Hari ni Nurulsham nak share satu lagi resepi, tapi kali ni bukan resepi biasa-biasa... tapi resepi untuk kesihatan.
Sebenarnya, Nurulsham pun baru pertama kali cuba buat...jus kacang panjang ni. Suami yang minta tolong buatkan... sebab suami Nurulsham ada masalah kencing manis dan buah pinggang.
Sebenarnya tak susah pun. Semua orang boleh. Anak bongsu Nurulsham pun boleh buat.. agaknyalah...
Oklah, di bawah ni Nurulsham post gambar dan sedikit penerangan, ya...
Basuh dan potong kacang panjang dan tomato dan masukkan dalam blender. |
Masukkan 2 cawan air dan blend sehingga hancur. |
Tapis hampas. Hanya ambil airnya |
Simpan seketika dalam peti sejuk |
Alhamdulillah... sedia untuk diminum. |
Menurut suami Nurulsham, selepas amalkan minum jus ini, beliau rasa badannya kuat sedikit. Harap-harap, penyakit suami Nurulsham ini dapat dikawal dan semakin sembuh. Mohon semua sahabat doakan ya.
Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment