Assalamualaikum dan salam sejahtera semua sahabat Nurulsham. Pagi ini sungguh segar dan Nurulsham happy sangat-sangat. Semalam anak lelaki sulung balik dari kerja dan bawa seekor ayam bakar lebihan dari tempat kerjanya iaitu di sebuah restoran nasi ayam. Sayang pula tengok ayam tersebut. Semua orang dah kenyang jadi siapapun tak mahu makan. Jadi sambil tengok TV dengan suami dan anak-anak, tangan Nurulsham ni pun mulalah mengirai ayam tadi.
Inilah hasilnya....
Agak-agaknyalah... apalah Nurulsham nak buat dengan ayam ni, ya?
Nurulsham pun tambahlah serbuk cili (cili digoreng dalam minyak, dikisar dan disimpan), serbuk kunyit, garam dan gula... lalu mula menggoreng tanpa minyak. Akhirnya jadilah serunding simple ala Nurulsham ni. Anda kalau rajin tumbuklah jintan manis dan jintan putih sedikit ya dan masukkan masa menggoreng. Rasanya akan jadi lebih sedap.
Nota- Serunding begini mampu tahan berbulan-bulan di dalam peti sejuk. Syarat, banyakkan gula dan kunyit dan goreng hingga betul-betul kering.
Pagi ini Nurulsham dapat idea nak buat chicken floss bun, atau bun serunding ayam yang ada dijual di bakeri. Hm... seronoknya... tak dapat dibayangkan sedapnya....! Hehe, belum buat tapi angan-angan bukan main lagi ye!
Jadi, kalutlah Nurulsham siapkan barang-barang untuk bun manis dan mula menguli. Nurulsham tak akan cerita cara buat sweet bun ye. Anda klik di sini resepi bun manis.
Baik, jom lihat cara membentuk bun serunding anda.
1. Bulat-bulatkan doh anda dan tinggalkan doh 10 minit untuk kuatkan gluten. |
2. Lapik lapangan dengan minyak, kemudian canaikan doh anda |
3. Taburkan serunding ayam tadi |
4. Gulung doh leper anda supaya serunding berada di dalam bun |
5. Susun doh dalam loyang yang telah diminyakkan |
Langkah 1-5- sila rujuk video jika kurang jelas.
Langkah 6- Sila rujuk video jika kurang faham.
7. Akhirnya, taburkan bijan, keju mozarella dan serunding ayam . Bakar dalam oven pada suhu 250 darjah celcius atas dan bawah selama 40 minit atau hingga kulit roti nampak kekuningan. |
Sedapnya!!! |
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment