Resepi roti ini samalah seperti resepi roti ban yang biasa ada dalam kebanyakan laman web. Nurulsham pun dapat dari kawan-kawan sekolah yang mana mereka pun ambil dari internet juga.
Masalah utamanya, bagi Nurulsham lah... buat roti ni kena dua tiga kali baru menjadi. Tak bolehlah sekali gagal dah frust... ya.😊
Nurulsham pernah berniaga burger gedabak dua tahun lepas. Kenapa namanya gedabak, sebab saiz rotinya besar, dengan diameter tujuh inci. Memang besarlah... dua orang makan pun kenyang. Masa tu barang masih murah, jadi Nurulsham jual sebiji burger siap pack dengan harga RM5.00 sahaja. Sekarang ni semua barang naik harga, Nurulsham tak sampai hati nak buat berniaga. Jadi, Nurulsham buat makan dengan keluarga sahaja.
Di bawah ni adalah resepi yang selalu Nurulsham gunakan.
- 500 gram tepung roti / high protein flour
- 75 gram gula kastor (boleh guna gula kasar tapi kena blender dulu)
- 1 sudu teh bread improver (tak wajib)
- 1 sudu teh bread softener (tak wajib)
- satu biji telur
- 60 gram butter
- 100 gram ais
- 150 gram air biasa
- 11 gram yeast kering
- secubit garam
Kalau betul caranya, anda tidak perlu lagi menggunakan bread softener dan bread improver. Nurulsham sendiri memang tidak boleh gunakan kedua-dua bahan tersebuat kerana ia mengganggu kesihatan Nurulsham.
Lagi satu waktu hendak membakarnya, untuk mendapat warna yang cantik seperti dalam gambar, Nurulsham ambil susu tepung, dan campurkan dengan sedikit air suam, kacau sehingga dapat kepekatannya cair sedikit dari susu pekat manis. Boleh bayangkan tak? Kemudian Nurulsham sapukan di kulit roti. Boleh juga tambahkan putih telur, supaya kulit roti anda nampak berkilat. Kemudian barulah Nurulsham taburkan sedikit bijan. Adunan susu dan telur tadi juga berfungsi seperti gam yang melekatkan bijan yang anda tabur.
Setelah selesai, barulah Nurulsham bakar roti tersebut dalam oven elektrik, pada suhu 250 darjah atas dan bawah. Maksud atas dan bawah ialah, oven tersebut mempunyai besi pemanas dia kedua-dua bahagian supaya roti masak sekata. Biasanya Nurulsham bakar dalam 45 minit. Untuk roti burger, boleh juga bakar lebih masa, sebab anda mahu kulitnya cukup kuat, jadi tak rosak masa anda nak potong roti tersebut untuk dimasukkan sayur dan patty.
Okay... setakat ini dahulu. Nurulsham dah lengoh jari... hehe... nanti Nurulsham sambung lagi, untuk resepi patty pula ya.
Bye, wassalam. 😙
klik untuk sambung baca....
Boleh tanya tak berat sebiji roti tu berapa yea. Masa sebelum bakar dan selepas bakar
ReplyDelete