoran-restoran di sana. Bendi yang agak kecil dan lembut sebegini dipanggil okra. Sedap sangat-sangat bila digoreng deep-fried (minyak banyak) dengan tepung namun Nurulsham tak pernah terfikir bagaimanalah caranya hendak membuat makanan yang Nurulsham suka ini.
Sehinggalah Nurulsham terjumpa resepi dari seorang sahabat di FB, Puan Mageswari Ghaneson, esok tu juga Nurulsham buat bendi goreng yang sedap ni. Cuma tak sempat update di blog... baru hari ini berkesempatan.
Terima kasih banyak-banyakx1000 Puan Mageswari untuk resepi yang sedap ni. Klik link Mageswari Ghaneson untuk banyak lagi resepi yang sedap-sedap. |
Jom kita lihat bahan-bahannya:
- Tepung beras
- Tepung jagung
- Serbuk kunyit
- Serbuk cili
- Garam
- Jintan manis&putih ditumbuk
- Sebiji telur (Nurulsham yang tambah sendiri sebab Nurulsham tak ada kuali special macam Puan Mageswari, jadi terpaksa pakai kuali biasa dan guna minyak. Tujuan telur digunakan adalah untuk menyerap lebihan minyak)
Bahan-bahan- bendi dibelah dua, tepung jagung dan tepung beras, garam, cili kering digoreng kemudian dikisar, kunyit serbuk, jintan manis dan jintan putih direndam dan ditumbuk |
Cara-caranya:
1. Siapkan bahan-bahan |
2. Tambah telur dan gaul semuanya sehingga sebati |
3. Panaskan minyak dan mula menggoreng. Lebih sedap dan wangi jika boleh ditambah daun kari |
4. Tada!!!! Sedia untuk dihidang. Hm... tak sabar nak makan. Sedap sangat!!! |
No comments:
Post a Comment