Thursday, 16 March 2017

MEE GORENG UDANG LIPAN YANG AUTENTIK

Assalamualaikum rakan blog Nurulsham semua,

Hari ini Nurulsham nak share resepi mee goreng udang lipan Nurulsham. Sebenarnya, mee ini sama juga macam mee yang biasa anda buat. Cuma yang special  di sini ialah udang lipannya.

Untuk menyiang udang lipan, anda harus menggunting kepala dan ekornya, begitu juga bahagian tajam di kiri kanan badannya. Potongan yang begini membuatkan kita mudah mengopek udang ini sewaktu hendak makan.

Seterusnya kita lihat bahan-bahannya 😊


  1. 10-15 biji cili kering digunting tengah dan direbus untuk
    dilembutkan dan dibuang biji
  2. 4 biji bawang besar
  3. Empat ulas bawang putih
  4. Semangkuk air perahan  asam jawa
  5. 2 senduk kicap manis
  6. Sawi 2 pokok
  7. Taugeh seringgit, lebih kurang dapat 2 mangkuk
  8. 300 gram udang lipan
  9. 2 bungkus mee kuning
  10. Sebiji telur
Cara-cara;
  1. Cili kering, bawang besar dan bawang putih dimesin halus.
  2. Panaskan 2 senduk minyak dan tumis bahan-bahan yang dimesin tadi. Kacau sehingga naik minyak.
  3. Masukkan perahan asam jawa dan kacau.
  4. Masukkan kicap dan kacau lagi sehingga naik minyak.
  5. Masukkan udang lipan. Kacau dan tambahkan garam dan gula.
  6. Masukkan mee kuning dan sayur sawi. Tambahkan segelas air untuk melembutkan mee. Kecilkan api, kemudian tudung kuali untuk memberi masa pada mee untuk masak.
  7. Setelah mee masak di dalam, kuatkan semula api dan kacau kerap.
  8. Pecahkan sebiji telur di dalam mee dan kacau lagi.
  9. Masukkan taugeh, kacau seketika dan tutupkan api.
  10. Hiaskan dengan potongan cabai hidup, potongan bawang dsbnya mengikut selera anda.
Biasanya Nurulsham akan tumis semua bahan dan juga udang. Kemudian Nurulsham bahagi bahan yang telah siap masak itu kepada dua bahagian.

Bahagian pertama akan digoreng dengan sebungkus mee, manakala bahagian kedua akan disimpan dalam peti sejuk beku dan digunakan bila mahu menggoreng mee bungkusan ke dua, atau bihun dan kueh tiau.

Selamat mencuba!


Nurulsham baru sedar lupa masukkan taugeh. Patutlah lain benar rupanya 😀😂

No comments:

Post a Comment