Inilah sup sayur dengan homemade fishball Nurulsham. Sedap sangat walaupun rupanya tak cantik. |
Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat Nurulsham.
Pagi ni Nurulsham beli ikan kembung sekati (600 gram). Kebetulan nak buat asam pedas... lepas tu tengok dalam peti ais ada sayur sawi putih.
Nurulsham fikir-fikir, sedap juga kalau ambil sawi putih buat sayur air, tapi nak kawan dengan apa ya sawi ni. Ikan bilis tak ada, udang pun tak ada.
Akhirnya Nurulsham dapat idea nak buat fishball untuk digandingkan dengan sayur air ni. Sedap juga kan?
Nurulsham pernah buat fishball pakai berbagai jenis ikan. Dari ikan kembung, tenggiri, kerapu, gelama, talapia hinggalah ke ikan sepat.
Haha.... mengapalah agaknya boleh jadi begitu ya? Sebabnya, ada kalanya suami Nurulsham pergi mengail dan bawa balik banyak sangat ikan-ikan ni. Bila terlalu banyak, ada yang Nurulsham buat ikan kering, dan ada juga yang jadi fillet dan fishball.
Ada ikan yang kurang sesuai juga untuk dijadikan fishball. Contohnya, ikan talapia. Ikan ni terlalu lemak, jadi fishball dari talapia tidak kental dan mudah pecah bila direbus. Paling cantik ialah ikan tenggiri. Fishball yang terhasil sangat sedap, kental, putih dan halus teksturnya. Tapi ikan tenggiri mahallah pula!
Jom kita lihat cara-caranya.
Asingkan isi ikan dari tulang.
Kikis isi ikan kembung menggunakan belakang mata pisau, untuk memisahkan isi ikan dari kulitnya.
Campurkan sedikit tepung jagung dan garam pada isi ikan.
Kisar campuran isi ikan menggunakan blender kering.
Sekarang anda harus uli sekejap isi ikan supaya ia mengental. Caranya, dapatkan satu mangkuk untuk menguli. Sambil menguli, anda harus kaut isi ikan dan lempar semula dalam mangkuk. Buat beberapa ketika sehingga isi ikan mula rasa kental. Apa yang berlaku ialah, protin dalam isi ikan mula mengikat antara satu sama lain dan menjadi rantaian yang kuat (seperti gluten dalam roti).
Sediakan air sejuk dicampur dengan sedikit garam dan ais.
Masukkan adunan dalam ganggaman tangan, dan picit keluar isi ikan seperti dalam gambar foto di atas. Waktu ini ikan telah membentuk bebola. Potong bebola ikan keluar dengan sudu (dalam gambar Nurulsham guna pisau... jangan ikut, bahaya) dan masukkan ke dalam air ais.
Simpan seketika, air ais akan mengentalkan lagi tekstur bebola ikan. Selepas ini, bebola ikan ini sedia untuk dimasak dengan sayur air.
Update 10.30 mlm 12 April
Sekiranya anda mahu membuat bebola ikan sedara industri, Nurulsham cadangkan anda ikut kursus yang ditawarkan seperti di atas. Dalam kursus ini, anda akan diajar menggunakan bahan penambah untuk mengentalkan bebola ikan anda. Setelah anda ada basic, anda akan diajar membuat isi ikan kental untuk yong tau fu.
Jika cara tradisional, anda harus guna air garam berais, cara komersil pula, anda gunakan air suam. Kursus begini ada dijalankan di kolej komuniti di kawasan anda. Nurulsham sendiri belajar dari Kolej Komuniti Kepala Batas di mana adik Nurulsham (Puan Fatimah) merupakan salah seorang tenaga pengajar di sana.
Dipersilakan menonton video di bawah untuk melihat produk fishball tradisonal yang dibuat oleh orang cina.
Bye semua!
salam..sy azura,sy guna acc suami sy.maaf nk tnye puan..selain tepung jagung boleh ke guna utk tepung lain?
ReplyDeleteKak rasa tepung jagung adalah yg terbaik....
ReplyDeletebuat sendiri br ada feeling
ReplyDeleteSya dah guna tepung jagung tp rasanya lain dan x berkilat dan bila rebus dia tak naik keatas ..atau lebih bagus tepung ubi
ReplyDelete