Monday, 13 March 2017

SOS PIZZA CARA TEKAK ORANG MELAYU 😊


Hari ni Nurulsham nak share resepi sos yang Nurulsham pakai sewaktu berniaga pizza dulu. Resepinya sangat sedap .... sebab kena dengan tekak orang melayu.. hehe.

Sebenarnya, Nurulsham ambil dari blog juga resepi ni, kemudian Nurulsham olah sendiri. Sambil-sambil tu, suami dan anak-anak akan jadi tukang beri markah. Selalunya
Anak-anaklah yang paling teruja
bila siap pizza ni. Sampai tak sempat
pakai baju.
anak-anak akan beri markah 10/10 dan suami pula antara 5 hingga 7 sahaja. Demi hendak menyedapkan tekak melayu suamilah, akhirnya tercipta resepi yang autentik ni...😀 hahaha.

Okaylah... banyak dah ceritanya. Jom kita lihat resepinya...

Bahan-bahan;

  1. Bawang putih  5 ulas
  2. Bawang besar 4 biji
  3. Cili kering 10 biji di belah tengah direndam untuk buang biji kemudian direbus untuk lembutkan dan toskan
  4. Secubit oregano
  5. Segenggam ikan bilis dibuang tulang dan perut (direndam dalam sedikit air. Jangan buang air ini sebab air ini banyak perisa bilis. Pastikan ikan bilis dibasuh sebelum direndam)
  6. Tomato puree 1/2 tin
  7. Garam dan gula secukupnya..

Caranya;


  1. Bawang putih, cili kering rebus, ikan bilis beserta airnya dan bawang besar dikisar sehingga betul-betul halus.
  2. Panaskan dua senduk minyak dalam kuali. Kemudian masukkan bahan yang dikisar tadi. Masak sehingga keluar minyak. Jangan lupa anda harus kerap kacau bahan-bahan itu, ya.
  3. Masukkan tomato puree, kacau lagi sehingga cukup masak. Cara menentukannya ialah sekali lagi ia keluar minyak.
  4. Masukkan garam secukupnya. Gula pula anda harus masukkan antara 1 hingga 2 senduk mengikut cita rasa anda.
  5. Masukkan oregano. Kacau sedikit dan tutup api.


Resepi ini sangat sedap, dengan syarat anda jangan terlebih
masukkan tomato puree, kerana tomato puree amat masam. Nurulsham pernah masukkan terlebih tomato puree, dan pada hari itu Nurulsham dapat 2/10 markah sahaja. 😀😀😁

Ok, selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment