Assalamualaikum sahabat Nurulsham di mana sahaja anda berada.
Seperti yang Nurulsham ceritakan sebelum ini, Nurulsham kebiasaannya akan bertungku dua kali seminggu. Hanya sewaktu Nurulsham mengikut rawatan dan makan ubat saraf baru-baru ini sahaja Nurulsham berhenti bertungku. Ini adalah kerana daun mengkudu sendiri mempunyai enzimnya yang tersendiri di mana Nurulsham khuatir ia akan berlawan dengan bahan kimia dalam ubatan.
|
gambar kredit kepada yuitsumuni.com -tungku yang baik
harus sedikit berbentuk pipih dan seperti penyauk di
muncungnya. |
Sewaktu Nurulsham bertemu pakar terapi tulang belakang di Jabatan Fisioterapi, Nurulsham memang disarankan bertungku menggunakan tungku air untuk merawat otot-otot yang keradangan di sekitar tulang Nurulsham yang mengalami prolapse. Bertungku itu tidaklah membantu masalah tulang, tetapi ia membantu mengurangkan keradangan di otot sekitar tulang yang bermasalah.
Sejak dua hari kebelakangan ini, Nurulsham sakit sangat pinggang ke bawah. Nurulsham berhenti sekejap ubat saraf, dan kembali bertungku. Alhamdulillah, sakit di pinggang sudahpun berkurang.
Jom Nurulsham share khasiat bertungku mengikut pengalaman Nurulsham, dan bukannya mengikut pembacaan di mana-mana. Ini hanyalah tips-tips dari orang-orang tua di sekitar Nurulsham. Tindakbalas pemulihan badan Nurulsham dan anda semua mungkin ada persamaan atau perbezaan. Jadi, pandai-pandailah anda memilih untuk mengikut mana yang bersesuaian dan banyakkan yakin bahawa ikhtiar itu adalah wajib tetapi kesembuhan itu adalah pemberian Allah secara mutlak.
|
Daun mengkudu biasanya bertambah cantik
sekiranya pokoknya ditumpang oleh kerengga. Kerengga
akan makan serangga perosak yang datang ke
tanaman ini. |
|
Tungku yang masih berbalut daun mengkudu besar.
Tungku ini dibeli di pasaraya dan agak baik buatannya
serta lama panasnya.
Nota : Jangan jirus tunggu dengan air kerana ia akan mengubah sifat unsur besi di dalam tungku membuatkan tungku tidak panas lama. |
|
Proses memanaskan tungku boleh dibuat dengan meletakkan
muncung atau bahagian tengah tungku di atas api
perlahan.
Nota : Api perlahan lebih baik kerana haba sempat bergerak dari luar masuk ke dalam tungku, membuatkan tungku mampu panas lebih lama. |
|
Tungku akan dilapik dengan daun sekitar 5 hingga 10 helai,
kemudian dibalut dengan sehelai kain batik lalu
diikat. Harus ada sehelai lagi kain batik kedua
(tanpa tali) untuk membalut tungku ketika ia
paling panas di waktu baru diangkat dari api.
Kain batik kedua ini akan dibuka selapis demi
selapis apabila kepanasan tungku berkurang. |
CARA BERTUNGKU BAGI PESAKIT TULANG BAHAGIAN LOWER BODY
|
1. Ketika tungku baru di balut, anda akan nampak wap air daun
mengkudu yang panas akan keluar. Jangan biar wap itu
terlepas. Anda harus segera cari selimut tebal dan balut
badan anda serta letakkan tungku berhampiran dengan
badan anda. Anda disarankan berkemban. Wap ini
bertindak sebagai sauna. Nikmatilah wap ini dan
berehatlah sekitar setengah jam.
2. Mengkudu mempunyai khasiat antidepressant yang
boleh mengurangkan stress. Buah mengkudu sendiri
mempunyai bahan kimia semulajadi dalam bentuk enzim
yang membantu pembentukan serotonin dalam badan kita yang
mampu memberi rasa tenang dengan izin Allah. |
|
Wap dari mengkudu memanaskan badan dan membantu
mengeluarkan peluh-peluh lama yang tersumbat
@ peluh jantan. |
|
Dalam keadaan masih berbalut selimut, letakkan tungku di
bahagian belakang pinggang. Mulakan dengan sebelah
dahulu, kemudian alih badan anda, lalu biarlah sebelah
lagi pinggang anda menekan tungku tersebut. Inilah antara
sebab tungku berbentuk pipih lebih baik dari
tungku tebal. Tungku pipih lebih selesa diletakkan di bahagian
bawah badan anda. |
|
1. Di dalam keadaan masih berbalut selimut, tungku pula perut
anda dalam keadaan anda di atas tungku, bukannya
tungku di atas anda. Kita tidak mahu perut anda menahan
beban berat dari tungku, sebaliknya kita mahu otot
perut terkena kepanasan tungku. Tujuannya adalah
semata-mata untuk memanaskan perut anda. Menurut
seorang pakar akupunktur berbangsa cina,
perut buncit berasal dari perut yang sejuk. Perut
yang sejuk mengundang masuknya angin ke dalam
rahim dan usus. Maksudnya, perut buncit bukanlah
semata-mata kerana lemak. Ia boleh juga disebabkan
organ dalaman yang tidak sihat.
2. Pakar fisioterapi juga memberitahu, bila otot perut
kendur dan lemah, ia akan menarik otot-otot lain di sekitar
menyebabkan berlakunya kelemahan otot sehingga
tidak dapat menyokong tulang belakang. Pesakit
disk prolapse misalnya harus kerap membuat senaman
perut untuk memastikan otot perut cukup kuat, bagi
membantu mengurangkan kesakitan di tulang belakang |
|
Boleh juga bertungku dalam keadaan duduk
untuk menguatkan otot paha, punggung , vagina,
betis dan tapak kaki. Semua ini dapat membantu
menyokong tulang belakang anda melalui cara mewujudkan
otot-otot sekitar yang kuat dan dapat berdikari tanpa
perlu bergantung sepenuhnya pada tulang
belakang (lower back). Pastikan badan anda
tetap berbalut dengan selimut. |
Nota- Ini adalah bertungku untuk menguatkan otot sekitar tulang belakang, bukannya bertungku untuk wanita berpantang. Harus dibuat setiap minggu sekitar dua kali seminggu dan terus istiqomah. Semoga anda diberi kesihatan untuk menjalani hidup seharian.
|
Jika anda tiada tungku besi, anda boleh pergi ke sungai mencari batu bulat yang leper untuk dijadikan tungku batu |
No comments:
Post a Comment