Monday, 1 May 2017

6 LANGKAH UNTUK BUAT ROTI BAWANG PUTIH SENDIRI/HOMEMADE GARLIC BREAD

Roti  siap dibeli di kedai dan dibakar dengan bahan-bahan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat Nurulsham< semua...

Hari ini kita sambung lagi resepi kita, cara hendak buat roti bawang putih sendiri. Roti bawang putih ini memang sedap sangat dimakan dengan sup cendawan, kan...  .

Apa kata kalau kita buat sendiri roti bawang putih ini. Kalau yang kita buat selama ini roti potong diletak margerin, bawang putih  dan daun parsley... kemudian dibakar... kali ini kita buat jenis yang lain sedikit. Roti yang kita mahu buat ini jenis dimakan lembut.

Roti bawang putih homemade

Jom kita lihat bahan-bahannya:


  1.  Doh roti bun (sila rujuk Homemade Bun)
  2.  1/2 cawan butter
  3. Daun parsli kering secukupnya
  4. Sedikit daun oregano jika anda suka wanginya
  5. 5 ulas bawang putih ditumbuk (boleh juga gunakan serbuk bawang putih yang ada dijual)
  6. Susu tepung + sedikit air suam + sedikit putih telur untuk melicau
  7. Sedikit bijan, mozarella, sos cili, mayonis untuk hiasan (tidak wajib)

Cara-caranya:

1. Tumbuk bawang putih hingga hancur, kemudian masukkan
butter, daun parsley dan oregano. Kacau hingga sebati.


2. Minyakkan lapangan. Canai doh sehingga agak nipis.
3. Sapu campuran butter bawang putih dan parsli oregano.

4.  Sila lihat video untuk langkah demi langkah membentuk dan menggunting roti bawang putih.

4.1.  Gulungkan rapat-rapat

4.2. Susun di atas talam berlapik minyak

4.3. Gunting sehingga tembus ke bawah gulungan

4.4. Sedia untuk melicau doh dan kemudian
biarkan doh mengembang 2 kali ganda.


5.1.  Jangan khuatir jika tiada berus untuk melicau. Nurulsham hanya guna tangan sahaja. Sila rujuk video. Sila lakukan licau awal supaya kulit roti anda tidak kering terkena angin.

Bahan-bahan- bawang putih, butter, parsli dan oregano.
Kebetulan ada sebab memang guna untuk buat pizza.


5.2.  Taburkan sedikit bijan, oregano dan parsli untuk hiasan. Boleh juga di letakkan mayonis dan sos cili menggunakan plastik piping bag dan juga keju mozarella sebagai hiasan dan untuk rasa yang sedap.

5.3.  Untuk melicau, gunakan dua sudu susu tepung, sedikit
air suam dan sedikit telur putih.

6. Setelah roti mengembang, bakar pada suhu 250 darjah
celcius selama 30 minit atau sehingga roti berbau wangi
dan berwarna keperangan.

Tada...! Roti bawang putih yang wangi, lembut dan sedap sudah siap! Semalam
Nurulsham tak sempat buat sup. Anak-anak dan suami makan cicah dengan
kopi..hehe!

Marvellous...perfecto! itulah komen suami dan anak-anak Nurulsham.

Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment