Selama ini, kita rasa susah kerana kita memikirkan yang kita harus ada mesin... betul tak...? Sebab Nurulsham pun camtu... selama ini dikelilingi oleh tembok yang dibina oleh fikiran sendiri. Hm...
Okay lah... jom kita teruskan dengan resepi kuetiau kita. Untuk resepi mee klik Resepi Mee Kuning Homemade
Bahan-bahan:
- Tepung gandum 1 cawan
- Tepung beras 1/2 cawan (buangkan sedikit lagi dalam 1 sudu)
- Putih telur 2 sudu
- Sedikit tebung ubi sebagai pelekat (1 sudu)
- Air secukupnya untuk menguli
Bahan untuk kerja:
- Air menggelegak tambah sedikit garam dan minyak untuk merebus kuetau
- Sedikit minyak untuk gaul dengan kuetiau
Cara-cara:
1. Campurkan tepung gandum, tepung beras dan tepung ubi. |
2. Masukkan telur putih. Tuang air sedikit demi sedikit sambil menggaul tepung |
3. Uli doh anda sehingga sebati. |
4. Uli doh sehingga ia konsisten (kelihatan seperti doh roti tetapi doh kuetiau tidak kenyal) |
5. Potong doh dan buat bulatan kecil supaya mudah mencanai |
Video ~ Potong doh menggunakan pisau
6. Canai doh sehingga nipis. Letakkan banyak tepung untuk elak dari melekat. Lipat doh 2 kali dan mula memotong guna pisau. |
Inilah hasilnya kuetiau homemade yang telah digoreng. Rasanya kental dan sedap. |
Untuk cara buat Tauhu Telur/Jepun klik Resepi Tauhu Jepun
No comments:
Post a Comment