Luqmatul Qadhi-The Qadhi Mouthfull-Roti Kadi |
Suatu pagi sewaktu Nurulsham belajar di Indiana, Nurulsham pergi ke Indiana University Islamic Center untuk menghadiri usrah. Naqibah usrah ketika itu ialah Sister Lisa, seorang warga Amerika yang baru beberapa tahun memeluk agama Islam dan sangat komited. Sister Lisa ini akan datang mengajar kami sambil mengendong dua orang anak perempuannya yang masih kecil, tidak kira bila waktu pun. Beliau sentiasa sahaja ada di masjid atau Islamic Center itu.
Nurulsham masih ingat, setiap kali Sister Lisa ini menyebut nama Allah, Iman, Islam... dan lain-lain perkara tauhid, wajahnya begitu bercahaya... macam happy sangat. Allah... Nurulsham pula masa tu tak rasa apa-apa pun. Maklumlah, Islam warisan... semua yang disebut wanita bernama Lisa itu... kita dah dengar dari kecil hingga hilang sensitif pula...huhuhu... teruk betul kan?
Selepas usrah, mak cik-makcik arab yang ada di situ panggil Nurulsham. "Nursyams... come and eat!"
Nurulsham masa itu memang di sukai mak cik-mak cik arab di situ, sebab nama Nurulsham senang mereka ingat. Agak-agaknya, apa maksud nama Nurulsham ni ya? Siapa pandai sila jawab... hehe!
Mak cik-makcik arab ini rajin bawa sejenis cucur ala-ala donat ni... tapi bentuknya bulat kecil-kecil. Nurulsham suka sangat makan cucur ni. Sedap sangat... dan sangat wangi.
"What is this?" tanya Nurulsham
"This is Luqmatul Qadhi," jawab seorang mak cik arab tu.
"Why Qadhi?" tanya Nurulsham. Ya lah... kenapalah tiba-tiba timbul nama tok kadi pula pada kuih tu. Hahaha!
"Because the qadhi likes it!"
Oh... begitu... .
Setelah 25 tahun kemudian... datanglah semula nostalgia makan cucur donat kesukaan tok kadi ni. Tapi, Nurulsham silap sebab tak pernah tanya resepi dari mak cik Arab ini. Mujurlah Nurulsham masih ingat nama nya. Apa lagi... jomlah kita tanya chef google... kan... (biasalah kan, kalau nak cari resepi)
Rupanya, tak susah hendak membuatnya. Resepinya, ala-ala cucur manis utara, cuma cucur manis tak tambah yis dan susu. Teknik pembuatannya sama sahaja... cuma cucur manis utara, gulanya banyak diletakkan dalam adunan, manakala cucur kadi ni, gulanya disira.
Jom kita tengok bahan-bahannya.
bahan A untuk cucur-tepung, garam, gula, susu/yogurt, yis, air suam. Minyak untuk menggoreng. |
bahan B untuk sira: gula atau madu, bunga lawang, kulit kayu manis (boleh tambah bijan atau bijan hitam) |
Campurkan bahan A. Jangan risau sukatan. Sila agak-agak ye. |
Masukkan air sedikit-demi sedikit dan kacau. Kepekatan adunan adunan cucur kadi ini harus sama seperti jemput-jemput pisang (cekodok) |
Mulakan menggaul perlahan adunan tepung anda.
Picit adunan dan lihat jika masih ada tepung
yang berbintil. Kemudian, seperti dalam video,
timbuk adunan dengan kuat untuk memasukkan
udara ke dalam adunan dan juga untuk menghilangkan bintil.
Setelah ditimbuk dan rasa adunan agak liat sedikit, anda boleh berhenti menimbuk. Sila lihat ada molekul udara yang timbul di permukaan adunan. |
Tudung adunan anda dan biar ia berehat selama 1 jam atau sehingga adunan mengembang dua kali ganda. |
Adunan yang telah cukup kembang. Jangan biar lama kerana adunan mudah masam. |
Jemput adunan dan goreng dalam minyak panas. |
Angkat cucur anda apabila warnanya sudah kekuningan. |
Siapkan madu atau gula, bunga lawang dan kulit kayu manis. |
Masak campuran madu/gula, bunga lawang, kulit kayu manis dan sedikit air. Masak hingga pekat |
Masukkan cucur yang telah siap digoreng ke dalam air sira dan gaul- gaulkan sehingga rata. Hidangkan. |
Cucur Luqmatul Qadhi ini sedap. Air siranya akan menyerap sedikit ke dalam cucur. Kanak-kanak amat menyukainya.
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment