Thursday, 9 March 2017

PSIKIATRI DAN KESIHATAN MENTAL

Emak banyak menyokong sepanjang rawatan
Assalamualaikum sahabat-sahabat Nurulsham. Hari ini Nurulsham ingin berkongsi pengalaman Nurulsham mengikut rawatan di Unit Psikiatri, Hospital Bukit Mertajam.

Mulanya, Nurulsham memang tidak mahu ke sana, kerana khuatir dikatakan orang sebagai pesakit mental. Pertama kali masuk ke unit itu pun, mata Nurulsham ni mula-mula sekali nampak tulisan di dinding klinik yang tertulis, UNIT PSIKIATRI DAN KESIHATAN MENTAL.

Alamak! Nurulsham rasa macam nak tutup muka dengan kain tudung... hehe. Malu nak masuk ke dalam klinik tu. Tapi suami pula, dengan selambanya tarik tangan Nurulsham dan bawa Nurulsham masuk. Dia tak rasa malu atau jatuh maruah pun bawa isterinya yang begini.

Sebenarnya, Nurulsham ni dah lama mengalami masalah jantung berdebar, atau palpitation. Setiap petang, masalah tu menyerang, hinggakan tangan, kaki dan lidah menjadi kejang. Masalah ini bermula sejak tahun 2000. Waktu itu, Nurulsham pernah dimasukkan ke ICU kerana menyangka diserang sakit jantung.

Nurulsham ada ramai kawan yang merupakan doktor, MA dan sebagainya, kerana Nurulsham pernah berkhidmat di Hospital Pulau Pinang, namun dengan bantuan mereka sekalipun, kami masih tidak dapat mencari punca pada masalah palpitation ini.

Sejak dua tahun kebelakangan ini, Nurulsham mula perasan yang rasa seperti debaran itu ada di dalam tulang... tulang menggeletar halus... atau dipanggil tremor. Itulah yang membuatkan Nurulsham risau, apa lagi kekejangan di tangan, kaki, perut dan lidah makin menjadi-jadi.

Atas nasihat seorang kawan rapat, di mana abang beliau juga mengalami tremor dan kini mengikut rawatan di Jabatan Psikiatri Hospital Temerloh, Nurulsham pun mulalah faham bahawa sakit yang Nurulsham alami ini berkait juga dengan otak. Dia juga meminta nasihat dari Doktor Lazli Abu Bakar yang merupakan ketua jabatan di sini, lalu doktor memberitahu kemungkinan Nurulsham mengalami Anxiety Disorder.

Mulanya Nurulsham menolak. Nurulsham juga ada asas psikologi. Setahu Nurulsham, pesakit anxiety ini biasanya takut macam-macam, sedangkan Nurulsham tiada masalah sedemikian. Namun, setelah menimbang nasihat sahabat tersebut, akhirnya Nurulsham pun kuatkan hati...haha... untuk pergi juga ke klinik tersebut.

Sahabat Nurulsham itu sebenarnya amat faham, kerana beliau pernah membantu abang beliau dan juga sahabat beliau, di mana mereka mengalami depression. Abang beliau mengalami depression setelah isterinya meninggal dalam kemalangan. Kata sahabat Nurulsham, memang sebenarnya... paling sukar adalah menghadapi pandangan masyarakat yang sangat negatif bila mendengar nama unit psikiatri. Masyarakat menganggap pesakit psikiatri adalah orang gila.

Tujuan Nurulsham berkongsi pengalaman ini, adalah supaya semua sahabat dapat manfaat seperti Nurulsham. Kerana takut dengan tanggapan orang, tujuh belas tahun Nurulsham menderita masalah palpitation, kekejangan, tremor sehingga badan menjadi sangat lemah. Paling menyedihkan, Nurulsham mula jadi pelupa... dan itu amat tidak bijak jika tidak dirawat.  Sebenarnya, sahabat sekolah menengah Nurulsham, Doktor Nabilah Khalid yang juga merupakan doktor di Jabatan Pathology di Hospital Pulau Pinang pernah menasihatkan Nurulsham berjumpa pakar psikiatri di Pulau Tikus, tapi waktu itu keluarga seperti sukar menerima... lalu masalah ini dibiarkan bertahun-tahun.

Bayangkan, palpitation dan kekejangan selama tujuh belas tahun itu hilang hanya pada pertama kali Nurulsham makan separuh ubat yang dicadangkan pakar psikiatri dengan izin Allah.

Sebenarnya Nurulsham banyak kali bertemu kawan-kawan lama, yang berpendidikan tinggi seperti Nurulsham, tapi Nurulsham dapati ada masalah stress dan mungkin anxiety. Tapi, mereka tidak dirawat. Malahan ada yang menolak bila Nurulsham cadangkan supaya pergi ke unit psikiatri. Mereka tidak mahu keluarga mereka menganggap yang bukan-bukan.

Doktor Kala yang merawat Nurulsham, pernah berkata... masalah psikiatri ini bukannya semestinya gila... jangan salah faham, katanya dengan nada menekan. Ada kalanya, badan kita tidak kuat, macam kes Nurulsham, perjalanan elektrik dalam badan, atau juga sistem neuron transmission tidak seimbang. Kalau dibiarkan, anggota lain juga akan terganggu, termasuk juga organ dalaman seperti jantung, buah pinggang dan sebagainya. Jangan biar lama-lama... itulah nasihat beliau. Masyarakat salah faham.... . Masalah ini tidak semestinya membawa kepada psikotik (masalah mental), walaupun ubat yang diambil itu sama dengan ubat orang yang psikotik.

Nanti Nurulsham tulis lagi tentang ubatan, rawatan pemulihan, punca (dalam kes Nurulsham, ia berpunca dari masalah tulang belakang sebab pernah jatuh 10 anak tangga masa di tingkatan tiga), juga tentang menangani stigma masyarakat. Kefahaman dari masyarakat itu yang penting, dan jika tiada yang memahami, diri kita yang harus kuat. Carilah sahabat dan ahli keluarga yang boleh menyokong kita. Ingatlah, semua ini untuk kesihatan diri kita sendiri.

Nurulsham berhenti dahulu di sini, nanti kita sambung lagi 😊

Bye semua.

Baca post selanjutnya....klik di sini


Update 3 Mei 2017, 11.29 malam

Nurolshamshi Saidin Good to share... sebab kita org pompuan ramai yg ada masalah ni. Saya jumpa ramai juga wanita bekerjaya yang dapat rawatan di unit psikiatri, tak perlu malu sebenarnya
Nurolshamshi Saidin Ya, elok share dgn rakan2 dan saudara mara. Saya pun baru tahu ja pasal ni selepas lama jumpa doktor pakar itu ini.
Norazila Abu Zarin Dulu kan masa arwah anak acik baru meninggal, dr bagi ref letter ke pakar psikiatri. Masa g kaunter amik nurse tu pandang semacam. Ye la term tu kan. Lepas tu kakak advice tak payah pegi. Berbicara saja dengan allah swt. Nak menangis meraung..semua tu atas tikar sejadah aja. Jadi tak la pegi jumpa pakar. Dalam proses nak melupakan tu allah aja yang tau
UnlikeReply19 March at 21:19

6 comments:

  1. Sedikit sbnyk mengubah persepsi dan motivasi diri...petang ini my first appointment di Unit Psikiatri...a bit reluctant in heart..but just go for it!!! I wish!!!...ke fasa baru kamus kehidupan...thanks for sharing...jazaakillah khoir.

    eshamz

    ReplyDelete
  2. Just nak tanya, klu mula2 nk pergi dapatkan rawatan psy tu, just pergi trus ke unit psykiatri tu ka?

    ReplyDelete
  3. Saya sendiri mengalami masalah yg hmpir sama dgn puan. Skrg sy msh mndpt rwatan psikatri di hbbm.alhamdulillah, beransur2 kearah positif

    ReplyDelete
  4. Salam puan. Bila saya baca kisah puan mungkin agak sukar... Tapi puan ada seseorang yang boleh fahami... Macam saya, dah 6 tahun alami gangguan delusi, halusinasi, takut ditinggalkan, gelisah, tindakan bunuh orang lain, menyeksa haiwan, dll. Apa yang buat saya tertekan, dalam 1 tahun saja sudah 12 kali tukar nombor, reset telefon setiap hari, bertukar emel... Hingga lelah dan tak larat. Kadang2 rasa nak menjerit, bunuh diri, menyesal, mengamuk, menangis... Tapi saya cuba kawal... Disebabkan cuma kawal itu yang buat saya semakin kritikal... Keluarga... Semua anggap saya menipu... Setiap kali saya kenal orang baru... Terutamanya apabila orang itu perempuan berusia... saya mempunyai pemikiran bahawa dia ibu saya... Dan perkara sama jadi pada orang lain juga... Saya mudah sayangkan seseorang itu dan tiba2 benci seseorang itu tanpa sebab. Disebabkan ini hubungan saya dengan semua orang rosak. Kadang2 saya rasa macam ada orang lain dalam diri saya... Saya juga ditangguh semester di kolej kerana ada suatu hari itu saya tiba2 tak boleh pandang semua orang dan menangis masuk tandas... Balik rumah, ibu saya marah2 maki2 saya dan paksa saya bekerja... Setiap kali dia marah, akan ada suara minta saya bunuh dia serta bayangan saya bunuh dia... Banyak lagi gejala, tapi saya sukar simpan... Apa yang puan boleh huraikan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum cik. Saya nasihatkan cik pergi ke klinik kesihatan yg berdekatan untuk dapatkan rawatan psikatari. Itu yg sebaik-baiknya. Apa yg saya lihat dari kisah cik ni, mmg cik perlu dapatkan rawatan segera sebab cik sudah berhalusinasi.

      Baru ni saya baru berjumpa dengan doktor di klinik kesihatan berdekatan rumah sy. Saya pergi sorang2 tanpa diketahui oleh family saya yg lain. Mula-mula, sy mintak untuk buat ujian DASS (soalan2). Lepastu doktor akan bagitahu kalau kita ni ada anxiety/depression/stress. Lepastu doktor akan tanya serba sikit simptom2 yang kita ada alami. Then, doktor akn bagi surat rujukan untuk dapatkan rawatan psikatari di hospital besar jika kita layak untuk dapatkan. Jangan takut. Ini yang terbaik buat diri kita. Harga fee, cuma rm1 je cik untuk berjumpa dngn doktor di klinik kerajaan. Lepastu, nak buat appointmnt pertama di hospital besar tak perlu bayaran. Setiap follow up appointmnt, cuma byr rm5.

      Jika cik rasa tiada siapa ahli keluarga/kawan yg dapat memahami/bantu cik. Percayalah doktor/pakar psikatari boleh bantu cik. Saya tak kenal cik, tapi saya betul2 nak tolong cik. Jadi saya harap cik pergi ke klinik kesihatan untuk dapatkan temujanji psikatari secepat yang boleh.

      Delete
    2. Salam sis. Masa register tu inform nak bt ujian kesihatan mental ke. Doktor tu yg pakar bahagian tu atau doktor umum. Terima kasih

      Delete